DENDAM YANG TERINDAH 27

79 3 0
                                    

Nadia melangkah keluar dari lift bersama beberapa pekerja lain..

"Cik Nadia..."seorang pekerja memanggil ke meja mereka..

"Yee?"Nadia menapak ke arahnya..ada beberapa orang pekerja yang berhimpun di meja itu..

"Cik..malam ni cik free tak?"soal salah seorang dari mereka..

"Ermm free je kenapa?"Nadia menjawab dengan tanda tanya..semua mata memandang kearahnya dengan harapan..

"Lepas kerja kita pergi dinner nak?"soal Dalila kerani kewangan..

"Dinner?"

"Ermm dinner nak tak?"

Nadia berfikir sejenak perlu ke dia pergi dinner bersama?hmm

"Okey"

Semua berteriak senang apabila Nadia bersetuju mengikut mereka makan malam..

"Happy birthday to you..happy birthday to you..happy birthday to cik Nadia...happy birthday to you!"satu nyanyian kedengaran di ruangan itu.

Nadia berpusing ke belakang dan melihat seorang pekerja membawa kek hari lahir kearahnya..

"Ya Allah.."Nadia menekup mulut dia tak percaya yang pekerja mereka buatkan kejutkan untuknya..

"Terima kasih.."Nadia menyambut kek yang diberikan mereka..

"Jom ambil gambar.."

Pagi itu riuh mereka bergilir untuk mengambil gambar bersama Nadia..

"Ada apa ni ramai-ramai?"Aidan berhenti didepan mereka..Nadia terkaku apabila Aidan memandang tepat kearahnya..

"Ermm boss..kami sambut hari lahir cik Nadia.."ujar Dalila beranikan diri..Aidan melirik sesaat kearah Nadia..

"Ermm okey teruskan tapi jangan lengahkan masa pula.."ujar Aidan melangkah kearah pejabat..

"Boss!kalau lepas kerja boss free jom laa ikut kami pergi dinner nak sambut birthday cik Nadia.."

Bulat mata Nadia apabila Dalila mengajak Aidan..aduhh

"Norman carikan restaurant yang sesuai untuk birthday party..booking untuk malam ni sekali..saya bayar untuk semua.."ujar Aidan kepada Norman yang berdiri disebelahnya tanpa menoleh kebelakang..

"Baik boss"

Aidan pun sambung melangkah diikuti Norman..semua itu berbisik riang tak percaya yang Aidan akan menerima ajakan mereka dan belanja mereka semua..

Nadia pun meminta diri kalau lama lagi mahunya Aidan marah kerana pagi-pagi dia perlukan laporkan jadual Aidan..

.....

Aidan dan Nadia serta Norman berada di KING hospital..mereka ada mensyuarat untuk projek yang baru bersama Noah..

Tapi kalini mereka ada pesaing untuk projek ini.. mereka perlu berikan yang terbaik dalam pesaingan ini..

Aidan dan Nadia menunggu klien didalam bilik mensyuarat sambil merenung luar tingkap dari jauh..manakala Norman fokus dengan komputer riba..

Nadia duduk di sudut meja sambil menilik kuku..dia masih ingat kejadian semalam di dalam kereta dan ketika Aidan menelefonnya..

"Aidan..sorry lambat aku jemput Zafir sekali tadi.."

Noah berjalan masuk ke dalam bilik mensyuarat bersama pesaing mereka..

Aidan dan Nadia pun bangun mendekati mereka untuk menyapa begitu juga Norman..

"Zafir.."Aidan berjabat tangan pesaingnya yang dipanggil Zafir..dia kenal Zafir yang juga dalam industri yang sama..

DENDAM YANG TERINDAH(C)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu