▄︻デвαв 5══━一

1.8K 135 20
                                    

ARIANI Syaa tertawa besar sebelum dia berlari-lari anak di dalam mall itu tanpa rasa malu. Ariana Syaa menjerit kegeraman. Stresnya lahai dapat kembar setan ni!!!

"Aniii! Jangan lari-lari lah gila!" tegurnya. Namun, kembarnya kesah apa. Sedang asyik dia berlari-lari seperti budak-budak, tiba-tiba dia tak sengaja terlanggar seseorang.
Dahinya terhantuk di dada bidang lelaki itu.

Habis, jatuh dia di atas lantai. Begitu juga dengan lelaki itu.
"Cilaka. Jibon mana yang langgar aku tadi?, " geramnya sebelum Rayn Zackry mengusap perlahan dada bidangnya. Sakit gile...
"Mak aih.... Pening kepala gue... " kata Ariani Syaa. Terasa seperti berputar-putar pulak kepalanya.
"Eh, anak beruk. Apa pasal kau duduk atas lantai ni." tegur Raja Daniel Luke. Dia baru sahaja keluar dari kedai emas tadi. Entah apa lah yang dia beli.

"Ergh... Sakit gile dada aku.. " adunya sebelum bangun dan berdiri di sebelahnya.
"Asal dengan dada kau? Ada orang raba-raba ke?" pelik suaranya bertanya. Laju tangan Rayn Zackry naik menampar bahu kawannya.

"Fikiran kau ni... Agak ah sikit." cebiknya.
"Hahhhh! Tengok. Kan dah terlanggar orang. " marah Ariana Syaa sebelum dia bercekak pinggang. Persis seperti seorang ibu memarahi anaknya. Ariani Syaa membuat mimik muka sedih.

Rayn Zackry dan Raja Daniel Luke hanya diam memandang mereka berdua. Muka sebiji macam nak mati. Kembar ke macam mana ni? Ariana Syaa seperti tahu kehadiran mereka berdua laju memandang. Senyuman nipis diberikan.

"Saya minta maaf atas kesilapan kembar saya. Dia memang macam ni sikit. Gila." selamba dia mengutuk kembarnya di hadapan mereka.

Ariani Syaa mencebik mendengarnya. Kurang asam punya kakak. Berani dia kutuk aku depan dua mamat tu. Mentang-mentang hensem! Amboi, menyempat kau puji ek...

"Owh, tak apa. " jawab Rayn Zackry kekok. Dia menjeling sekilas Ariani Syaa yang masih duduk di atas lantai itu. Tak nak bangun ke? Ariani Syaa dengan malasnya bangun dari duduk di atas lantai sebelum mendekati kembarnya.

Dia dan, Rayn Zackry saling berpandangan. Tiba-tiba telefon milik Ariana Syaa berdering minta diangkat. Laju tangannya menyeluk poket seluarnya sebelum panggilan tersebut di angkat tanpa membaca nama yang tertera di skrin telefonnya. Dah agak dah sapa yang call.

"Kau dekat mana?" soal Efrina Adleya dalam talian.
"Dekat mall, dengan Ani. Apasal?" jawabnya sebelum melihat Kembarnya yang berlawan pandangan dengan Rayn Zackry. Dah kenapa?
"Sha kata cip hilang." dingin suaranya berkata. Membulat besar matanya. Apa kah?!

"Kau biar betul?! " mahu runtuh bangunan mall itu dibuatnya. Ariani Syaa menutup telingannya saat mendengar jeritan kakak kembarnya.
"Kau ingat aku sedang menipu? Yes, betul. Sekarang, aku nak kau dengan Ani datang markas. Siap sedia. " arahnya.
"Baik" terus panggilan dimatikan.

Telefonnya di sumbat masuk kedalam poket seluar sebelum memandang kembarnya.
"Jom, cau. Ada hal besar berlaku. Ada misi hari ini. " katanya sebelum berlalu dari situ. Ariani Syaa senyum lebar. Yeay! Ini yang kita mahukan!!!

Kedua-dua lelaki itu masih diam memandang dua kembar itu. Misi?

▄︻デнιѕ мαƒια ωιƒє══━一

"AKU dah masuk dalam. Macam mana? Ada musuh dekat mana-mana?" soal Efrina Adleya melalui alat pendengaran. Aleesha Ameera yang khusyuk memerhati sesuatu melalui laptop miliknya laju membalas.

"Tiada musuh yang dikesan. Kau masuk je dulu, aku perhatikan dari sini." jawabnya. Tajam mata coklet muda miliknya melihat skrin laptopnya. Efrina Adleya hanya diam sebelum dia masuk kedalam lagi.

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now