17 :: Old Love

62 5 0
                                    

Yeseol baru saja ke dalam rumah, dia terus berlari ke dapur untuk mendapatkan Haemin. Haemin yang sedang memasak untuk makan tengah hari terkejut kerana Yeseol memeluknya dari belakang.

Haih, nasib baik tak kena minyak panas, kata Haemin dalam hati.

"Eh eh anak mama dah balik"

Joshua masuk kedalam rumah, kunci digantung dibelakang pintu. Kaki melangkah masuk kedalam dapur. Matanya memandang Haemin dan Yeseol yang berada didapur.

"Good afternoon mama"

"Good afternoon baby, how your school?"

"Everything is fine mama, i love the teacher and my friend… i want to go to school everyday mama"

"Good job Yeseol, well do you have anything to tell me again?"

"No mama.."

"Alright, kalau macam tu Yeseol tanggal stokin letak dekat dalam mesin basuh, pergi mandi lepastu mama siapkan makanan untuk Yeseol.. okay Hong Yeseol?" Haemin mencuit hidung Yeseol.

"Okay mama!" Yeseol mencium pipi Haemin dan berlalu pergi ke biliknya untuk mandi.

Bibir Joshua langsung mengukir senyuman memandang Haemin. Haemin yang baru sedar akan Joshua yang memandangnya sambil tersenyum senyum, berdehem.

"Tuan, saya tahu saya comel dan cantik tapi janganlah pandang saya macam tu" kata Haemin sambil mengedipkan matanya kepada Joshua, terkejut Joshua dengan tindakan Haemin.

"Yelah, kau memang comel.. sesuai jadi mama Yeseol"

"Akhirnya, tuan puji saya comel juga"

"Kenapa kau cemburu sebab aku selalu puji Yeseol?" Joshua tersenyum sinis.

"Sikitlah" Haemin tersengih.

"Haemin, kau ada Facebook tak?"

"Ada tapi saya dah lama tak main Facebook sejak saya busy sekolah dan study"

"Cuba aku tengok akaun Facebook kau"

Haemin mengeluarkan telefonnya dan diberikan kepada Joshua. Joshua mengecilkan matanya memandang akaun Facebook Haemin. Haemin meneguk air liur. Seram siyel.

"Kau.. kau Jeon Haemin yang pernah confess kepada aku dekat Facebook dulu kan?";

"Ha?"

"Kau tak ingat aku ke siak, Hong Jisoo.."

Wajah Haemin berubah, dia mengecilkan matanya memandang Joshua. Matanya memandang Joshua dari atas sehingga bawah.

"Eh kau kan Hong Jisoo! Mamat California yang pernah reject aku dekat Facebook dulu"  Haemin terjerit sikit, tangannya menutup mulutnya, terkejut. Diam - diam terkejut lalu terkentut.

"Kecil gila sia dunia ni"

"Tulah pasal, aku tak perasan kau bos aku rupanya.. adoi kaulah manusia pertama yang pernah reject aku" kata Haemin dengan teruja lalu menampar bahu Joshua.

"Woi, aku boss kau" tegur Joshua sambil menggosok gosok bahunya yang ditampar oleh Haemin.

"Ah aku berhenti kerja la, taknak aku ada boss macam kau" gurau Haemin sambil bercekak pinggang.

"Eh kau" Mereka berdua ketawa bersama - sama menyebabkan Yeseol mengintai mereka dari atas.

"Haih sweetlah daddy dengan mama ni"

[C] DUDA J : JOSHUAWhere stories live. Discover now