09 :: Family date

67 5 0
                                    

"Cucu nenek!!!" Seorang wanita tua mendekati Yeseol yang sedang berjalan dengan Joshua dan Haemin.

"Nenek!!" Yeseol berlari memeluk orang tua yang dipanggil nenek itu.

Itu adalah Puan Jennifer, ibu kepada Joshua yang juga merupakan nenek kepada Yeseol.

"Ala rindunya cucu nenek!!" Puan Jennifer mencium cium cucu kesayangannya itu.

"Mama?"

"Aaa anak mama!"

Joshua berpelukan dengan Puan Jennifer.

"Mama dengan siapa dekat sini?"

"Ah mama dengan kakak ipar kamulah, Jenna.. mama dengan Kak Jenna pergi shopping.." kata Puan Jennifer. Puan Jennifer memandang Haemin dari atas sehingga bawah.

"Ni siapa Joshua?"

"Ah saya Jeon Haemin,  saya pengasuh Yeseol"

"Ouh, saya ibu Joshua.." jaemin bersalaman tangan dengan Puan Jennifer.

"Mama pergi dulu ya, nanti Jenna cari mama pula.. nanti bila - bila mama datang rumah kamu.. mama rindu juga dengan cucu mama ni"

"Iyalah ma" Puan Jennifer berlalu pergi. Sempat dia memandang Haemin dengan senyuman manis.

"Tadi tu ibu tuan ek?"

"Haah, dia mama aku"

"Daddy! Jom pergi kedai tu!"

•••

"Kau tengok family tu.. comel doo! Dahlah suami kacak, isteri cantik lepastu anak pula comel! Haih, geramnya"

"Jom kita kahwin, nanti kita dapat anak comel macam tu"

"Eeee siapa nak kahwin dengan kau?"

"Eleh, jual mahal kau ek. Tak ada sesiapa nak kau nanti baru nak menyesal"

Joshua ketawa mendengar percakapan orang yang berada dibelakangnya. Mereka sedang makan disebuah kafe, Joshua pula tidak sengaja terdengar perbualan mereka. Melihat Joshua yang tergelak berseorangan, Yeseol mencuit pinggang bapanya.

"Daddy ni dah kenapa? Tergelak gelak"

"Ey geli daddy, takde apalah daddy nak gelak.. salah ke?" soal Joshua, tangan Joshua mengeletek perut Yeseol. Yeseol gelak dan ketawa kerana geli akan tindakan Joshua. Haemin hanya diam dan menikmati makanannya, hal itu membuatkan Joshua berdehem. Haemin segera memandang Joshua.

"Ya tuan?"

"Kau kenapa senyap je dari tadi?"

"Saya.."

"Alah daddy ni, mummy malulah dengan daddy tu pun daddy tak faham - faham" kata Yeseol sambil tangannya sibuk bermain dengan aiskrim.

"Hah?" Joshua memandang Haemin..

Dah kenapa pula nak malu

"Eh Yeseol.. mana ada kakak malu.. kakak cuma.. nak makan je"

"Ye ke, mummy tipu ni... Selalu dekat rumah mummy banyak mulut je tapi bila dengan daddy terus mummy jadi pendiam"

Oh Shetty.

Pipi Haemin merona merah akibat malu dikata sebegitu oleh Yeseol dihadapan Joshua.

"Yeseol, Yeseol suka ke dengan kakak Haemin?" soal Joshua, mahukan kepastian dengan Yeseol

"Suka! Mummy ni kegemaran Yeseol" Yeseol memeluk lengan Haemin, mengada sikit dengan pengasuh dia. Joshua memandang Haemin , Haemin pula mengalihkan pandangan ke arah lain. Malu..

"Lain kali kita family date, keluar bertiga lagi ya?"

"Ye ke daddy? Boleh ke ?! Betul ke mummy?" soal Yeseol dengan teruja. Joshua memandang Haemin, Haemin senyum pada Yeseol dan menganggukkan kepalanya

"Eeee siapa nak keluar dengan dia? Dia dah nak pergi sekolah, daddy nak keluar dengan Mummy Haemin je" sengaja Joshua mengusik Yeseol.

Yeseol menjeling Joshua, tangan Haemin dipeluk erat sengaja mahu buat Joshua cemburu.

[C] DUDA J : JOSHUAWhere stories live. Discover now