EPISOD 14

263 27 1
                                    

Bandar Seoul? Entah kenapa dia akhirnya memutuskan untuk datang ke bandar ini terlebih dahulu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bandar Seoul? Entah kenapa dia akhirnya memutuskan untuk datang ke bandar ini terlebih dahulu. Apa tujuannya sedangkan sudah terang-terang dalam rakaman video yang ditunjukkan padanya, Dalisha berada di Omokdae-gil?

Dia pun tak tahu. Apa yang dia buat sekarang, semuanya diputuskan oleh hati. Entah mengapa hatinya bertalu-talu menggerakkan dia agar singgah di Seoul dulu sebaik mendarat di negara Korea yang sedang dilanda musim bunga.

Hari ini, hari kedua dia di Seoul. Daniela sudah selamat sampai di Omokdae-gil pada hari yang sama dia tiba di Korea. Dia telefon sepupu Dalisha itu dan menyatakan dia akan berkeliaran di Seoul buat sementara waktu.

Keputusan yang mengikut kata hati Ryan, menyebabkan Daniela perlu menyewa hotel di Omokdae-gil lebih lama dari yang dijangka. Merungutlah juga dia. Tapi, sebabkan sepupunya, dia rasa ini berbaloi. Entah mengapa Daniela bagai risaukan Dalisha sedangkan selama ini, mereka tidak pernah rapat pun.

Mungkin kerana Dalisha saja yang dia ada sekarang saat dia juga menjadi sasaran Giovanni.

Ryan berjalan terus menghentam setiap permukaan bahu jalan. Keadaan malam bandar Seoul, terus diperhati. Bandar yang masih dilanda musim bunga. Untuk seketika, dia berharap. Tak bolehkah Dalisha tiba-tiba muncul saja depannya sekarang? Dia harap... Dalisba sebenarnya ada di sini.

Bebola mata bergerak-gerak memandang kawasan sunyi sekeliling. Tiba-tiba, iris hitamnya menangkap susuk tubuh seorang wanita bertudung berdiri tidak jauh dari tempatnya.

Nanti... Doa dia tadi, baru dimakbulkankah?

Saat kaki panjangnya mula membuka larian, dia lihat ada sebuah kereta hitam berhenti berhadapan wanita itu. Matanya turut menangkap ada lelaki berbadan besar turun dan mula menekup mulut wanita itu.

Dia tidak pasti siapa sebenarnya wanita itu. Betulkah itu Dalisha? Dia perlahankan larian tidak mahu orang-orang di dalam kenderaan perasankan dia.

Saat dia berjaya bersembunyi, dia curi lihat. Dan memang benar itu Dalisha. Dalisba yang kini sudah tidak sedarkan diri dan disumbat ke dalam kereta.

Apa dia patut buat? Sebaik kereta hilang dari pandangan, dia keluarkan telefon.

"Daniela. Aku jumpa Dalish. Dia dekat Seoul. Listen here, dia dalam bahaya. Aku nak send kau nombor plat sebuah kereta. Tolong track diorang."

"Wait Ryan... I also have something to tell you."

"Apa?" Dengan keadaan yang masih cemas, Ryan menyoal.

"I found Han. He's Dalisha's cousin. Belah mama dia. Dia beritahu, Dalisha dihalau dari Vila Dae..."

"Maybe because of that she's here now. It's fine, please track the car. Aku nak bawa dia balik. Dalam keadaan selamat." Tegas. Berpendirian. Dan penuh autoriti. Dia benar-benar risaukan Dalisha. Lagi-lagi dalam keadaan dia pasti yang diculik tadi ialah wanita itu. Tolonglah Ya Allah... Jagakan dia.

RyanDalisha (HOLD)Where stories live. Discover now