25 :: Heart Transplant

56 5 0
                                    

"Dah ada jawapan untuk soalan semalam?" soal Joshua. Haemin berhenti mengunyah makanan mendengar soalan Joshua. Ey syeramnya soalan Joshua ni.

"Aku tanya, dah ada ke belum? Ke kau lupa soalan semalam?" Memang Haemin cepat lupa tapi soalan itu bermain dikepalanya semalam sampai susah nak tidur.

"Sebelum saya jawab soalan itu, tuan ada perasaan yang special kepada saya ke?" soal Haemin, kepalanya ditundukkan malu.

"Is that even a question? Don't you notice all of the effort i do for you?"

Soalan dijawab dengan soalan.

"Saya.." Baru Haemin mahu menjawab, tiba tiba telefon pintar Joshua berbunyi.

"Siapa?" soal Haemin.

"Doktor Haewon.."

•••

"I'm sorry Tuan Joshua, Yeseol need a heart transplant to survive. The surgery was risky and there was no guarantee that it would he succeed . I'm very very sorry for this news.."

Dari tadi Joshua diam dan termenung. Hilang semua semangat dan kekuatannya. Tak boleh Joshua bayangkan bagaimana hidup tanpa Yeseol dalam dunia ini. Joshua sanggup buat apa sahaja agar Yeseol selamat.

Air mata Haemin tidak berhenti mengalir melihat Yeseol yang terbaring lemah diatas katil. Tangan Yeseol digenggam dan dicium berkali-kali dengan lembut. Joshua memandang Haemin yang teresak esak menangis melihat Yeseol. Joshua juga sedih, iyalah anak dia sendiri sakit kan cuma Joshua pelik kenapa Haemin menangis sebegitu rupa.

Sayang betul Haemin dekat anak aku...

"Haemin, lergilah balik ,berehat.. aku boleh jaga Yeseol lagipun Yeseol ni anak aku patutnya aku yang bertanggungjawab untuk merawat dia"

"Takpe Tuan.. saya.. saya berat hati nak tinggalkan Yeseol" Joshua diam tidak membalas apa apa setelah mendengar jawapan Haemin. Tangan Haemin mengusap kepala Yeseol dengan lembut.

"Yeseol.. mama sayang Yeseol..." Haemin menggengam tangan Yeseol dengan erat. Air matanya masih lagi mengalir. Joshua pula kesian melihat Haemin. Rambut Haemin dibelai oleh Joshua. Haemin terpana dengan tindakan Joshua.

"Terima kasih sebab sayang anak aku macam anak sendiri.."

"Tuan, saya ada satu permintaan"

"Apa?" Haemin memusingkan badannya menghadap Joshua.

"Tuan.. kalau jantung saya sesuai dengan Yeseol ,izinkan saya dermakan jantung saya kepada Yeseol"

"Haemin.. you don't need to do that.."

"I need to do it... Yeseol ni dah macam anak saya sendiri tuan. Saya sayang dia, saya pasti tuan sangat sangat sayangkan dia juga. Bagilah saya peluang untuk berikan jantung saya untuk dia. saya tak nak kehilangan Yeseol, saya sanggup mati untuk Yeseol" rayu Haemin sambil menundukkan kepalanya. Dia terus menangis dan menangis. Layu hati Joshua melihat Haemin.

"Haemin, aku tahu kau sayang Yeseol.. tapi kau tak perlu buat pengorbanan macam ni.. macam mana pula dengan kehidupan kau? Kau tahu kan pembedahan tu berisiko silap hari bulan kau pun boleh pergi"

"Saya tak kisah asalkan Yeseol tak.."  Haemin menggigit bibirnya. Kata - kata Haemin tersangkut sangkut. Tidak mampu dia mengatakan perkataan seterusnya. Kepala Haemin diusap, Haemin dibawa ke pelukkan.

"Aku tak nak kehilangan kau.. kalau Yeseol tahu mama dia dah tak ada nanti dia jadi lagi sedih macam mana.."

Haemin tidak dapat menahan sebak. Dia menangis dalam pelukkan Joshua. Satu tangan Haemin memeluk Joshua dengan erat. Mulutnya ditutup dengan satu lagi tangannya supaya nangisnya tidak mengganggu Yeseol.

"Shushh.. i'm here"

[C] DUDA J : JOSHUADove le storie prendono vita. Scoprilo ora