16 :: Mama

65 5 0
                                    

"Yeseol, kenapa Yeseol marah dengan kakak Haemin? Kesian dia, dia penat tau.. daddy tahu kakak Haemin salah sebab lambat ambil Yeseol tapi Yeseol kan dah faham yang kakak Haemin datang lambat mesti ada sebab yang munasabah.. kesian kakak Haemin menangis nangis tadi"

Mendengar yang Haemin menangis kerananya wajah Yeseol terus berubah. Haemin baru keluar dari dapur dan menuju ke ruang tamu untuk mengajak Joshua dan Yeseol makan. Yeseol berlari dan memeluk Haemin, terkejut Haemin melihat Yeseol. Paras kaki jelah Yeseol mampu peluk
༼ つ ◕‿◕ ༽つ

"Yeseol.. kenapa?" soal Haemin sambil menggosok gosok kepala Yeseol.

"Yeseol minta maaf" ucap Yeseol sambil menangis tersedu sedu.

"Yah kenapa ni?" soal Haemin sambil memandang Joshua. Joshua mencebik bibir sambil mengangkat bahunya.

Konon kononnya tak tahu (•‿•)

"Yeseol minta maaf sebab buat kakak menangis.. Yeseol bukan marah sebab kakak ambil Yeseol lambat tapi sebenarnya.."  Yeseol memeluk Haemin semakin erat. Haemin tersenyum dan mendukung Yeseol. Dia membawa Yeseol duduk diatas sofa disebelah Joshua.

"Yeseol tak marahkan kakak?"

"Tak.. Yeseol merajuk sebab.. Yeseol cemburu.."

Haemin mengerutkan dahinya.

Cemburu?

"Yeseol cemburu orang lain ada ibu tapi Yeseol takde ibu.." Joshua dan Haemin saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka berdua diam mendengar kata kata Yeseol.

"Kalau macam, apa kata panggil kakak mama.." ucap Haemin.

Yeseol mulai senyum.

"Betul ke?? Yeseol boleh anggap kakak sebagai mama Yeseol?"

"Iya, Yeseol boleh panggil mama sekarang" Yeseol terus memeluk Haemin dengan erat. Yeseol menangis dalam pelukkan Haemin.

"Terima kasih mama.."

"Sama sama sayang.."

Haemin membalas pelukan Yeseol.

"Ish daddy tak nak peluk pun" Joshua mencebik membuat muka sedih

"Eee daddy ni tak comellah buat muka macam tu"

"Takpe, daddy tak nak belikan Yeseol aiskrim" Joshua memeluk tubuh.

"Takpe, mama ada" Joshua mencubit pipi anaknya perut Yeseol digeletek. Geram dengan anaknya. Taknak manja dah, sejak ada Haemin. Haemin sahaja dia mahu.

"Mama betul ke mama menangis sebab Yeseol marah mama?"

Haemin mengerutkan dahinya. Sejak bila dia menangis? Dia memandang Joshua. Joshua membuat tangannya seperti merayu sambil menganggukkan kepalanya berkali.

"Haah.. mama terasa" kata Haemin sambil menundukkan kepalanya.

Yeseol mencium pipi Haemin.

"Maafkan Yeseol mama.. Mama saranghae" Yeseol membuat mini heart.

"Mama dah ambil mini heart Yeseol"

"Aik.. untuk mama je? Daddy?"

"Daddy tak boleh"

"Sudahlah jom kita makan, saya dah masak"

"Yey!!" Yeseol berlompat lompat gembira sambil menuju ke dapur.

"Pandai juga kau berlakon ek" bisik Joshua

"Mestilah" Haemin mengibaskan rambutnya ke muka Joshua.

"Daddy mama! Cepatlah, Yeseol dah lapar"

[C] DUDA J : JOSHUAWhere stories live. Discover now