RAJA DANIEL LUKE memandang sekilas Ariana Syaa yang sedang ralit menjilat ais krimnya. Mereka berdua sekarang berada di dalam mall. Buat apa? Dating ler.Tanpa sedar, dia tersenyum melihat gadis itu. Comel. Macam dia tengah jalan dengan budak-budak pulak. Dia pandang sekeliling. Dia perasan sesuatu. Mana dua beruk tu? Ni mesti buat hal dekat kedai orang.
"Nampak Rayn dan Ani tak?" soal Raja Daniel Luke.
"Eh, baru perasan. Tak tahu." balas gadis itu. Khusyuk sangat makan ais krim sampai tak sedar dua orang beruk yang ikut diorang jalan sama sekali tadi sudah hilang."Tarikh nikah kita tak lama lagi dah nak dekat..." Ariana Syaa yang mendengar itu berasa malu. Entahlah, dia teringat semula dimana jejaka ini melamarnya di saat dia sedang jalan bersama Aadrian pada waktu itu.
"Yeah... Lagi seminggu kita dah nak kahwin. Awak dah bersedia ke?" soal Ariana Syaa. Dia pandang Raja Daniel Luke yang sedang menyedut air coklat blandenya. Raja Daniel Luke senyum.
"Of course! Saya yang ajak kahwin, saya lah yang kena bersedia." jawabnya penuh yakin.Membahang wajah gadis itu mendengarnya. Laju betul...
"Abang!! Bagi balik mainan saya!!!" jeritan dari seorang kanak-kanak yang sedang mengejar dua orang yang telah mencuri mainannya itu buatkan mereka berdua memandang ke arah tersebut. Ternganga Raja Daniel Luke melihatnya manakala Ariana Syaa memejamkan matanya.
YaAllah... Bala apa lagi ini?
Rayn Zackry dan Ariani Syaa sedang berusaha berlari untuk menyelamatkan diri dari budak lelaki itu. Di tangan mereka berdua terdapat mainan kanak-kanak milik budak lelaki tadi. Kedua-dua nya tertawa riang. Jelas gembira apabila berjaya mencuri mainan budak lelaki tersebut.
Raja Daniel Luke pantas bangun sebelum berjalan laju mendekati dua manusia itu.
"Woi." terus terhenti larian mereka berdua. Terkelip-kelip mata Rayn Zackry dan Ariani Syaa yang memandang Raja Daniel Luke dengan kebingungan.
"Kenapa?" soal Rayn Zackry. Bagaikan tidak sedar yang dia sudah membuat masalah.Budak lelaki tadi turut berhenti. Dia pandang Rayn dan Ariani. Wajahnya sudah ingin nangis. Ariana Syaa yang melihat itu mendekati budak lelaki itu.
"Adik, diorang buat apa dekat adik?" lembut suara nya bertanya pada budak lelaki itu.
"Diorang curi mainan adik..." balasnya bersama bibir yang tersebek-sebek sedih.Nak nangis.
"Bagi balik mainan budak ni." arah Raja Daniel Luke dengan tegas. Rayn Zackry dan Ariani Syaa berpandangan antara satu sama lain.
"Yelah..." jawab mereka serentak. Mainan itu akhirnya di berikan semula pada budak lelaki tadi. Budak lelaki itu senyum lebar. Dari sedih, jadi gembira semula."Terima kasih abang dan kakak!" jerit budak kecil itu keriangan sebelum dia akhirnya pergi dari situ.
"Korang berdua ni apa hal? Takde kerja lain ke selain menggangu orang?" marah Raja Daniel Luke setelah budak kecil itu sudah berlalu pergi. Rayn Zackry sengih.
"Best apa. Kan, Ani?" Ariani Syaa menggangguk beberapa kali tanda setuju.Apa lah, nak jadi...
16 TAHUN LALU...
Di SMK Han's Malaysia.REMAJA lelaki itu tunduk. Dia mengutip buku-bukunya yang jatuh di atas lantai. Dia sedang berjalan sambil membawa buku yang di minta oleh guru nya. Namun, tiba-tiba tubuhnya di rempuh kasar sehingga dia tidak sempat mengimbangkan badan sehingga terjatuh lah buku yang bertingkat itu.
"Eh, budak bodo?" remaja lelaki itu tidak mengendahkan orang yang menegurnya. Sekumpulan pelajar lelaki kira-kira dalam 5 orang sedang memandang dirinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/357204846-288-k91492.jpg)
BẠN ĐANG ĐỌC
HIS MAFIA WIFE. (OG)
Teen FictionEfrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat di kenali oleh semua orang, dan sesiapa sahaja yang mencari masalah dengannya akan dibunuh. Gadis yan...