23 :: Yeseol's mom?

62 6 1
                                    

Haemin membuka matanya, terkejut dia melihat Joshua sedang tidur memeluknya. Ya tuhan, indahnya ciptaanmu. Haemin tersengih sengih sendiri sambil memandang ke  Joshua yang mulus gebu yang sedang tidur itu. Haih comelnya.

Mengenang kembali hal semalam, membuatkan Haemin sedih. Mahu nangis tapi kena tahan, nak nangis tapi kena sabar. Haemin mengeluh perlahan. Tangan Joshua yang berada di pinggang dialihkan dengan perlahan. Tapi entah kenapalah tangan Joshua berat semacam.

Nak kata dia terjaga.. dia tido. Sekali lagi dia mencuba tapi gagal. Tiba tiba Joshua tersenyum , seram juga Haemin melihatnya. Tiba tiba tersenyum dah kenapa, kena sampuk setan ke apa.

"Kau ni, aku nak peluk pun tak boleh" ucap Joshua dengan matanya yang masih tertutup tidur.

"Tuan.. tak manis tau kita begini gini ni"

"Kisah pula, kita kahwin jelah jom" kata Joshua, tangannya memeluk Haemin dengan lebih erat. Terkejut Haemin dengan tingkah laku dan kata - kata Joshua.

Mamat ni mengigau ke apa..

Mak seramnya!

Haemin tidak mengambil masa yang lama, dia menolak tangan Joshua dengan pantas dia bangun dari tidur.

Seramlah dengan Joshua ni.

Ni confirm kena sampuk setan ni.

Sedang Haemin menyiapkan makanan untuk dibawa ke hospital, Joshua datang mendekati Haemin, tangan gadis itu dipegang erat. Terkejut Haemin dengan tindakan Joshua yang memegang tangannya.

"Kau.. nak tak jadi mama Yeseol yang betul?" soal Joshua, mata Joshua memandang mata Haemin.

"Emm.." Haemin mengigit bibirnya, tak tahu nak cakap apa.

"Aku tanya kau ni, kau nak ke jadi mama Yeseol yang betul?" soal Joshua lagi, kali ini dengan nada yang lebih serius dari tadi.

"Kenapa tuan tanya saya macam tu?"

"Saja, kenapa salah ke?"

Soalan dijawab dengan soalan. Pantas Haemin mengelengkan kepalanya dan menundukkan kebawah. Malu..

"Aku tunggu jawapan kau esok" kata Joshua dengan lembut, kepala Haemin diusap lembut. Joshua berlalu pergi meninggalkannya Haemin berseorangan didapur. Jantung Haemin berdegup kencang.

Kenapa tuan Joshua tiba tiba cakap macam tu?"

Bau hangit mulai menebal dalam pernafasan Haemin.

LAHHH IKAN HANGUS!!!!

[C] DUDA J : JOSHUAWhere stories live. Discover now