EPISOD 7

222 21 2
                                    

Di balik pagar tinggi yang berwarna kelabu tua itu, ada kelibat dua orang gadis muda, Ryan terpaksa membuka pagar automatiknya dengan menekan butang yang terletak di sebelah suis lampu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Di balik pagar tinggi yang berwarna kelabu tua itu, ada kelibat dua orang gadis muda, Ryan terpaksa membuka pagar automatiknya dengan menekan butang yang terletak di sebelah suis lampu.

"Abang!" Jeritan teruja Raylene buatkan dia tersenyum kecil. Rindulah juga budak kecil ni, lama dia dekat Terengganu tak ada dengar khabar berita. Raylene berbeza dengan Rayna.

Kalau si bongsu itu, hari-hari notifikasi dia akan muncul pada skrin telefon Ryan, jadi walaupun mereka berjauhan, tetap Ryan rasakan Rayna dekat dengannya. Tetapi Raylene, dia jenis yang tidak aktif dengan aplikasi-aplikasi sosial dalam talian.

Jadi, nak tunggu dia hantar mesej tanya sihat ke tidak, memang sampai kiamat pun tak akan sampai, walau bagaimanapun, mereka bertiga tetap rapat. Ryan memang seorang abang yang tegas. Tetapi, hatinya lembut. Walaupun dia susah nak mengaku depan-depan, kesimpulannya, dia juga rindu adik-adiknya.

Dia membalas lambaian Raylene, lalu menghantar isyarat tangan 'mari sini'. Senyuman manisnya perlahan-lahan pudar apabila melihat kelibat Anis turut membuntuti adiknya. Haih, kenapa dia ni kena ikut? Entahlah, Ryan memang tidak selesa dengan adik sepupunya itu.

"Abang!" Raylena berlari lantas dia kini tiba berhadapan abangnya. Tubuh tegap, tinggi lampai itu, kini mula berada dalam dakapan manjanya. Ryan ketawa. Dia mula melerai pelukan, bukan niatnya membantah kehendak Raylene kerana rindu itu, tetapi dia hendak melihat wajah adiknya itu.

Hidung separa mancung milik Raylene dicubit. "Amboi, mengada... Kalau bakal bini abang tahu, mesti dia jealous, pergi jauh sikit." Ryan sengaja mengusik. Entah mengapa bila dia sebut 'bakal bini' itu, fikirannya melayang mengingati Dalisha.

Raylena mencebik, sehinggalah dia perasan kelibat Anis yang berdiri di sebelah. "Alah, tak apa.. Kak Anis tak kisah. Kan? Kan?" Terkebil-kebil Anis. Begitu juga Ryan.

"Eh.. a..apa Ray cakap ni, merepeklah," gumamnya perlahan sambil menahan rasa segan. Ryan pula sekadar diam. Ini pun satu, tak habis-habis nak sangat dia kahwin dengan Anis.

"Dah.. jom masuk." Dia kemudian mempelawa kedua gadis itu dengan membuka lebih luas pintu rumah agam tiga tingkat miliknya ini.

Sebaik mereka melangkah masuk ke dalam, Anis terbeliak mata dengan dekorasi dan hiasan dalaman rumah ini. Baru di luar tadi, dia ternganga mengetahui yang rumah agam besar dan mewah serta mempunyai tiga tingkat ini rupanya milik Ryan.

Ryan ini, sangat misteri. Dia tidak pernah tahu apa-apa mengenai rumah ini, termasuk soal syarikat, juga Anis tertanya-tanya soal latar belakang sebenarnya abang sepupunya.

"Duduklah. Nak air ke? Abang baru balik sini, banyak barang tak ada. Rasanya air jus oren je ada dalam peti sejuk," ujar Ryan.

"Eh, tak apa Abang Ian, kitorang sebenarnya datang nak hantar lauk ni, Anis masak, kebetulan hari ni, ada potluck dekat office, diorang nak sambut Anis sebab baru start kerja, tu yang Anis masak ni, saja masak lebih, ingat nak suruh Ray hantar kat abang, kebetulan dia jumpa kawan dekat sini. Sekali Ray suruh Anis ikut."

RyanDalisha (OG)Where stories live. Discover now