EPISOD 8

266 27 1
                                    

"Ye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ye... Bawa kereta elok-elok. Kirim salam mama nanti." Tegas pesanan Ryan. Raylene sekadar mengangguk. "Abang Ian, kitorang balik dulu. Assalamualaikum." Anis sempat mengucapkan itu sebelum dia menarik tangan Raylene untuk beredar.

"Waalaikumussalam."

Ryan bersandar bahu di sisi pintu mewahnya saat melihat Aster membalas lambaian tangan Raylene. "Amboi.." Aster senyum janggal. Alamak, abang tak bagi greenlight ke ni? "Jangan salah faham bos, saya layan dia sebab dia baik dengan saya," jawabnya jujur.

"Tahu. Tapi sekarang kau kena pujuk Vivi, tengok dia dah merajuk tak nak makan sebab kau layan adik aku." Aster mengerut wajah, tidak sampai beberapa saat, dia menghambur tawa.

"Bos, saya dengan dia, usahkan nak bercinta, nak pandang muka pun tak boleh, merepek aje bos ni." Aster menggeleng-geleng kepalanya tanda tidak setuju dengan apa yang sedang berlegar dalam fikiran bosnya. Memang tak lah dia dengan Vivian itu.

Ryan sekadar mencebik. Tak nak, tak nak, tahu-tahu sangkut. "Perkembangan Dalisha macam mana? Vivi jumpa apa yang dia bergegas balik computer room tadi?" Tanya Ryan serius sambil dia menutup pintu rumah.

"Entah. Adalah kot apa-apa perkembangan. Nanti saya tanya Cina gila tu." Ryan menggeleng kepalanya bersama pusingan bebola mata ke atas, tidak bersemuka pun sempat lagi mengata. Haih.

"Uhm.. Pasal Dalisha ni kan, aku harap kau dengan Vivi dapat bekerjasama cari dia. Aku perlu jumpa dia. Secepat mungkin. Aku harapkan kau dengan Vivi sangat-sangat untuk kes ni," rintih bos, buatkan dia mula berminat dengan sesuatu.

Aster tiba-tiba berdehem sebaik bosnya melabuhkan duduk di sofa, Ryan mula meraup wajah mengeluh resah memikirkan soal Dalisha yang entah tiada hujung pangkal.

"Cik Dalisha yang bos suruh saya cari ni, mesti cantik kan?" Tiba-tiba Aster bersuara. Dia sengih polos ke arah bosnya. Hal itu, buatkan Ryan mengeluarkan telefon pintar dari dalam poket.

Tidak sampai beberapa saat, dia mempamerkan skrin telefonnya yang kini memaparkan jelas gambar seorang wanita muda bertudung sedang tersenyum sambil mata coklat miliknya tidak memandang ke arah kamera. Kalau dilihat, gambar ini pasti diambil secara senyap tanpa pengetahuan wanita itu.

Liur Aster mula diteguk. Waduh! Bagai bulan dipagar bintang. Tidak mampu berkelip matanya melirik ke arah gambar itu. Baru dia hendak sambung menatap, Ryan sudah kembali menutup telefon. Aster mencebik. Risau betul kalau biar Aster tatap wanita muda dalam telefonnya itu lama-lama.

"K..kalau macam ni saya pun bersemangat nak cari dia. Bos, jom kongsi, sharing is caring, kan, kan?" Telinga Ryan panas saja mendengar celoteh itu.

Dia menjeling anak buahnya dengan jelingan maut. "Nak rasa kepala berlubang ke?" Kecut perut Aster dengan sindiran bosnya. Dia senyum takut lalu menggeleng pantas.

"G..gurau bos," gumamnya perlahan.

"Tuan! News!"

Beberapa saat selepas perbualan mereka, Vivi dari bilik komputer bawah tanah, kini melompat naik melangkah dua anak tangga sekaligus untuk cepat sampai ke atas.

RyanDalisha (OG)Where stories live. Discover now