11 :: Birthday Duda J

64 5 2
                                    

Joshua dengan muka penatnya mencabut necktie dan dicampakkan diatas meja. Terlalu banyak sangat kerja yang dia lakukan hari ini. Seungcheol dan Jeonghan pula minta cuti serentak. Apa mimpilah dua ekor ni, nak kahwin dekat Thailand ke apa.

Gambar diatas mejanya dipandang. Gambar perkahwinan Joshua dan mendiang isterinya, Son Haerim. Gambar itu ambil. Tanpa sedar air mata Joshua mengalir.

"Sayang.. i miss you" Gambar itu direnung lama.

"Sayang.. Vernon tolong abang untuk dapatkan tanah rumah anak yatim tu.. abang dah tunaikan permintaan sayang.."

Sebelum Haerim meninggal dunia, dan diawal perkahwinan Haerim dan Joshua, Haerim pernah membantu anak - anak yatim yang ada di Gwangju. Haerim bahkan menganggap mereka seperti anak sendiri sebab masa itu Haerim masih belum mengandungkan Yeseol.

Bertahun-tahun Haerim menjaga rumah anak yatim itu sampailah Haerim dibawa ke hospital untuk melahirkan Yeseol, ada satu permintaan terakhir Haerim sebelum Haerim meninggal dunia. Haerim meminta Joshua untuk membeli rumah anak yatim itu dan bina rumah anak yatim yang baru dan yang lebih besar dan selesa untuk didiami. Joshua berusaha untuk mendapatkan tanah rumah anak yatim itu tetapi tuan tanah tidak mahu bekerjasama. Terima kasih kepada Vernon kerana mendapatkan tanah itu untuk Joshua.

"Sayang, nanti abang buat rumah baru untuk anak anak kita kat sana" ucap Joshua. Gambar itu diusap lembut.

Hanya Tuhan yang tahu betapa rindunya Joshua kepada Haerim.

Sebelum pulang ke rumah, Joshua sempat menyinggah makam milik Haerim. Sekeping surat diletakkan dimakam Haerim sebelum Joshua berlalu pergi.

•••

Melihat rumah itu yang gelap gelita membuatkan Joshua berkerut dahi, mana Yeseol dan Haemin? Rak kasut juga tak ada kasut mereka. Tombol pintu dipulas, tak kunci? Joshua cemas, terus dia masuk ke dalam rumah.

"Supriseeeee!" Joshua memandang anaknya yang sedang membawa kek bergambar rusa kearahnya.

"Daddy, selamat hari jadi daddy" ucap Yeseol sambil memberikan kek itu kepada Joshua. Joshua mengambilnya dan memeluk Yeseol dengan erat.

"Alahai terima kasih anak daddy"

Pipi Yeseol dikucup lembut.

Joshua memandang Haemin yang bersama dengan Jeonghan, Seungcheol dan Vernon.

Whut???

"Woi! Korang dua pun ada dekat sini ek"

"Sorry Joshua sebab tinggal kau dengan kerja yang berlambak dekat pejabat tu, Haemin ajak aku buat suprise.. aku ajaklah Seungcheol" kata Jeonghan sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Aku ajak Vernon" Seungcheol tak mahu mengalah dan menunjukkan Vernon.

"Haih korang ni, penat aku buat kerja sorang sorang tadi"

"Hadiah aku dah bagi en" kata Vernon.

"Ni hadiah dari aku"

Jeonghan memberikan satu kotak pada Joshua. Joshua melihat kotak yang diberikan Jeonghan. Waswas nak buka.

"Buka jelah, takkan aku nak prank kau" kata Jeonghan yang sudah faham dengan pandangan Joshua terhadapnya.

"Mana tahu kau letak bom dalam ni"

Jeonghan menjeling Joshua.

"Tak baik memfitnah wooo"

"Okay okay, aku buka kejap lagi boleh?"

"Boleh je no hal"

"Hadiah aku dah letak dekat situ" kata Seungcheol sambil memuncungkan bibirnya kearah meja yang sudah tersedia makanan.

"Thanks bro.."

Haemin hanya diam dari tadi berlalu pergi untuk menyediakan makanan untuk mereka.

"Daddy, daddy tak tiup lagi kek ni"

"Iya iya daddy tiuplah ni"

•••

HAPPY BIRTHDAY JOSHUA
28 THIS YEAR 🌸

[C] DUDA J : JOSHUAWhere stories live. Discover now