BAB 7 : Kerana Dengki

82 13 9
                                    

"Bot dah hampir sampai, tapi masalahnya, bot yang berkapasiti maksimum 50 orang penumpang cuma sebuah sahaja yang boleh tiba. Sebuah bot lagi alami kerosakan semasa dalam perjalanan dan harus berpatah balik."

Ada gurat kerisauan di wajah Thalhah namun cuba disembunyikannya.

"Jumlah kita keseluruhannya 60 orang. Dalam keadaan sekarang, kita terpaksa lepaskan 50 orang sahaja untuk pulang terlebih dahulu. Baki 10 orang lagi terpaksa menunggu ketibaan bot kecil berkapasiti 12 orang penumpang yang akan tiba lewat sedikit kerana baru 15 minit bertolak dari jeti. Itu sahaja bot yang ada buat masa sekarang yang dapat digerakkan dengan segera. Sama-sama kita banyakkan berdoa semoga kita semua sempat sampai dengan selamat."

Suasana riuh seketika.

Thalhah menyambung,

"Kesemua 48 peserta lelaki dan perempuan serta 2 guru pengiring akan pulang dahulu dengan bot pertama. Selebihnya, 10 fasilitator akan naik bot yang akan tiba kemudian. Cuaca sekarang masih elok. Semua boleh tunggu di tepi pantai. Bot pertama dijangka sampai 5 minit lagi. Terus naik dan jangan ke mana-mana sehingga semua orang cukup di atas bot."

***
"Bot dah sampai!" Laung seseorang dari pesisir pantai.

Tiara yang juga sudah siap menunggu ketibaan bot, tiba-tiba merasa perutnya memulas.

"Tasnim, Tiara sakit perut lah pula. Tiara kena ke tandas ni, tak tahan!" Tiara tersengih dengan wajah menahan sakit perut.

"Ya Allah, Tiara... kenapa la waktu macam ni juga nak memulas perutnya? Aduh... cepat Tiara!" Tasnim berwajah risau.

Walaupun keadaan cuaca masih baik, tapi jangkaan waktu yang dinyatakan akan berlakunya ribut hanya 3 jam dari sekarang.

Sebarang kejadian tak diingini tak dapat dijangka bila boleh berlaku. Itu sebabnya keadaan sekarang terasa tegang dan lebih cepat berangkat pulang itu lebih baik.

Tiara sedikit berlari menuju ke tandas yang terletak di kawasan lebih dalam sedikit. Dia sempat menyuruh Tasnim naik bot terlebih dahulu, supaya nanti jika ada yang bertanya, Tasnim boleh memaklumkan yang Tiara ke tandas sebentar.

***
"Sejak kecil, aku tak pernah tak dapat apa yang aku mahukan! Tapi engkau, Tiara, selalu jadi penghalang aku! Semua sukakan kau!"

Satu susuk yang penuh dengki sedang menunggu Tiara keluar dari tandas. Dia bersembunyi di balik batang pohon berdekatan.

"Semua ketawakan aku tak pandai potong betik kelmarin! Engkau datang tolong tapi aku tak suka! Dah la Abang Thalhah nampak macam suka kat kau, Adi pun luahkan perasaan kat kau! Arghhh! Benci!"

Matanya tajam memerhati tandas. Kelihatan pintu tandas dibuka. Tiara keluar, memperbetul tudung dan pakaiannya. Susuk pendengki itu muncul dari belakang, dan tanpa membuang masa, menolak Tiara jatuh ke tebing.

'Hahaha... kali ini, biar kau jadi orang yang paling lambat sampai ke bot! Kau selalu jadi yang pertama kan? Biar hari ini, kau jadi yang terakhir! Pasti semua susah hati dan marah, terpaksa menunggu kau!' monolog sang pendengki dengan senyuman puas di wajahnya.

Dia berlalu tanpa menoleh melihat 'mangsanya', tak mahu Tiara tahu dialah pelakunya.

Tebing itu tidaklah terlalu tinggi, tetapi sedikit licin dan sukar untuk dinaiki kerana malam semalam hujan renyai-renyai.

Tiara cuba bangun, tetapi "Argh! Sakit!" rintih Tiara.

Kaki Tiara terseliuh. Tiara merasa sukar untuk berjalan apatah lagi menaiki tebing.

Entah siapa yang menolaknya, dia tak sempat melihat wajah sang pelaku.

Di sisi lain,

"Thalhah, semua peserta ada, kecuali Tiara. Tiara belum masuk bot!" lapor Amirah.

"Masa sudah suntuk. Bot harus segera bergerak. Ke mana Tiara?" tanya Thalhah.

"Abang Thalhah, Tiara tadi ke tandas. Tiara minta Tasnim naik bot dulu. Tapi ni dah lama tak datang-datang lagi..." cemas Tasnim.

SURVIVAL : PULAU SANGKAR CINTAWhere stories live. Discover now