EPISOD 10

289 23 2
                                    

"Untuk apa?" Ryan pandang Daniela

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Untuk apa?" Ryan pandang Daniela. Dia menghela berat nafasnya. "Aku perlu cari dia. Cukup kau tahu itu saja," dia jawab dengan serius. Wajah cantik Daniela yang kelihatan sedikit pucat dan penuh dengan plaster luka, mencebik menerima itu sebagai jawapan.

"Diandra dengan kau ada apa-apa ke?" Ryan terkedu. Hendak jawab bagaikan lidahnya kelu. "Aku... Cuma nak tahu, kau boleh tolong aku ke tidak?" Daniela memusingkan bebola matanya. Mesti dia ni jenis ego tinggi melangit.

"Tak,"

"Kenapa?"

"Sebab aku tak tahu mana Diandra pergi," dia jawab dengan jujur.

"Tapi kau ada jumpa dia masa kau dekat Korea kan? Come on Daniela, anak-anak buah aku bersengkang mata nak track kau, kerja kitorang jadi mudah bila dapat tahu kau ada dekat KL. Sekarang, tolong mudahkan lagi kerja kami. Aku... Tengah buntu," Ryan merayu sambil matanya yang sudah mulai berkaca, ditahan. Sungguh, dia rasa terseksa dengan semua ini.

"Well, sorry to say, tapi selepas insiden bangunan kena bom tu, aku tak tahu dia lari pergi mana," sekali lagi dia jujur.

"Apa yang jadi masa bangunan tu meletup? Macam mana boleh kena bom? Ini angkara Giovanni kan? Kenapa kau datang Korea cari Dalish?" Suara Ryan berbaur sangat tertanya-tanya.

"Aku pergi sana sebab nak warning Dalisha. Aku nak dia tahu, Giovanni tak mahu dia sebagai pewaris legasi lagi, tapi Giovanni nak dia mati. Sekarang, bukan dia saja jadi buruan, aku pun sama. Sebab tu aku lari pergi Malaysia."

Ryan raup wajahnya. Kepala dia kusut. Rasa nak hentak di dinding biar kusut tu bocor ke bawah. "Yang serang kami masa tu, ZLS, anggota rahsia legasi keluarga Zandero. Aku nasihatkan, kau lupakan saja hasrat kau, aku yakin, Diandra sedang sembunyikan diri di tempat paling dalam. Mustahil kita boleh jejak dia."

Ryan ketap rahangnya. Tidak, dia tak akan mengalah, dia dah janji dengan diri sendiri dia akan cari Dalisha untuk tebus kesalahannya lapan tahun dulu. Walau dengan cara apa sekalipun! Walau dia tahu... Dalisha masih bencikan dia.

Teratak Emas.

Aster memulas tombol pintu bilik komputer bersama secawan kopi yang baru dia bancuh di dapur rumah agam bosnya. Disebabkan misi menjejaki Daniela, iaitu sepupu Cik Dalisha semalam, dia terpaksa bersengkang mata tidak tidur langsung. Mujurlah jumpa juga. Kebetulan Daniela di Kuala Lumpur.

Dia melangkah menuju ke meja kerjanya untuk meletakkan cawan kopi panas yang kini masih dipegang. Keluhan kecil mulai dilepaskan. Dia menguap untuk beberapa kali sebelum matanya teralih ke arah satu susuk tubuh yang tersengguk-sengguk tidur di kerusi berhadapan meja kerjanya.

Vivian.

Gadis kacukan Cina-Melayu itu, sedang memejam mata tersengguk-sengguk dalam keadaan tangan menongkat dagu mulusnya. Dia dapati di bawah mata Vivian, terdapat lingkaran gelap menandakan bertapa penatnya dia dengan misi malam semalam.

RyanDalisha (OG)Where stories live. Discover now