"Awak tahu tak mana Cik Husna simpan card bank company?" Tanya Datin Khadijah. Puas dia mencari dimerata sudut bilik kerja ini, bahkan dibilik tidur Husna juga sudah diselongkar, tetap tidak jumpa. Dimana agaknya perempuan itu sorok?

"Card... company?" Sengaja Mei mengulanginya. Kening masih berkerut. Takkan Cik Husna tidak beritahu Datin Khadijah sendiri dimana kad itu terletak? Pelik.

"Tak silap saya, dekat dalam peti berkunci tu." Ujar Mei, jari menunding ke arah belakang Datin Khadijah.  Menunjuk peti besi yang berada di atas kabinet. Tiada siapa yang boleh membukanya, kecuali pemilik syarikat itu sendiri.

Datin Khadijah pantas berpaling ke belakang. Oh, di situ rupanya. Tapi malang sekali, ia perlu menekan kata laluan sebelum hendak membuka peti besi itu.

"Awak tahu password peti tu?" Soal Datin Khadijah lagi.

Sedangkan Mei menggeleng. "Saya tak tahu. Hanya Cik Husna dan Dato Idris sahaja yang tahu." Katanya.

Datin Khadijah diam. Husna tiada disini, Ah kalau ada sekalipun mana mungkin perempuan itu akan beritahunya! maka dia perlu bertanya kepada Dato Idris sendiri. Tetapi suaminya sudah lama tidak masuk ke pejabat, jadi tidak mustahil jika Husna telah mengubah kata kunci peti tersebut. Si Husna itu memang licik dan menyusahkan!

Ada satu cara sahaja...

Peti itu harus dipecahkan.

Sekonyong-konyong bibir Datin Khadijah menyenget. Dia tahu apa yang perlu dibuat.

"Datin ada nak apa-apa lagi ke?" Tegur Mei apabila Datin Khadijah cuma diam daripada tadi.

"Tak ada. Terima kasih sebab tolong saya. Awak boleh pergi sekarang."

"Terima kasih, Datin." Ucap Mei, dia menunduk hormat sekali lagi sebelum menapak keluar daripada bilik.












                KENYANG perut. Tak dapat dihabiskan lagi ambuyat yang cuma tinggal separuh. Pada mula merasainya, ia agak pelik. Teksturnya lembut dan harus ditelan tanpa kunyah. Kuah pencicahlah yang menentukan rasanya. Tapi dia paling suka cicah dengan sambal belacan. Sedap memang sedap. Tapi Husna dah tak mampu menelannya lagi.

"Saya dah kenyang. Awak ajelah yang habiskan." Dengan selamba mangkuk ambuyat itu ditolak ke arah Lanun yang sedang menjamah nasi.

Kunyahan di dalam mulut ditelan, apabila Lanun rasa sedikit tercekik, gelas air sirap dicapai lalu diteguknya sedikit.

"Kejap lagi aku habiskan." Katanya sebelum sambung menyuap nasi semula.

Seketika anak mata Husna melilau ke sekeliling, katanya kenduri kahwin akan tetapi sudah berapa minit mereka disini tetap tidak nampak sepasang mempelai naik ke pelamin.

"Mana pengantinnya? Tak nampak pun daripada tadi." Soal Husna, wajah Lanun dipandang.

"Kejap lagi sampailah tu." Jawabnya acuh tak acuh.

Husna mencebik. Tubuh disandarkan ke belakang sambil kedua belah tangan memeluk dirinya sendiri. Bukannya apa, dia sudah tak sabar nak tengok mengalai itu apa. Nak tunggu Lanun jawab?

Heh, lambat lagi!

Lanun pun bukan main nampak berselera benar makan sampai tak ingat dia disisi. Sedap sangatkah ikan masak ampap itu?

Dan tiba-tiba, bunyi muzik kulintangan mencelah suasana di dalam kenduri,  menghasilkan irama tradisional gabungan gong dan gendang. Menarik perhatian tetamu yang duduk di meja ke arah sepasang pengantin yang memakai baju tradisional Sinuangga dan gaung. Sama seperti Husna dan Lanun. Namun, pakaian pengantin itu lebih banyak perhiasan daripada kepala sampailah ke hujung kaki.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now