07 :: His wife cloth

71 6 0
                                    

"Yeseol, pergi bersiap daddy nak bawa Yeseol pergi beli barang sekolah, Yeseol asyik minta daddy belikan dari hari tu.. cepat siap" arah Joshua sambil mencubit kedua pipi Yeseol yang lembut itu.

"Okay daddy!"

Yeseol pergi meninggalkan Joshua dan Haemin diruang tamu untuk bersiap. Teruja betul nak beli barang sekolah.

"Kau pula.. sekejap lagi tolong sediakan baju Yeseol, lepastu aku nak kau tukar baju.. pakai baju lawa sikit"

"Saya pun kena ikut ke?" soal Haemin sambil menunjukkan jari kepada dirinya.

"Iyalah, kau kan pengasuh dia"

"Tapi baju saya okay je kan tuan?" soal Haemin sambil memandang bajunya dari atas sampai bawah.

Rasanya okay je..

"Okay memang okay cuma aku nak kau pakai baju yang nampak imej perempuan ini tidak, macam tomboy"

"Tapi, saya mana ada baju"

"Jom ikut aku"

Tergesa-gesa Haemin mengikut belakang Joshua, Joshua ni dahlah jalan laju nanti kena tinggal dekat belakang nasiblah kau. Joshua masuk ke dalam biliknya, kaki Haemin terus berhenti, tidak mahu masuk bilik bersama Joshua.

"Kau tercegat apa kat situ, masuklah" Haemin menarik nafas sedalam dalam dan melangkah masuk mendekati Joshua.

"Ini baju mendiang isteri aku, kau pilihlah satu untuk kau pakai.. aku izinkan"

"Tapi-"

"Ha baju ni comel"

Joshua mengambil satu baju dress berwarna merah jambu berbentuk bunga dan diberikan kepada Haemin. Haemin teragak - agak untuk mengambil baju itu dari Joshua.

Mamat ni biar betul nak bagi aku pakai baju mendiang isteri dia?

"Tuan.."

"Shushh, no excuse.. cepat tukar lepastu sediakan baju Yeseol, aku nak bersiap" Joshua meletakkan satu jarinya dibibir Haemin untuk membuatkan gadis itu senyap.

Terkedip-kedip mata Haemin apabila Joshua meletakkan jarinya dibibir Haemin. Dia meninggalkan Haemin didalam bilik itu.

"Cepat sikit tukar, aku nak mandi kat dalam"

Joshua menutup pintu bilik, Haemin masih lagi terpinga. Haih Joshua ni.... Baju mendiang isteri Joshua dipandang. Pantas dia menukar baju itu.

"Wui, dah ke belum?" soal Joshua yang sedang menunggu dihadapan bilik.

"Kejap!" jerit Haemin dari dalam bilik.

Tidak lama kemudian Haemin keluar dengan baju mendiang isteri Joshua. Joshua terpana seketika melihat Haemin. Haemin sangat cantik dengan baju mendiang isterinya.

"Okay tak?" soal Haemin.

"Cantik.. muat muat je dekat badan kau"

"Betul ni saya boleh pakai baju ni?" soal Haemin lagi , mahukan kepastian. Joshua mengangguk. Lagipun baju itu sudah terbiar hampir 5 tahun sejak Yeseol lahir, sayang pula kalau dibiarkan.

"Dah keluar, aku nak mandi.. pergi siapkan Yeseol"

"Baik tuan.." Haemin meninggalkan Joshua dihadapan bilik lelaki itu. Joshua tidak berhenti memandang Haemin. Bayangan isterinya dengan baju itu bermain main difikirkannya.

Apa kena dengan kau ni Joshua..

Joshua menampar pipinya.

[C] DUDA J : JOSHUAWhere stories live. Discover now