DENDAM YANG TERINDAH 36

122 2 0
                                    

Nadia tiba-tiba diam melihat Aidan..kenapa Firdaus pulang bersama Aidan?bukan ke dorang musuh?..

Aidan menyembunyikan rasa cemburu apabila mendengar tadi Nadia bergelak tawa dengan lelaki bernama Aidil..

"Abang...!"

Aidan dan Firdaus sama-sama memandang Nadia..

"Abang Fir..kenapa abang balik dengan Aidan?"soal Nadia mendampingi Firdaus..risau pula kalau ibunya nampak Aidan di rumah mereka..

"Abang jatuh tadi sebab kaki lemah..jadi Aidan tolong bawa abang balik.."

"Abang okey ke?ermm kalau ibu nampak macam mana?"duga Nadia..

"Abang okey jee..kita diam jangan buat bising ibu takkan tahu..Aidil jom ke bilik kerja saya benda nak bincang dengan kamu.."Firdaus memanggil Aidil..

"Aidil dengan Nadia pun ikut sekali..kita perlu selesaikan apa yang berlaku selama ini.."

Mereka menuju ke lift dan masuk ke dalam perut lift dengan pantas risau kalau ibu mereka keluar..

"Nadia.."Firdaus memanggil Nadia yang berdiri disebelahnya..

"Ermm?"

"Esok teman abang pergi kandang kuda..abang ada janji dengan Noah dan Fatih..lama tak jumpa dorang.."ujar Firdaus dan Nadia angguk kepala..

"Okeyy..lagipun Nad pun lama tak jumpa dorang dan Sugar.."balas Nadia dengan ceria manakala Aidan memandang dengan lirikan yang tajam..

....

Aidil meletakkan atas meja beberapa keping gambar bukti yang selama ini dia cari setelah di upah Firdaus..

"Inilah beberapa gambar yang saya dapat walaupun banyak di hilangkan.."ujar Aidil..

Aidan dan Firdaus menilik satu persatu gambar tu..

"Kau ada masa kebakaran tu?"soal Firdaus terhadap Aidan..

"Yup aku ada masa lelaki tu mulakan kebakaran tapi aku tak nampak muka dia tapi dia pakai jubah doktor berwarna putih.."ungkap Aidan lalu mengambil gambar yang menampak wajah uncle Rusdi..

"Uncle Rusdi?"

"Saya dan cik Nadia berfikir yang kemungkinan orang yang mulakan kebakaran tu Encik Rusdi..macam Encik Aidan cakap yang lelaki tu pakai jubah putih doktor..look dia pakai jubah tu semasa lari keluar melalui pintu belakang.."Aidil menjelaskan satu persatu gambar bukti yang diambil..

Hampir sejam mereka berbincang mengenai kes ini..dan kes ini bagai hampir mendapatkan jawapan..

"Jadi selama ni uncle Rusdi punca arwah mama meninggal dalam kebakaran?patutlah dulu dia beria memujuk papa supaya tutup kes ni katanya demi menjadi maruah arwah mama..dan dia sangat menyakinkan papa yang Dato Luqman punca arwah mama meninggal"Aidan memegang kepalanya yang hampir pecah memikirkan apa yang berlaku..

"Kenapa uncle sanggup buat macam tu?"Aidan berbicara sendiri..

"Sebenarnya seminggu sebelum kejadian kebakaran tu ada kesalahan dalam penyelidikan yang merugikan kedua pihak antara RUBY dan LZ..sebenarnya punca bermula dengan Rusdi yang tersilap dalam mengambil sample..dan dia menuduh doktor Faridah yang lalai..sebab jika dia salah maka dia akan diambil tindakan.."Firdaus membuka cerita yang dia tahu sejak dia mengambil alih LZ..

"Takkan sebab tu je uncle sanggup bakar makmal!sebab tu je dia sanggup bunuh arwah mama?"Aidan meraup kasar wajahnya..

Nadia memandang Aidan dengan pandangan yang simpati..orang yang terdekat merupakan pembunuh arwah mamanya..

....

Kini Aidan dan Nadia berada dalam kereta yang di parking depan taman riadah kawasan perumahan Nadia dan Aidan masih lagi berdiamkan dirinya sejak pembincangan mereka tamat..

"Abang..."

Nadia menyentuh bahu Aidan..Aidan meletakkan kepalanya diatas stering kereta..fikirannya celaru dan dia cuba memikirkan jalan penyelesaian..

