EPISOD 5

266 24 1
                                    

"Abang cepatlah abang! Jalanlah laju sikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang cepatlah abang! Jalanlah laju sikit. Janganlah perlahan sangat. Abang tak excited ke nak makan? Lapar tau?" Rayna terus menarik tangan sasa abangnya untuk berjalan lebih laju ke dapur.

"Sabarlah Iyna.. jalan laju-laju jatuh nanti." Tegurnya lembut. Sebaik mereka tiba di ruangan dapur. Kelihatan Anis bersama Tania sedang sibuk menghidangkan makanan di atas meja. Pelbagai jenis lauk pauk tersedia dan kelihatan begitu menyelerakan.

"Ian, duduk makan.. meh, Iyna sekali, semua ni Anis masak tau? Katanya lama dah tak masak untuk kita. Tulah, kita pun jarang-jarang balik Melaka melawat diorang kan? Ni, dapatlah maklong dengan anak-anak semua makan air tangan Anis ni.. haih sukanya.." Beria sungguh pujian melambung diberikan. Anis sekadar senyum. Dia terus menuangkan air jus oren ke dalam gelas kaca sementara yang lain menarik kerusi untuk duduk.

Sempat dia mengerling ke arah Ryan, wajah kacak lelaki itu, nampaknya masih sama tegang, tiada perubahan apabila bersemuka dengannya. Walhal dia dengar saja gelak tawa Ryan dengan Rayna dari atas tadi.

"Abang Ian nak lauk mana? Anis boleh bubuhkan." Ryan menggeleng kepala seolah menolak pinggan miliknya yang sudah terisi nasi diletakkan lauk oleh Anis. Namun, Tania yang perasan tingkah laku anaknya itu, mula mencelah.

"Bubuh Ikan patin masak lemak tu, Ryan sebenarnya makan aje semua ni." Dia mengetap rahangnya menahan geram dengan sikap mama. Namun, apakan daya, itu ialah ibunya, tak akan nak membantah pula, depan rezeki lagi ni.

Anis senyum, dia terus meletakkan bahagian isi ikan patin masak lemak yang dimasak olehnya itu ke atas pinggan abang sepupunya.

Nak tak nak, Ryan menerima juga huluran pinggan itu kembali padanya. Saat perasan yang kesemua mereka mula menyuap nasi ke dalam mulut dengan teruja, dia mula mengangkat tangan membaca doa makan.

Bertahun dia kerja bersama bekas majikannya, Edwis Daniqi dahulu, dia diajar untuk jangan pernah lupa membaca doa sebelum makan. Kata Tuan Edwis, rezeki akan lebih berkat jika kita membaca doa, syaitan yang berada di sekeliling akan kecewa apabila mereka tidak mampu mencuri rezeki yang hendak kita suapkan ke dalam mulut. Tidak membaca doa seolah kita mempelawa syaitan di sekeliling untuk sama-sama menjamah selera.

"Bismillahirrahmanirrahim, alloohumma barik lanaa fiimaa razatanaa waqinaa 'adzaa bannar. Aamiin..."

Masing-masing mula menayangkan wajah segan. Mereka turut mengaminkan doa yang baru selesai dibaca Ryan kemudian barulah masing-masing kembali menjamah selera.

"Hurm, bagus anak mama. Dah boleh bimbing makmum dah ni." Ryan mula berdehem menandakan yang dia tidak selesa. Dia faham maksud disebalik ayat mamanya. Anis pula yang duduk bertentangan dengannya, sekadar menundukkan kepala.

Suasana di ruang makan, seakan tegang untuk beberapa minit sehinggalah celoteh Rayna mula memecah keheningan. "Abang, syarikat abang macam mana?" Ryan memandang adiknya yang duduk di sisi.

RyanDalisha (OG)Where stories live. Discover now