▄︻デBab 24══━一

710 50 2
                                    


TUBUH HAN sedikit tersentak sebelum dia bangun dari tidur lenanya. Dia kemudian duduk. Wajah lena isterinya di sebelahnya di kerling sekilas. Wajah polos itu di renung dalam sebelum dia tersenyum senget. Tubuhnya di rapatkan lagi pada isterinya. Tangan kanannya naik mengusap pipi wanita itu lembut.

"Damn... Your wife make me crazy Aadyan..." gumamnya sendirian. Pipi wanita itu di usap lembut sebelum turun mengusap bibir merah jambu milik isterinya. Lama matanya melekat disitu sebelum dia menunduk. Ingin mencium bibir itu. Namun, perbuatannya terhenti apabila ada suara melarang dirinya.

"Don't you dare to kiss my wife!" marah orang itu. Han senyum senget sebelum menjauhkan wajahnya dari wajah Efrina Adleya. Dia kemudian memandang sebelah. Terlihat Aadyan sedang merenung dirinya tajam. Han senyum senget sebelum bangun dari duduknya.

"Why can't i? She's my wife too." balasnya sebelum memeluk tubuhnya. Sebelah keningnya terjongket ke atas melihat wajah Aadyan yang mulai bengang itu.
"Chill bro. That girl also my wife." sampuk pula lagi seorang. Jejaka itu sedang santai duduk di sofa yang ada di dalam bilik itu. Ya, mereka terlihat seperti sedang berkumpul. Walhal, hanya  Han seorang sahaja di situ.

Dyan santai memandang Han dan Aadyan yang turut melihat dirinya. Han kemudian memandang Aadyan semula yang sudah memandang Efrina Adleya yang masih tidur nyenyak di atas tilam.
"Rindu isteri ke?" sindirnya. Aadyan hanya menjeling Han tajam.
"Aku nak jumpa isteri aku." katanya perlahan.

Perasaan rindu semakin membuak-buak dalam dirinya. Han hanya senyum senget.
"Tak boleh. Ingat Aadyan, sepanjang kita kat kampung, aku pakai badan kau."  ujarnya.
"Suka hati aku lah nak jumpa dia ke tidak! Dia isteri aku!" bengangnya. Tidak suka apabila lelaki itu tidak membenarkan dirinya untuk bertemu dengan isterinya.

"Marah..." ejeknya. Han kemudian memandang Efrina Adleya sebelum memandang Aadyan semula.
"Boleh. Only this night." katanya sebelum dia putarkan tubuhnya kebelakang lalu menghentak kuat dahinya pada dinding.
"Aduh!" Tengku Aadyan mengaduh perlahan saat kepalanya terasa seperti berputar-putar.

Sial! Han menghentak kepalanya begitu kuat!
"Han... Kau kenapa?" suara yang dirinduinya itu bersuara. Pantas dia putarkan tubuhnya kebelakang memandang  Efrina Adleya yang kelihatan mamai. Senyuman lebar menghiasi wajahnya. Tanpa sedar cecair jernih mulai turun membasahi pipi. Rindunya panda isterinya tidak dapat di tahan lagi.

"Sayang! Saya rindu awak!' ucapnya sebelum terus mendekati tilam dengan pantas. Tubuh Efrina Adleya di tarik masuk ke dalam pelukannya sebelum menangis teresak-esak disitu. Efrina Adleya mulai sedar sepenuhnya. Terkejut dia apabila suaminya tiba-tiba sahaja memeluk dirinya.
"A-aadyan?" tanpa sedar nama itu terpacul keluar dari bibirnya.

Kepala Tengku Aadyan terangguk-angguk tanda mengiyakan.
"Ye awak... Hiks... N-ni saya... Hiks... Hikss... YaAllah rindunya saya dekat awak!" ucapnya bersama sendu-sendannya. Wajahnya di sebamkan di leher jinjang milik isterinya. Efrina Adleya terkebil-kebil. Dia akhirnya turut membalas pelukan suaminya. Tangannya mengusap-usap belakang tubuh suaminya dengan lembut. Cuba meredakan tangisan jejaka itu.

"Shhh... Jangan nangis dah. Cengeng lah kau ni." sempat dia mengutuk lelaki itu di hujung ayatnya. Tengku Aadyan mencebik sebelum akhirnya dia tertawa bahagia. Wajahnya di jauhkan dari leher jinjangnya isterinya. Wajah Efrina Adleya di pandang dalam. Satu kucupan hangat di berikan atas dahi wanita tersebut.

Efrina Adleya hanya diam melihatnya. Tangan kanannya naik mengesat sisa air mata di pipi suaminya.
"Kau kenapa nangis ni? Hm?" soalnya perlahan. Tengku Aadyan senyum kelat. Dahinya di lekapkan pada dahi isterinya. Kedua tangannya naik menarik pinggang isterinya agar lagi rapat dengannya sebelum memeluk erat disitu.

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now