▄︻デвαв 6══━一

1.7K 114 22
                                    

QIZ Aqeel melangkah masuk ke dalam kedai Starbucks itu sebelum kaunter yang ada di dalam kedai itu didekati. Selesai mengorder minuman yang diinginkannya dia pergi ke meja yang berada di hujung bersebelahan cermin dinding itu sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi itu.

Telefon bimbit miliknya dikeluarkan dari poket hoodienya sebelum headset di pakai lalu lagu dipasang. Matanya di pejamkan erat. Menikmati alunan melodi yang merdu di headset miliknya. Setelah itu, apps wattpad dibuka sebelum dia mulai menyambung cerita yang telah dibuatnya tempoh hari.

Senyuman nipis terbit dibibirnya apabila terasa puas mendengar kome-komen dari orang-orang yang membaca cerita yang telah dibuatnya. Siapa sahaja yang tidak bangga? Haha.

Sedang dia khusyuk menaip sesuatu di telefonnya, seorang pelayan lelaki datang mendekatinya sebelum meletakkan air yang di ordernya sewaktu di kaunter sebentar tadi.
"Ini airnya, encik. " sopan lelaki itu berkata sebelum menundukkan tubuhnya sedikit sebagai tanda hormat lalu berlalu dari situ.

Qiz Aqeel hanya memberikan senyuman nipis sebagai balasan. Air itu diambil sebelum menyedut dengan perlahan. Segar rasanya apabila air itu melalui tekaknya. Sedap. Manis.

Terkejut dia apabila tiba-tiba masuk panggilan dari seseorang. Nama yang tertera di skrin telefonnya dilihat.

'Little princess nichan 🤍✨'

Dia menjulingkan matanya ke atas. Tak lain daripada yang lain. Sah ini adiknya. Tanpa berfikir panjang, terus panggilan itu disambut nya dan kedengaran tawa comel di sana. Mengejek lah tu.

"Hm? Apa dia?" malas sahaja suaranya bertanya.
"Ehehe... Adik kacau nichan ke?" comel suara gadis itu bertanya dengan nada mengusik. Dah tahu, tanya lagi!
"Eh tak lah. Tak sangattt..." meleret suaranya menjawab mengundang tawa comel si adik lagi sekali disana.

"Adik dapat rasakan... Yang nichan tengah buat cerita dekat wattpad. Betul tak?" teka Qayra.
"Yes! Exactly! Adik ni kannnn. Ish. Kacau je tau? " marahnya. Qayra hanya tersengih mendengarnya.
"Atototo... Jangan marah nichan. Hehe. Ambil adik dekat rumah, boleh? " pujuk Qayra dengan suara yang dibuat comel sehinggakan Qiz Aqeel ingin menolak pun tidak sampai hati.

"Hm... Yelah-yelah." pasrah. Terus bersorak keriangan Qayra Aqeela disana.

▄︻デнιѕ мαƒια ωιƒє══━一

QIZ Aqeel hanya diam mengikuti adiknya dari belakang. Kedua tangannya elok dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Cool gitu. Mata-mata gadis muda yang gatal mengusyar dirinya hanya dibiarkan. Susah juga jadi orang hensem ni... Haih...

Matanya hanya diam memandang adiknya yang memandang dua buku ditangannya. Sekejap pandang buku dekat tangan kanan. Sekejap pandang buku dekat tangan kiri. Keliru lah tu nak pilih yang mana.
"Kalau nak dua-dua, ambil jelah. Nak beli novel banyak-banyak pun boleh. Abang belanja." katanya malas.

Terus tersenyum lebar di adik. Gedik nya lahai.
"Betul ni, nichan?" soal Qayra Aqeela meminta kepastian. Qiz Aqeel tersenyum nipis sebelum tangannya naik menggosok kepala adiknya yang berlapik kan tudung itu dengan lembut.

"Yes, princess." jawabnya.
"Yeay! Yeay! Yeay! Sayang nichan ketat-ketat! " terus tubuh abangnya dipeluk erat sebelum berlalu pergi ke rak lain. Qiz Aqeel hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Tak apa lah dik. Janji kau bahagia.

Dia kemudian memandang sebelah. Kelihatan seorang jejaka bermata biru memandang pelik buku yang ada di rak, sebelum berlalu dari situ apabila seorang gadis memanggil jejaka itu. Qiz Aqeel memandang buku yang dilihat oleh jejak itu sebentar tadi.

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now