BAB 13 : Misteri Lembah Hitam

45 11 0
                                    

Hari ketujuh kehilangan Thalhah dan Tiara.

"Alhamdulillah Tiara dah habiskan baca buku nota tok wan. Best buku ni. Banyak info baru yang tak pernah Tiara tahu dan sangat bermanfaat sepanjang seminggu di sini. Terima kasih akhi pinjamkan."

"Sama-sama. Kesian tengok Tiara sunyi, tak tahu nak buat apa kan? Tok wan pesan supaya kongsikan ilmu yang ada dalam buku tu dengan orang lain. Rasa beruntung jadi cucu seorang pesara tentera." Thalhah tersenyum.

Seketika Thalhah teringat pada mama, papa dan tok wan. Bagaimana khabar mereka sekarang? Keluarga Tiara juga. Pasti mereka sangat merisaukan Tiara yang sudah seminggu belum ditemui. Apatah lagi Tiara seorang gadis.

'Semoga kalian tak patah semangat dan tak putus pengharapan kepada Allah. Kami berjuang di sini sepenuh hati untuk dapat bertemu kalian kembali. Bantu kami Ya Allah!'

Di sisi lain :

"Pihak kami memohon maaf, operasi mencari Tiara dan Thalhah tak dapat diteruskan lagi kerana tiada sebarang petunjuk setelah 7 hari pencarian."

"Allah!" Laila pengsan akibat memori trauma yang tak dapat lagi ditanggungnya.

"12 tahun... 12 hari..." Tok wan tersedar sesuatu.

Hari kesembilan kehilangan Thalhah dan Tiara.

"Akhi, dah lebih dari seminggu, belum ada yang temui kita lagi." Tiara bernada sedih.

"Tiara rindu ibu ayah dan adik-adik. Rindu masakan ibu yang sedap-sedap. Rindu nak dengar suara ibu dan ayah." Air mata bergenang di hujung kelopak mata nan indah itu.

Thalhah tak tahan melihat Tiara kesedihan. Rasa hati ingin sekali mengusap air mata Tiara, namun pastinya itu tak akan terjadi... selagi Tiara belum halal disentuhnya.

"Tiara, sabar ye. In shaa Allah nanti akan ada yang temui kita." Thalhah mencuba memujuk dengan kata-kata.

"Kita dah buat semua petunjuk untuk mohon bantuan dah, akhi. Dari lakaran S.O.S atas tanah, kepulan asap, tiang tinggi gantung baju berwarna terang di tepi pantai. Kenapa belum ada yang jumpa kita ye?" Jelas nada sebak kedengaran di telinga Thalhah.

"Saya tak tahu nak jawab apa, Tiara. Hanya Allah yang tahu bagaimana situasi kita dan mereka sekarang. Teruskan berdoa lagi. Tiada daya upaya kita melainkan dengan pertolongan Allah. Yakinlah, setiap yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya."

Tiara tertegun mendengar kalimat demi kalimat yang dituturkan Thalhah. Air matanya gugur jua.

'Abang Thalhah terlihat tenang, tutur katanya sentiasa positif walau dalam keadaan sukar sebegini.' Tanpa sedar, tak sengaja Tiara memandang lama wajah Thalhah.

Thalhah gelisah dipandang Tiara sedimikian.

" Ehmm... Tiara kata Tiara teringin makan masakan sedap ibu kan? Walau tak dapat masakan ibu di sini, kita boleh cuba cari buah-buahan hutan dan umbut bayas yang selamat dimakan. Saya pernah makan dengan tok wan. Sedap tau! Jom kita cari umbut bayas, pisang hutan dan buah ara sungai!"

Tiara menyeka air mata, cuba tersenyum lalu mengangguk setuju.

Sengaja Thalhah mengubah topik perbincangan, agar Tiara tak terus terfokus pada kesedihan. Juga agar Tiara tak terus menatap lama wajahnya, yang membuat hatinya tak keruan.

***

"Alhamdulillah rasanya buah dan umbut ni dah cukup untuk kita hari ini." Thalhah mengucap syukur sambil memasukkan buah-buah yang dipetik ke dalam sebuah beg kain kecil.

Tak sabar rasa hati Tiara ingin menikmati makanan sedap apa adanya di hutan pulau.

Mereka menyusuri hutan untuk pulang ke tepi sungai tempat bermalam.

SURVIVAL : PULAU SANGKAR CINTAWhere stories live. Discover now