EPISOD 2

444 39 4
                                    

3 tahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

3 tahun kemudian...

Seoul, Korea Selatan,
20 Mac.

Beojkkoch. Di dalam bentuk tulisan hangul, ianya ditulis dengan rupa (벚꽃). Beojkkoch, membawa maksud bunga sakura. Bunga yang perlahan gugur jatuh ke jalanan.

Bunga yang sering singgah pada tubuh orang yang berjalan di bawahnya. Bunga yang tenang. Bunga yang cantik. Indah mata memandangnya.

Bunyi alat scan cop harga itu bergema kecil di kaunter bayaran. Sekali sekala aku memandang sekeliling dengan ekor mata. Kelakar. Aku yang tidak buat apa-apa kesalahan, kian hidup sudah seperti pelarian.

"igeo da eolma-eyo?" (Berapa harga semua ini?)

Budak remaja lelaki warganegara Korea itu, menyatakan harga. Tanpa berlengah, aku mengeluarkan wang kertas won dari poket seluarku. Wang itu diserahkan padanya.

"jandon.." (Keep the change..)

Justeru selesai mengambil plastik makanan ringan yang aku beli, langkah kaki aku hayunkan menuju ke pintu keluar.

Seperti selalu, aku terus berjalan pergi sehingga akhirnya tiba di apartment sewaku. Apartment kecil yang cuma mempunyai ruangan tidur, dapur dan ruang tamu sekali gus.

Perlahan pintu dibuka. Langkah aku hayunkan lagi terus menuju masuk ke dalam. Punggung aku labuhkan diatas lantai. Ramen yang aku beli di dalam paket mangkuknya, aku buka. Ramen itu aku masakkan.

Baru saja aku ingin menuju ke balkoni luar yang sedikit usang itu untuk menjemur kain, sesuatu pelik mula menarik perhatianku.

Sekeping nota kecil berwarna putih terlekat di belakang permukaan pintu keluar menuju ke balkoni.

Aku cabut nota itu.

'È molto tempo che non ci vediamo Diandra ..'

Saat aku membaca apa yang tertera pada permukaan kertas kecil itu, kepala mula terpusing ke arah kiri, kemudian ke arah kanan. Tidak lama selepas itu, aku rasa seperti aku patut mengangkat kepalaku ke atas.

Seperti yang ku jangka,

Zap!

Kakiku segera menapak tangkas ke belakang. Mujurlah aku cepat, kalau tidak, arwah aku di episod dua. Haih.

Pisau berlumuran darah yang jatuh dari atas kepalaku tadi, aku kutip. Sekali lagi aku menoleh ke atas. Rasanya tiada sesiapa yang membaling pisau ini, memang pisau ini terletak di hujung atap apartment lama ini.

RyanDalisha (HOLD)Where stories live. Discover now