EPISOD 3

315 30 2
                                    

Myeong-dong,8

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Myeong-dong,
8.00 malam.

Dari bandar Gangnam, hingga ke bandar Myeong-dong. Seperti yang dimahukan. Aku menurut. Jam kini tepat pukul 8.00 malam. Sejujurnya, jantungku sedang berdetak sangat laju.

Pertama, aku tidak tahu siapa sebenarnya yang akan datang berjumpa denganku. Datukku? Haih harap janganlah.

Kedua, serangan jenis apa yang dia mahu guna padaku? Haih harap serangan biasa sudahlah. Sejak berpindah, eh bukan.. rasanya lebih tepat kalau aku cakap sejak aku lari dan bersembunyi dari datukku di negara Korea ini, aku sudah hilang teknik hebat di dalam kepala.

Aku sudah lama tidak berlatih dalam martial arts, aku lebih biasakan diri menggunakan pisau-pisau yang mampu membunuh atau senjata api pakai buang. Masalahnya keadaan sekarang yang buatkan aku takut.

Aku perlukan teknik mempertahankan diri secara fizikal kerana keadaan di bandar Myeong-dong ini, terlalu sesak dengan orang tempatannya. Kalau aku guna senjata, silap nanti, aku pula yang kena tahan polis.

Jam terus bergerak memakan masa. Hampir 20 minit aku berada di tengah-tengah bandar yang penuh dengan umat manusia ini, akhirnya sesuatu yang tidak ku jangka, kini muncul di hadapan mata.

Wanita muda sebaya umurku, berpakaian serba hitam, bersama dengan rambut panjangnya yang terikat dengan gaya ponytail, serta tubuh ramping dan tinggi badannya yang amat ku kenali. Dia kemudian mendekati ku selepas membiarkan beberapa orang awam, melintas jalan terlebih dahulu.

Kasut boot tumit tingginya kini semakin merapati. Aku yang berdiri, masih fokus ke arahnya. Dan dalam sekelip mata, kami mula berada dengan jarak yang rapat antara satu sama lain.

"Diandra..." Namaku diseru. "Daniela..." Namanya aku seru kembali. Aku sempat memerhati gerak matanya. Dia sibuk memerhati diriku. Mungkin sudah agak lama kami tidak bersemuka, aku rasa dia mungkin sudah lupa tentang perubahan diriku yang sudah diberi hidayah Allah agar menutup aurat wajibku.

"Allora sei stato tu a mandarmi il biglietto?" (Then you're the one who sent me the note?) Bianca Daniela. Dia ialah sepupu belah ayahku. Seorang bekas tentera rahsia di Amerika Syarikat suatu ketika dahulu.

Biar aku teka, dia di sini... Kerana datuk juga bukan? Dia bekerjasama dengan datuk demi legasi haram keluarga Zandero juga? Atau datuk mengugutnya? Tidak pun, adakah datuk... Menawarkannya sesuatu jika dia dapat cari dan bawa aku balik ke negara Itali?

"Si l'ho fatto." (Yes I did.) Bibirnya yang tercalit gincu merah itu, kini bergerak mengeluarkan suara dari tekak. Aku mengetap rahang ku sedikit keras.

Aku tidak menyangka Daniela yang akan berjumpa denganku. "Kau datang sini untuk apa?" Aku bertanya. Tanganku yang mulai terasa sejuk akibat angin malam musim bunga di bandar ini terus bertiup, aku seluk kan ke dalam poket coat yang aku kenakan.

RyanDalisha (OG)Where stories live. Discover now