Special || 01

2.1K 74 0
                                    

.....

Empat belas tahun kemudian...

"Aryan! Aryana! Arieq turun makan!" jerit Aryssa memanggil ketiga- tiga anaknya.

Sedang dia bersiap menghidangkan makan malam. Kedengaran tiga suara yang amat memeningkan dirinya. Siapa lagi kalau bukan tiga anaknya.

"Yang kau tolak aku pahal."

"Eh, Arieq pulak. Abang yang tolak kakak dulu. Lepas tu nak salahkan Arieq." kata si adikm

"Ish, korang dua ni kalau tak gaduh tak boleh ke?"

Aryssa menggeleng perlahan mendengar pergaduhan kecil tiga beradik itu. Masing-masing tak nak kalah.

"Aryan. Aryana. Arieq." tegur Aryssa.

Ketiga-tiga mereka tersentak dengan teguran ibu mereka. Masing-masing tak terkelip memandang wajah Aryssa.

"Yes, mummy." serentak mereka menjawab.

Aryssa senyum.

"Dah? Come makan. Nanti sejuk." ajak Aryssa.

Mereka bertiga akur dengan arahan Aryssa. Masing-masing mengambil tempat di meja makan, namun sebuah tempat yang kosong membuatkan raut wajah mereka sedikit sedih.

"Hey, what's wrong?" soal Aryssa.

Aryan mengangkat wajah memandang mummynya.

"Mana Daddy? Dah lama daddy tak makan dengan kita." ujar Arieq lembut. Memandangkan dia anak bongsu, memang dia rapat dengan kedua-dua ibu bapanya.

Aryssa tarik senyum nipis. Dia tahu anak-anaknya rindu akan suaminya. Bukan mereka sahaja, dia sebagai isteri pun rindu!

"Nanti daddy balik la tu... Dah-dah makan. Sejuk nanti, tak sedap."

Mereka bertiga hanya akur.

•••••

SELEPAS makan malam tadi, Aryan terus naik ke bilik. Telefon pintar dari pemberian daddy, dia capai. Kedengaran bunyi notifications dari sepupu sepapatnya, segera dia buka.

Cousins gilozz!

Hana
+ Weyhh- weyh bad news duh

Luth
+ Bad news apa? Kau jangan buat orang sesak.

My twinnies Aryana
+ Haah. Apa kau ni Hana. Cakap je la terus

Hana
Ermmm aku takut kau dgn Aryan terluka je

Aryan membaca ayat itu terus laju jari mengetik satu per satu huruf membina ayat.

-Terluka? What do you mean with terluka, Hana?

Aryana
+ Say Hana. Aku dan Aryan akan terima dengan hati terbuka.

Hana
+ Actually.... I see daddy Raff with someone else.

Aryan terkaku. Someone else?

My twinnies Aryana
+ Are you kidding me right? Daddy aku dekat pejabat kut takkan la dia nak keluar dengan orang lain pula?

Hadif
+ Bukan Hana aje nampak, Ry. Aku pun nampak juga.

Dan serentak itu bilik Aryan dirempuh oleh Aryana. Melihat air mata mengalir di pipinya cukup memberitahu Aryan bahawa Aryana tak percaya dengan apa Hadif dan Hana berkata.

"Yan... Daddy..."

Aryan terus memeluk tubuh kembarnya. Teresak Aryana menangis sepuas-puasnya di dadanya. Aryan tahu Aryana sedih, sebab antara mereka tiga beradik, Aryana paling rapat dengan daddy.

Aryssa Where stories live. Discover now