Melihat Aidan seperti perlukan masa sendiri jadi Nadia mengambil keputusan untuk keluar dari kereta dan bersiar diluar..

Baru pintu kereta dibuka lengan Nadia ditarik Aidan..Nadia menoleh kearah Aidan..

"Sayang nak pergi mana?"soal Aidan menatap Nadia dengan lembut..

"Saya nak keluar ke depan tu..saya rasa awak perlukan masa sendiri.."balas Nadia.

"No..i need you here with me.."luah Aidan mengenggam erat lengan Nadia..

Nadia pun menutup kembali pintu kereta..dia memandang kearah Aidan..

"Sayang tahu ini semua berat untuk kita semua..memang kebenaran itu menyakitkan tapi kita perlukan kebenaran tu.."ujar Nadia.

"Walaupun hubungan abang dengan uncle tak berapa baik tapi abang tak terfikir langsung yang uncle akan lakukan perkara terkutuk ni.."Aidan mencengkam rambut di kepalanya..

"Lepas ni abang nak buat apa dengan uncle?"soal Nadia ingin tahu tindakan selanjutnya dari Aidan..

"Abang akan buat laporan polis dengan bukti yang ada.."ujar Aidan dia mahu semuanya selesai dengan cepat..

"Apapun keputusan abang..sayang ikut jee dan berdoa semoga semuanya berjalan lancar.."

Nadia mengelus bahu Aidan cuba memberikan semangat untuk suaminya itu..

....

Datin Zaliha tersenyum kecil mendengar penjelasan daripada Firdaus dan Nadia..

"Ouhh jadi arwah bapa kamu hanya mangsa keadaan?punca dari mereka tapi arwah bapa yang tanggung tau!"marah Datin Zaliha apabila tahu kisah sebenarnya yang berlaku..

"Ibu..."

"Kamu nak ibu maafkan dorang macam tu je?lepas dorang tuduh kita!lepas dorang rampas LZ!lepas dorang fitnah kita?!"

Nadia diam seribu bahasa dia tahu sukar untuk ibunya memaafkan keluarga Aidan..Nadia juga tahu apa yang keluarga Tan Sri Ramdan lakukan kepada mereka sangat kejam..dan jauh di sudut hati dia juga kecewa kerana arwah bapanya dituduh tanpa usul periksa..

"Fir tak paksa ibu maafkan dorang sebab Fir pun masih belum dapat lupakan apa yang berlaku sejak dorang tuduh arwah bapa..Fir hanya bagitahu kebenaran saja dan soal memaafkan itu adalah hak ibu..dan ibu juga tak boleh paksa Nad untuk bercerai dengan Aidan.."tutur Firdaus dengan lembut kerana risau menguriskan hati ibu mereka..

"Ibu..maafkan Nad untuk semua ini..Nad tahu sukar untuk ibu terima Aidan dan keluarga dia kerana ibu yang lalui penderitaan waktu itu tapi ibu jangan risau Nad akan berada disisi ibu takkan kemana selagi ibu tak benarkan Nad kembali kepada Aidan.."Nadia berkata dengan jujur takkan kecewakan hati ibunya sekali lagi..

"Ibu bukan nak bertindak kejam..tapi apa yang dorang buat dekat kita saat itu kejam..tanpa usul periksa dorang tuduh dan fitnah arwah bapa..mata ibu ni masih terbayang keadaan arwah bapa kamu yang terlalu kecewa waktu itu.."Datin Zaliha menghela nafas dengan berat..

Nadia yang berada disebelah Datin Zaliha terus memeluk ibunya dengan erat..dan Nadia turut menangis apabila dia melihat ibunya menangis..

"Ibu perlukan masa.."ujar Datin Zaliha..

"Ambillah masa secukupnya untuk ibu fikirkan semua ni.."balas Firdaus dan dia mengubah kedudukan..

Dia duduk disebelah kanan ibunya dan turut memeluk ibunya..mereka berdua sama-sama memeluk ibu mereka..

"Sayang anak-anak ibu.."Datin Zaliha menyentuh pipi kedua anaknya..

"Kami sayang ibu jugak..!"

Mereka bertiga berpelukan untuk beberapa waktu..Nadia bersyukur apabila ibunya kembali berbicara dengannya..

Tbc

DENDAM YANG TERINDAH(C)Where stories live. Discover now