▄︻デвαв 15══━一

981 71 50
                                    


EFRINA Adleya membasuh kedua tangannya di singki. Wajahnya di tilik melalui cermin sekilas. Selesai membasuh tangannya, rambut panjang yang paras pinggang itu dibetulkan sedikit. Perfect. Setelah puas menilik diri di hadapan cermin, dia kemudian bergerak keluar dari tandas lalu mendekati meja yang didudukinya bersama suaminya.

Kelihatan Tengku Aadyan sedang menundukkan wajahnya kebawah sambil bercakap sesuatu dengan... Balqis? Minah ni tak pandai serik lagi ke? Efrina Adleya cuba berlagak tenang. Dengan langkah penuh yakin, dia mendekati suaminya sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan suaminya.

Senyuman manis yang penuh muslihat itu membuatkan Balqis sedikit gerun akannya.
"What are you talking about darling?" soal Efrina Adleya dengan nada suara penuh kelembutan. Tengku Aadyan terus mengangkat wajahnya memandang wajah cantik sang isteri. Lega rasanya apabila isterinya sudah berada di situ.

"Ah... Nothing. Kitorang borak kosong je." balas Tengku Aadyan sama nadanya iaitu penuh kelembutan. Efrina Adleya senyum sinis. Dia tahu ada yang sedang panas melihat kemesraan antara suami isteri itu. Well... You know who is it...

Balqis sedari tadi menahan rasa geramnya. Benci pulak rasa melihat pasangan suami isteri yang sedang memandang satu sama lain dengan senyuman manis pada wajah masing-masing. Ergh! Tengku Aadyan tidak pernah memandang wajahnya bahkan jeling pun tidak. Bila ditanya jangan pandangan. Jaga pandangan lah sangat!

Efrina Adleya memandang Balqis yang sedang berdiri tidak jauh di belakang suaminya. Senyuman sinis di berikan padanya tanda mengejek. Dia memandang suaminya semula sebelum wajahnya di dekat pada wajah suaminya. Tangan kanannya naik membetulkan rambut hitam milik suaminya itu dengan lembut. Terkejut Tengku Aadyan jadinya.

Dapat ia rasakan nafas hangat milik isterinya menampar di wajahnya. Debaran kuat di dadanya membuatkan dia sedikit tidak tenang apabila terpandangkan bibir merah jambu cantik milik isterinya. Oh tidak... Jangan sekarang... Efrina Adleya melirik nakal wajah suaminya.

Tahu yang suaminya hanya diam memandang bibirnya. Haih sayang... Pandang bibir je iman dah tergugat? Balqis mendengus kasar. Dia terus beredar dari situ. Tidak kuat ingin melihat adegan pasangan suami isteri itu. Dia juga yang sakit hati. Cam sial je.

Setelah memastikan Balqis sudah pergi, Efrina Adleya menjauhkan wajahnya dari suaminya. Tengku Aadyan terus tarik nafas lega. Fuh, boleh sesak nafas kalau macam ni. Efrina Adleya pandang suaminya. Dia senyum senget. Dengan pantas, dia mencium bibir suaminya sekilas sebelum dia kembali duduk seperti tiada apa yang berlaku.

Terkebil-kebil Tengku Aadyan jadinya. Apakah? Dia pandang Efrina Adleya tidak percaya. Efrina Adleya hanya senyum seperti tiada apa yang berlaku.

TENGKU AADYAN diam memandang isterinya yang sedang diam melihat telefon miliknya. Majlis perkahwinan itu masih berlangsung. Seorang waiter datang mendekatinya bersama air yang di bawa di tangannya.
"Tuan muda. Silahkan minum." kata lelaki itu penuh hormat sebelum membongkok sedikit tubuhnya sebagai tanda hormat lalu berlalu dari situ.

Tengku Aadyan hanya senyum sahaja sebelum air yang diberi tadi di teguknya perlahan. Terasa segar tekaknya saat air sejuk itu melalui tekaknya. Dia kemudian diam memandang isterinya. Entah kenapa, dia berasa sedikit tidak selesa. Tangannya naik mengusap lehernya. Panas.

Louis Vellero sedari tadi yang diam memerhati perasan akan perubahan dari majikannya.
"Puan muda, tuan muda kenapa?" soalnya separa berbisik. Efrina Adleya terus mengangkat wajahnya. Suaminya kelihatan seperti kepanasan. Berkerut dahinya. Dia kemudian mendekatkan jaraknya dengan jarak suaminya.

"Yan, kau kenapa ni?" soalnya perlahan. Tengku Aadyan memandang isterinya. Hatinya berdebar laju. Nafasnya bagaikan tersekat-sekat. Dapat ia rasakan nafsunya berkocak naik. Kepalanya dipalingkan ke sebelah. Namun, Efrina Adleya menarik dagunya perlahan agar menghadap dirinya.

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now