EPISOD 15

246 22 2
                                    

"Dalisha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dalisha..."

Suara itu, buatkan kelopak mata aku bergerak ke atas dan langsung terbuka. Tempat ini putih. Semuanya putih kesucian.

Aku dah mati atau apa? Ini alam barzakh ke?

"Dalisha..."

Sekali lagi suara halus itu menyeru aku. Siapa ni? Aku di mana? Bagaimana aku boleh sampai sini? Ini tempat apa?

"Dalisha..."

Seruan kali ini, sekali dengan tangan mulus yang tiba-tiba menyentuh bahuku. Aku bagai kerbau terkejut oleh bunyi gong. Lantas aku berpaling dengan riak pucat.

Sebaik itu, aku nampak mama. Wanita cantik bernama Nur Dalia Abdullah itu kini senyum manis padaku. Jadi, aku betul-betul dah mati?

Aku berlari ke hadapan memeluk susuk mama dengan erat. Tangisan aku kemudian bergema pecah.

"Hiks... Hiks... Mama, mama, Dalish rindu mama. Dalish rindu mama sangat-sangat." Aku mengadu lelah. Kalah betul aku boleh bersama mama, tak apalah jika aku mati pun.

Mama leraikan pelukan. Aku tahu dia tidak berniat begitu. Cuma dia mahu lihat wajah merah aku akibat tangisan.

Pipi aku yang basah terkena air mata jernih, dikesat. Kepala aku yang masih berbalut tudung, diusap. Dahi aku pula dia kucup. Setelah itu, aku turut lihat dia limpahkan air mata juga.

"Dalish kena kuat." Aku terus menggeleng. Aku sudah tiada sesiapa. Aku sudah kalah.

"Dalish. Dalish kena bahagia. Hiduplah macam wanita normal di luar sana. Jangan libatkan diri dengan organisasi gelap keluarga Dae, mahupun Zandero. Dalish anak mama. Kalau mama mampu buang jawatan tertinggi yang mana pernah pegang, Dalish pun mampu."

Mama sentuh pipi aku. Baiklah, sekarang aku benar-benar percaya aku mungkin dah mati kerana semua ini, terasa nyata. Mungkin aku benar-benar berada di alam barzakh.

"Giovanni mungkin boleh buru Dalish. Keluarga Dae mungkin boleh halau Dalish sebab Dalish dah tiada jawatan. Tapi Dalish ada Tuhan. Dalish ada Allah. Ingat. Agama itu yang diutamakan sayang. Mama sayang anak mama. Terima kasih sebab jadi anak mama."

Aku menggeleng laju kepala ini bersama limpahan air mata apabila bayangan mama tiba-tiba hilang dari mata.

Dalam sekelip mata, dia rasa tempat ini berpusing menyebabkan aku berpaling ke arah belakang pula. Dan sebaik itu, aku nampak daddy sedang berdiri dalam jubah putih dan sedang senyum ke arah aku.

Aku cuba berlari untuk tarik daddy dalam pelukan pula. Namun gagal. Apa yang jadi tiba-tiba, aku lihat di sebelah kanan, ada datuk aku Giovanni bersama anggota ZLS sedang cuba berlari ke arahku.

Dia laju menghayun kaki ke arah kiri. Di sana pula, tiba-tiba muncul ahli geng Dae bersama datuk belah mama, Dae Jun sedang menghalakan mata pedang padaku.

RyanDalisha (OG)Where stories live. Discover now