▄︻デвαв 12══━一

904 64 9
                                    


TERJENGKET-TERJENGKET Ariani Syaa memandang ke atas pokok. Alamaklumlah dia pendek. Sewaktu dia sedang berjalan, dia tak sengaja terdengar bunyi kucing yang terngiau-ngiau seperti minta tolong. Dek kerana dia seorang pecinta kucing, terus dia mendekati pokok yang dimana adanya bunyi kucing itu.

"Meowww... Oooo meowww..." panggilnya sambil matanya cuba mencari kelibat kucing di atas pokok itu.
"Meow!" senyuman lebar mulai menghiasi wajahnya saat kucing yang dicari-carinya sudah dia jumpa.
"Alooo... Kesian dia ye? Meh lompat! Akak sambut meow. No worries." pujuknya bersama senyuman manis dibibir. Kononnya supaya kucing itu tahu, kalau dia lompat ada orang sambut.

Namun, kucing itu tidak mendengar. Dia malah memeluk pokok itu dengan erat. Takut melihat bawah dek kerana terlalu tinggi. Ariani Syaa mencebik. Ish! Nak berdrama pulak dia ni. Jari telunjuknya mengetuk-ngetuk dagunya. Sedang berfikir apa rancangan untuk menyelamatkan gadis itu. Kata mafia, tapi bodo.

Lama dia sedang berfikir sebelum akhirnya satu idea mulai muncul di fikirannya. Dia memandang kucing itu dan pokok bergilir-gilir. Lengan bajunya disingsing hingga ke siku.
"Wait for me meow! I'm coming!" terus dia memanjat pokok itu tanpa segan silu.

Rayn Zackry bersiul gembira. Akhirnya, dapat juga dia makan donut kegemarannya. Sedang dia asyik berjalan, matanya tidak sengaja melihat seorang gadis yang cantik bertudung sedang memanjat pokok seperti monyet. Ternganga mulutnya melihat perilaku gadis tersebut. Ayu, tapi nampak cam monyet! Dia cuma diam memerhati. Tidak mahu bersuara. Kang, tak pasal-pasal malu member bila orang nampak.

Ariani Syaa senyum gembira saat dia sudah dekat dengan kucing itu. Tangannya dihulurkan pada kucing itu agar naik di atasnya. Namun, kucing itu malah melompat di atas kepalanya membuatkan dia terkejut. Terlepas pegangannya pada pokok besar itu dek kerana tak dapat seimbangkan badan. Matanya membulat besar apabila sedar dia sudah tidak memegang pokok.
"Alamak... Maafkan aku Ana. Kembar kau mati dulu. Cau."

Matanya di pejamkan erat. Bersiap sedia jatuh dari atas pokok. Namun, dia dapat rasakan yang dia seperti di awangan. Aik? Aku tak jatuh ke? Takkan lah kuasa BoBoiBoy angin aku ada? Matanya dicelikkan sedikit ingin melihat. Mulutnya membulat 'o' saat sedar dia sudah di bawah. Tapi, kenapa rasa macam ada tangan kat pinggang eh?

Kepalanya di dongakkan ke atas sebelum matanya membulat besar apabila kornea matanya di sapa dengan wajah tampan.
"Arghhh!" terjerit dia menyebabkan Rayn Zackry turut terkejut.
"Ish! Diam lah!" jerkahnya. Ariani Syaa pantas menutup mulut menggunakan tangannya.

Terkebil-kebil mata bulatnya melihat wajah Rayn Zackry yang begitu rapat dengannya. Bibir jejaka itu hampir sahaja tersentuh tangannya. Rayn Zackry memandangnya tajam walhal dalam hati bersorak keriangan. Uish! Dapat selamatkan crush!
"Errr... Lepaslah. Kan saya dah dekat bawa ni..." perlahan Ariani Syaa berkata di depan wajahnya. Macam berbisik pun ya.

"Ouh, haah." terus tangannya di tarik ke belakang. Matanya di liarkan sekeliling. Malu pulak. Ariani Syaa tertunduk malu. Alamak, ada putera selamatkan puteri lah. Eh tibe. Mereka berdua masing-masing mulai diam. Membuatkan suasana sedikit kekok.
"Err... S-sorry pasal tadi..." kata Rayn Zackry malu-malu. Wajah gadis itu dikerlingnya sekilas. Alahai... Bidadari jatuh dari pokok.

"H-hah? Tak apa... Kalau bukan disebabkan awak mungkin saya dah jatuh kot." balas Ariani Syaa sebelum tersengih kecil.
"Erm, terima kasih sebab dah selamatkan saya Zack. Jumpa lagi! See ya!" seusai berkata begitu, terus Ariani Syaa berlari-lari anak meninggalkan Rayn Zackry keseorangan disitu.

Rayn Zackry hanya diam memerhati. Apabila kelibat gadis itu sudah hilang. Dia terus melompat-lompat gembira seperti kanak-kanak ribena.
"Yes! Yes! Yes!!! " jeritnya dengan teruja. Dia kemudian memandang kucing tadi yang diam duduk di tanah sambil menjilat-jilat tangannya.
"Thank you kucing! Disebabkan kau aku boleh tunjuk hero depan crush aku!" katanya dengan penuh gembira sebelum kedua tangannya di lihat dengan mata yang bersinar-sinar. Dapat dukung bidadari!

HIS MAFIA WIFE. (OG) Место, где живут истории. Откройте их для себя