"Seem..." Wareesa memanggil. Waseem dihampiri dan tangan lelaki itu diraih.

Baru nak sambung kata, lidah Wareesa kelu bila Waseem tarik tangannya rapat ke dahi lelaki itu. Badan sedikit menunduk bila dada dah naik turun tidak berapa teratur.

"Sorry, yang. Seem so sorry." Bisik Waseem perlahan seiring dengan genggaman tangan yang makin erat.

Wareesa menggeleng dan Waseem ditarik rapat ke dalam pelukan. Belakang kepala Waseem diusap berulang kali, memberitahu dalam diam semua baik-baik sahaja.

Waseem diam. Lebam di lengan Wareesa dipandang. Tekad, memang dia akan cari Emir sehingga lubang cacing!

Kerana lelaki itu, Wareesa begini! Tak guna!

*💐 ੈ♡

BERSANDAR di kepala katil, Waseem hanya pandang Wareesa yang sedang bersiap-siap di meja solek. Sesekali bila pandangan mereka bertembung lewat cermin, Waseem tersenyum kecil dan Wareesa akan membalas sama.

Selesai, Wareesa pusing tubuh menghadap Waseem. Masih sama, pandangan lelaki itu masih tunak ke arahnya.

"Pakai lah kemeja tu. Sampai bila nak bersinglet?" Tanya Wareesa. Lurus jari telunjuk menunjuk kepada kemeja Waseem yang elok terbentang di hujung kaki lelaki itu.

Waseem senyum dan menurut. Sambil sarungkan kemeja, sambil pandang Wareesa.

Seperti Waseem, Wareesa pun pandang sahaja suaminya itu. Bila nampak Waseem terkial-kial mahu melipat lengan baju, langsung Wareesa menghampiri untuk membantu.

"Mari Reesa tolong." Tangan Waseem ditarik perlahan sebelum cekap tangannya melipat lengan kemeja Waseem hingga ke paras siku.

Waseem hanya diam. Ditatap lagi wajah Wareesa tanpa jemu. Dah tiga bulan lihat wajah ini, tapi perasaannya seperti pertama kali melihat. Wareesa yang tenang benar-benar menambat hatinya.

Tapi kalau kalut, lagi Waseem rasa hatinya ditakluki. Parah!

"Yang." Setelah sekian lama, Waseem bersuara.

"Hmmm." Wareesa menjawab tanpa memandang. Masih lagi mengemaskan lipatan lengan kemeja Waseem.

"Yang." Waseem memanggil sekali lagi.

"Hmmm."

"Yang." Kali ketiga, Wareesa pandang Waseem. Selagi kita tak pandang dia! Macam budak-budak sungguh! Padahal tua daripada kita!

"Ya, Waseem Ahda."

"Tambah lah sayang kat belakang Ahda tu." Waseem yang meminta, gamit Wareesa julingkan matanya.

"Dah lambat ni. Jom lah kita ke kelas." Ajak Wareesa. Tangan Waseem ditarik masuk dalam genggaman.

Ingatkan dia boleh beri rasa rama-rama kepada lelaki itu. Tapi, perbuatan Waseem yang menyilangkan jemari mereka bikin Wareesa pula yang rasa rama-rama.

Hebat Waseem serang balas!

"Yang jangan jalan sorang-sorang tau." Pesan Waseem sebaik sahaja mereka berjalan keluar dari bilik.

"Ya." Pendek balasan Wareesa. Beg digalas dan tote bag yang berisi fail dan buku-bukunya disangkut pada bahu.

"Pastikan dengan kawan selalu."

"Reesa mana ada kawan. Yara aje lah." Balas Wareesa. Duduk, kasut disarung di sisi Waseem.

Waseem tayang riak risaunya. Manakala Wareesa hanya tenang. Minah ni lah kan!

"Ish. Jangan lah bagi Seem risau." Bahu Wareesa ditolak perlahan.

Wareesa gelak kecil dan mengangguk.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now