DENDAM YANG TERINDAH 30

132 5 0
                                    

Perlahan Nadia langkah menjauhi Aidan..derap kakinya menuju ke pintu pejabat Aidan..Nadia menoleh sekali lagi kearah Aidan lalu dia melangkah keluar dari pejabatnya..

Klak!

Pintu pejabat Aidan tertutup kembali setelah Nadia melangkah keluar..

Aidan meraup mukanya dengan kasar..dia menoleh ke arah pintu pejabatnya yang tertutup rapat..bayangan Nadia hilang dari pejabatnya..

"...awak kata macam-macam dekat saya tapi saya terima walau sakit walau pedih..sebab apa?sebab saya cintakan awak..tapi itu semua tak ada makna lagi..awak langsung tak pernah percayakan saya..awak percaya kata orang lain tapi tak percaya kata saya..mungkin sebab awak dah tak cintakan saya.."

Kata-kata Nadia bermain di mindanya..Aidan memicit dahi kemudian Aidan terus berlari ke luar dari pejabatnya..

Kelibat Nadia sudah hilang dari kawasan luar pejabatnya..

Nadia melangkah dengan lemah melepasi beberapa orang staff yang menegur dan menyoal keadaannya..

"Nadia Qalisha!"

Nadia terhenti melangkah apabila nama penuhya di panggil Aidan..dia menoleh kearah Aidan yang berdiri tak jauh darinya..

"Joka sanoi,etten rakasta sinua enää?(siapa kata,saya tak cintakan awak lagi)"ujar Aidan langkah mendekati..

Nadia terkedu apabila Aidan melangkah kearahnya..apalagi ada beberapa orang staff di kawasan itu..

Luna yang berada disitu turut tercenggang dengan apa yang berlaku didepan mereka..

"Mä rakastan sua(saya cintakan awak)"luah Aidan dalam bahasa Finnish yang mereka belajar di Finland..

"Päivä ja yö vain sinä olet mielessäni ja sydämessäni(siang malam hanya awak dalam fikiran saya)"luah Aidan lagi hanya dia dan Nadia tahu..

"Valehtelet!!(awak tipu!!)"bidas Nadia dan beredar dari situ tak mahu berdrama didepan staff mereka..

"Kultaseni!(sayang!)"Aidan mengejar langkah Nadia..

Beberapa staff mula berbisik apabila Aidan dan Nadia hilang dari pandangan mereka..

"Apa yang jadi?"

"Cik Nadia kena pecat ke??"

"Apa hubungan dorang?"

"Ehh korang kak Luna rasa better kita diam je apa yang jadi tadi..kita tak perlu bergosip ehh.."ujar Luna melihat lima staff didepannya..

"Okey kak Luna.."

Mereka pun kembali ke meja masing-masing untuk siapkan kerja sendiri selepas mereka melihat drama sebabak..

....

Nadia tak mempedulikan Aidan yang masih mengejarnya hingga ke parking kereta..Aidan tak putus asa dia perlukan selesaikan semuanya sekarang..

"Nadia..!"Aidan meraih lengan Nadia lalu menarik kearahnya..

"Apa lagi Aidan?awak yang suruh saya pergi tapi kenapa sekarang awak kejar saya?jangan buat situasi ni jadi lebih sukar.."

Nadia menatap tepat kearah mata Aidan..Aidan mengenggam erat lengan Aidan walaupun Nadia cuba merungkainya..

"I'm so sorry.."perlahan suara Aidan meminta maaf menyentuh hati Nadia..sudah lama dia tak dengar kata maaf dari Aidan..

Aidan melihat Nadia hanya diam tak mengatakan apapun merisaukan hatinya..

"Nadia please ikut saya..saya ada tempat nak bawa awak.."seraya itu Aidan menarik Nadia mengikut langkahnya ke kereta Aidan..

DENDAM YANG TERINDAH(C)Where stories live. Discover now