▄︻デвαв 21══━一

1K 68 9
                                    


EFRINA Adleya menjeling Tengku Aadyan yang masih khusyuk meminum air coklet panasnya. Dilihat ibu dan ayahnya tersenyum di hadapan mereka. Tiba-tiba sahaja mereka datang tanpa memberi tahu terlebih dahulu.

"Apa khabar Aadyan, dan Leya? Kamu berdua sihat?" lembut suara Qisya Adyna bertanya. Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya. Efrina Adleya berdehem sedikit.
"Sihat mummy. Kami ok je." jawabnya mendatar.

"Baguslah macam tu. Lega hati mummy dengar." katanya lembut. Efrina Adleya hanya senyum nipis.
"Ni, mummy nak tanya. Bila nak bagi cucu ni?" Efrina Adleya terkejung mendengar soalan yang tidak ingin didengarinya itu.

Pfffttt!

Tersembur air coklet dari mulut Tengku Aadyan. Terkejut bukan main mendengar soalan ibu mertuanya itu. Soalan yang sudah semestinya ramai yang tidak suka.
"Err... I-insyaallah mummy. Kalau ada rezeki, ada lah tu." jawab Tengku Aadyan acuh tak acuh.

"Aik. Bukan ke kita selalu exercise? Takkan tak dapat lagi?" dengan polosnya, selamba Efrina Adleya bertanya begitu kepada Tengku Aadyan dengan dahi yang berkerut-kerut. Bele. Mata Tengku Aadyan membulat besar.

Memerah wajahnya melihat Qisya Adyna yang hanya senyum manakala Adriez Qisyaf buat-buat batuk. YaAllah isteriku!
"L-leya.." tergagap-gagap Tengku Aadyan memanggil namanya. Sepasang mata hazel itu menjadi bulat dan memandang suaminya hairan. Wajah polos.

"Hah? Kenapa? Aku cakap benda betul kan?" dan sekali lagi, tanpa rasa bersalah selamba wanita itu berkata begitu. Tengku Aadyan tunduk sebelum kedua tangannya naik menutup wajahnya. Malu.
"Dah-dah lah tu Leya. Cakap tu jangan tak bertapis. Nanti orang salah faham sayang."  tegur Qisya Addyna. Tergeleng-geleng kepalanya melihat wajah blur anaknya.

Kalau anaknya sudah blur, habis semua dia main cakap tanpa ada rasa segan.
"Sudah-sudah. Takut nanti lain pulak keluar. Ni, mummy dan daddy nak jumpa kamu berdua sebab nak suruh kamu datang hujung minggu ni pergi rumah tokma dan tokpa. Bawa Aadrian sekali dan kawan kamu. Sebab, sepupu kamu nak kahwin, Leya. Diorang buat majlis tu dekat kampung." panjang lebar Adriez Qisyaf menjelaskan kepada anak dan menantunya.

Efrina Adleya yang mendengar itu melepaskan nafas malas. Hah... Dia dengan semua sepupunya mana berngam. Mahu tidak mahu, dia tetap kena ikut. Nanti tak pasal-pasal orang sana memerli dirinya. Tch, lagi-lagi kesemua makciknya itu. Makcik-makcik bawang!

"Baiklah daddy. Nanti kami datang." jawab Tengku Aadyan bersama senyuman manisnya.
















HUJUNG minggu itu, Tengku Aadyan, Efrina Adleya, dan Aadrian mulai bertolak dari rumah pergi ke kampung di mana terletak di Pahang. Tidak terkecuali, Raja Daniel Luke, Qiz Aqeel, Rayn Zackry, Ariana Syaa, Aleesha Ameera, dan Ariani Syaa.

Pada awalnya, Efrina Adleya malas ingin membawa kedua kembar sahabatnya dan kedua sahabat suaminya. Sudah pasti nanti huru hara. Tapi kalau difikirkan, bagus juga. Nanti kalau ada orang cari masalah, boleh sahaja dia campak mereka berempat.

Dia ok lagi kalau Qiz Aqeel dan Aleesha Ameera. Dua-dua mempunyai hati batu. Jodoh bukan? Haha!
"Wu~ wu~ BALIK KAMPUNG SIAK!!!" jerit Raja Daniel Luke. Punggungnya di gelek-gelekkan.

Rayn Zackry yang melihatnya pantas mendekati  sebelum turut serta.
"WO! WO! BALIK KAMPUNG WUUUU!!!!" jeritnya pulak. Qiz Aqeel yang melihatnya pasrah. Stres menghadap kedua sahabatnya yang mengalahkan syaiton.

"Korang kalau nak ikut diam sebelum aku campak masuk dalam kolam ikan pirana dekat markas aku." dingin suara Efrina Adleya memberi amaran. Raja Daniel Luke dan Rayn Zackry tersengih-sengih.

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now