▄︻デBab 23══━一

536 38 2
                                    


SUASANA mula riuh dengan rentak lagu pengantin baru. Tetamu yang di undang sudah lama datang ke majlis itu. Masing-masing telah duduk di tempat yang telah dipilih.

Ada juga beberapa orang yang sedang berbaris mengambil makanan masing-masing. Majlis itu begitu meriah sekali! Sepasang suami isteri yang duduk di depan sekali tersenyum bahagia.

Efrina Adleya tergeleng-geleng melihat Raja Daniel Luke yang sedang bergaduh dengan Rayn Zackry berebut sate ayam itu. Punya lah banyak lagi di pinggan tapi itu juga yang di rebut kan.

Ariana Syaa menepuk kuat dahinya. Dek kerana terlalu geram, sate ayam yang ada di pinggan di ambil sebelum di sumbat ke dalam mulut  Raja Daniel Luke. Serta merta jejaka itu berhenti dari menarik-narik rambut Rayn Zackry. Dia pandang gadis bergelar tunangnya di sebelah dengan terkebil-kebil.

"Awak ni dah kenapa? Punyalah banyak sate ayam tu! Kalau habis boleh ambil lagi! Bukannya tinggal satu aje pun!" bebelnya dengan geram. Pinggang Raja Daniel Luke di cubitnya kuat membuatkan jejaka itu mengaduh kuat.
"Aduh, aduh, aduhhh!" mak aih! Tangan dia macam ketam wo!

Ini kalau dah kahwin... Habislah. Ariani Syaa yang melihat itu ketawa terbahak-bahak. Pandangan orang lain yang berada di sekelilingnya tidak di hiraukan. Selesai ketawa, dia kembali makan seperti semula seperti tiada apa yang berlaku.

Pelik-pelik. Efrina Adleya kemudian memandang Aadrian yang sedang khusyuk memakan makanannya itu. Dia pandang pulak sebelahnya. Aik? Mana suaminya? Pandang kiri. Tiada. Pandang kanan. Tiada. Pandang depan. Tiada.

Baru sahaja ingin pandang ke belakang, tiba-tiba Tengku Aadyan sudah berdiri di belakangnya. Kepalanya di dongakkan ke atas memandang Tengku Aadyan yang sedang tersenyum padanya. Dia sedang membawa air sirap bandung di cawan plastik. Cawan itu di letakkan di tepi pinggan isterinya sebelum bergerak duduk di sebelah Efrina Adleya.

"Pergi mana tadi?" soal Efrina Adleya.
"Ambil air sayang. Nampak air dekat cawan sayang dah habis. Sebab tu aku ambilkan."  jawabnya. Efrina Adleya akhirnya mengangguk tanda faham.

Dia kemudian menyambung menyuap Aadrian semula. Senyuman nipis terbit dibibirnya saat melihat budak kecil itu begitu selera sekali memakan makanan yang disuap nya. Tiba-tiba bahunya di cuit oleh orang di sebelahj. Pantas dia melihat Tengku Aadyan atau di panggil Han itu  di sebelahnya.

Sebelah keningnya terjungkit ke atas tanda tidak mengerti. Han menayang wajah cemberut. Bibirnya memuncung ke hadapan tanda tidak puas hati.
"Kenapa?"
"Aku kau tak suap ke sayang?" soalnya dengan nada seperti menahan geram.

Ini sangat tidak adil! Mengecil mata Efrina Adleya memandangnya. Gedik!
"Kau jangan nak mengada. Ada tangan suap sendiri." dinginnya sebelum menyambung semula menyuap Aadrian itu. Aadrian pulak terkekeh ketawa apabila melihat papanya mendengus kegeraman.

"Papa dah besar... Tak malu lahhhh! Hahahaha!" ejeknya. Han memandang Aadrian tajam.
"Hey budak! Aku campak kau dalam parit sana baru tahu!" geramnya. Aadrian kemudian sengih sahaja.

"Mama. Rian dah kenyang. Hihi." ucap budak kecil. Efrina Adleya mengangguk sedikit tanda faham. Baru sahaja Efrina Adleya bangun ingin membasuh tangan, tiba-tiba ada satu tangan kasar memeluk pinggangnya membuatkan dia terduduk di atas riba orang tersebut.

Mencerlung matanya memandang Han yang tersenyum nakal memandang ke arahnya.
"Lepas."
"Tak nak."
"Aku kata lepas, Han..." perlahan suara Efrina Adleya berkata. Menahan diri dari terajang suaminya yang satu ini.
"Tak nak, sayangku..." Han pun sama sahaja. Tidak ingin kalah.

Efrina Adleya menunduk. Fuh... Sabar. Sungguh kesabarannya sangat tipis sekarang ini. Dia kemudian mengangkat wajahnya. Dapat dilihat meja-meja yang  di duduki oleh tetamu lain berdekatan  dengan tempat yang mereka duduki melihat dirinya serta suaminya. Ada juga yang berbisik-bisik. What is your problem bitch?

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now