▄︻デBab 25══━一

549 40 5
                                    


JEJAKA tinggi lampai itu turun dari kereta sport miliknya. Tubuhnya di regangkan sedikit. Mata coklet kuning keemasan itu memandang bangunan gah yang agak usang di hadapannya.

Kaki diorak melangkah memasuki ke dalam bangunan tersebut. Tingkat paling atas sekali di naikinya menggunakan lift. Di luaran nampak buruk, namun di dalam bangunan itu boleh tahan mewah. Sesampai sahaja di tingkat yang ingin di tujui, dia keluar dari lift itu sebelum berlalu pergi ke tangga yang menuju ke rooftop.

Dilihat ada seorang jejaka yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh ber sama seorang lagi lelaki yang berdiri di belakangnya. Senyuman senget terukir di wajahnya.
"Long time no see..." ucapnya setelah berada di hadapan lelaki itu.

Kedua tangannya di masukkan ke dalam kocek seluar.
"Yeah... You right brother." jawab pulak lelaki itu. Mata coklet muda miliknya hanya memandang lelaki itu merangkap abangnya.

"So... Why do you call me to come here?" soalnya. Sebelah keningnya terjongket ke atas sedikit. Tengku Aadyan diam dahulu sebelum bersuara.
"Aku dengar, setiap isteri aku ada misi kau datang kacau. Betul, kan? " soalnya dengan nada sinis. Jejaka itu tayang muka seolah-olah dia terkejut.
"Wow! Macam mana kau tahu?" soalnya seperti terkejut.

Tengku Aadyan mendengus kasar.
"Berhenti kacau dia!" dinginnya. Jejaka itu senyum senget. Belakang tubuhnya di sandarkan pada dinding di sebelah pintu rooftop.
"Why should i? Oh, let me guess. You are Han right?" tekanya. Tengku Aadyan terdiam sebelum tiba-tiba dia tertawa. Louis Vellero yang semenjak tadi berada di situ hanya diam memerhati.

"Yes, i'm Han. And you should stay away from my wife, you bitch!" maki Han. Jejaka itu tertawa kecil.
"Haih... Han... Han... Bukan mudah untuk aku berhenti kacau isteri kau." ucapnya sinis. Mencerlung mata Han memandang wajah tenang jejaka itu. Urat-urat mulai timbul di tangannya.

"Apa masalah kau? Kenapa kau kacau isteri aku?" garang dia bertanya.
"Because... She kill my wife?" terus terdiam Han mendengarnya. Dia kenal siapa yang di maksudkan oleh jejaka ini.
"Kenapa kau rasa isteri aku yang bunuh dia?" soalnya dingin. Jejaka itu senyum sinis.
"Well... Isteri kau mafia. Boleh jadi dia." jawabnya selamba. Kedua bahunya di jongketkan ke atas.

Mata amber keemasan itu bergerak-gerak melihat sekeliling. Dia kemudian memandang Han semula.
"Aku harap kau bersiap sedia sahaja lah, Han. Sebab... Mungkin isteri kau akan pergi tinggalkan kau?" sengaja dia berbicara sebegitu. Ingin membuat orang di hadapannya panas.

Han mengetap rahangnya.
"Kau jangan cabar aku..." bergetar suaranya memberi amaran.
"Cabar apa? Cabar kau untuk bunuh aku?" tekanya sebelum tertawa sinis.
"Hah... Aku rasa penat hari ini. Aku pergi dulu. Jangan lupa, jaga isteri kau elok-elok." ucapnya sebelum matanya dikenyitkan pada Han. Puas hati melihat wajah bengang jejaka itu.

Dia akhirnya berputar sebelum berlalu pergi dari situ.


























EFRINA ADLEYA tekun menumbuk punching bag itu bertubi-tubi.

Buk!
Buk!
Buk!

Dahinya sudah berpeluh-peluh. Singlet hitam yang dipakainya sudah melekat pada tubuhnya dek kerana peluh yang terhasil. Habis basah.

Buk!

Tumbukan paling kuat sekali di lepaskan sebelum dia berhenti dari terus menumbuk punching bag itu. Termengah-mengah dia mencari oksigen dek kerana kelelahan. Dia kemudian membuka sarung tangan hitam yang di gunakannya.

Tuala kecil yang terletak di sofa di ambil sebelum mengelap peluh di dahi. Botol hitam bersaiz sederhana yang berada di atas meja itu di capai sebelum meneguk air sejuk itu perlahan. Terasa lega tekaknya setelah air itu berlalu ke tekaknya. Botol itu di letak semula di atas meja. Dia kemudian memandang sekeliling. Seharian dia hanya berkurung di dalam bilik gym ini.

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now