DENDAM YANG TERINDAH 28

108 2 0
                                    

Aidan meminta diri untuk ke tandas..Nadia bereaksi biasa padahal nyanyian merdu dari Norman dan Dalila tadi agak terkesan dihatinya..

Sedang seronok mereka berbual dan bergelak tawa tiba-tiba cafe itu black out..Nadia pantas melihat sekeliling cafe yang gelap gelita..

"Wehh asal black out?"

"Semua jangan panik..kejap saya periksa suis.."staff Cafe itu menenangkan mereka..

"Kenapa ni?"

"Black out sebab nak halau kita ke?"

Tiba-tiba!

"Allah selamatkan kamu,Allah selamatkan kamu,Allah selamatkan Nadia Qalisha..Allah selamatkan kamu.."

Terdengar suara pekerja mereka sedang bernyanyi dengan gembira..Aidan tersenyum kecil membawa kek..

Aidan melangkah kearah Nadia..Nadia berdiri ditepi meja dan Aidan makin mendekatinya..Nadia merasa gugup apabila dia dan Aidan menjadi pusat perhatian..

Lampu cafe kembali dibuka..walaupun terkejut namun Nadia terharu dengan kejutan itu..air mata hampir menitis..

Nadia memerhati segenap wajah Aidan..dia tak sangka Aidan akan membuat kejutan seperti ini..didepan staff lagi aduhh habislah gosip satu syarikat nanti..

"Terima kasih..."ucap Nadia dengan ikhlas lalu mengambil kek dari tangan Aidan..Nadia tersenyum manis kearah Aidan..

Aidan terpaku melihat senyuman yang manis dari Nadia..lama dia tak melihat senyuman manis milik Nadia untuk dirinya..senyuman manis yang ikhlas itu amat dia rindukan..

...

Nadia keluar dari kereta Aidan..dia pulang ke LZ group..walaupun sudah lewat malam tapi dia bertegas untuk Aidan hantarnya ke parking LZ group kerana keretanya berada disitu..

Dia tak mahu Aidan menghantarnya ke rumah kerana risau jika ahli keluarganya ternampak Aidan..apalagi tadi ibunya telah menghubungi kerana belum pulang..dia risau jika ibunya menunggu di halaman rumah..

"Betul awak nak drive malam-malam?"soal Aidan ingin kan kepastian..Naida angguk laju..

"Yup..lagipun baru pukul 12.30 malam..tak lewat sangat pun.."

Nadia berjalan menuju ke keretanya di parking lot dan Aidan mengikut langkahnya..

Kaki berhenti melangkah apabila tiba di tepi kereta Nadia..dia mengeluarkan kunci kereta lalu membuka pintu kereta..

Dia masuk ke dalam perut kereta..Aidan mengambil sesuatu dalam kocek seluarnya..belum sempat Nadia menutup pintu kereta Aidan menahan..

Nadia dongak melihat Aidan dengan tanda tanya dan dia terpandang kotak kecil yang dihulurkan Aidan kearahnya..

"Happy birthday sweetheart.."ucap Aidan sekian kalinya..tadi di cafe pun Aidan tak ucapkan untuk Nadia..Nadia terkedu kejap kemudian dia mengambil kotak kecil itu dari tangan Aidan..

"Thanks.."sebenarnya Nadia berasa terharu dan sebak dengan tindakan Aidan..

Mahu saja dia memeluk Aidan namun dia menahan apabila dia sedar situasi sekarang..dia takut jika Aidan memarahinya jika bertindak begitu..

"My pleasure..saya dah janji takkan lupakan birthday awak..sorry untuk belated birthday gift untuk tahun ni.."ujar Aidan lembut lalu mengelus kepala Nadia..

Nadia tersenyum kecil..Aidan meminta diri dan Nadia pun menutup pintu kereta..ditarik seatbelt melilit badannya dan Nadia pun mulakan pemanduan..

...

DENDAM YANG TERINDAH(C)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant