29 :: Proposal

64 5 0
                                    

"Yeseol, mama tak nampak ni.. sampai bila mama kena tutup mata ni?" soal Haemin dia memegang tangan Yeseol dengan erat.

Matanya telah ditutup dengan kain berwarna hitam.

"Kejaplah mama, nak sampai dah"

Haemin ikutkan sahaja. Seliparnya mula masuk pasir, tahu sudah di mana Yeseol hendak membawanya.

Yeseol kata dia nak tunjukkan istana yang dibina dengan pasir.

"Yeseol, daddy tak marah ke Yeseol main pasir dekat luar ni? Sekarang dah malam tau"

"Tak, daddy ada teman Yeseol buat tadi"

Haemin menganggukkan kepalanya.

Mereka sedang bercuti sekarang mereka disebuah pantai untuk bersantai.

Tadi Joshua tak benarkan Haemin mengikutnya pergi ke pantai, Haemin frust menonggek dan berniat nak merajuk tapi selepas Joshua memberi kebenaran untuk membawa kereta untuk jalan jalan terus tak jadi merajuk.

Haemin pun apa lagi, keluarlah jalan - jalan.

Orang kata healing.

"Yeseol, sejuklah malam - malam ni.. Cepatlah" kata Haemin sambil mengosok gosok lengannya. Sudahlah dia pakai dress paras lutut sahaja.

Sunyi..

Haemin meneguk air liur.

"Yeseol.. Yeseol ke mana sayang.."

Lagi, tiada suara apa pun kedengaran.

"Yeseol janganlah buat mama takut"

Takut jugalah, buatnya yang tarik tangan dia tadi bukan Yeseol macam mana?

Gerun mat.

Tak boleh jadi!

Tangannya membuka ikatan matanya dan..

Muncullah wajah Joshua yang tampan dihadapannya sedang melutut sambil memegang cincin.

Mata Haemin membulat terkejut.

"Joshua.. What is this?"

"Dumb, this is marriage proposal la sayang"

Haemin mengelengkan kepalanya tanda tidak percaya..

"Kenapa mengejut"

"Nama pun suprise"

Haemin memandang sekeliling.

Ada Jun.

Ada Seungcheol, Jeonghan, Vernon..

Puan Hong, Tuan Hong, Abang Joshua yaitu Johendry dan isterinya Jenna.

Yeseol sudah tersengih sengih kepada Haemin..

Haemin akhirnya faham.

Yeseol bersengkongkol dengan Joshua.

"Joshua.."

"Min Haemin, I love you so much.. I really want to spend my whole life with you. I want you to be Yeseol's mother.."

Tersenyum lebar.

"Haemin, will you married me?"

Haemin terdiam.

Terharu dengan kata kata Joshua.

Betul betul lelaki ini iklas nak berkahwin dengannya.

"Joshua... Sweetnya"

Air mata Haemin mengalir.

Terharu sangat..

"Awak sudi ke tak jadi isteri saya dan ibu kepada Yeseol dan bakal anak anak kita nanti?"

Haemin mengelap air matanya.

"Cepatlah sikit jawab sayang, lenguh kaki saya melutut ni" selamba badak Joshua berkata.

Orang orang yang ada disitu ketawa mendengar kata Joshua.

"Saya sudi!"

"WOHOOOOO!!!! YESEOL!!! DADDY DAPAT MAMA YESEOL!!! DADDY AKAN KAHWIN DENGAN HAEMIN WOHOOO AKHIRNYA YOU'RE MINE MIN HAEMIN WOHOOOOOO" Joshua dengan cepat mendukung Haemin dan berpusing.

Gembira cintanya diterima.

"Joshua, malu orang tengok"

"Biarlah, biar orang tahu Haemin ni akan berkahwin Joshua" bisik Joshua ditelinga Haemin.

Haemin senyum tersipu sipu malu.

Sedang mereka semua bahagia.

Ada satu hati yang menderita.

[C] DUDA J : JOSHUAWhere stories live. Discover now