S || 18

2.4K 128 0
                                    

.....

MELILAU mata Ashraff mencari bayangan Aryssa di ruang tamu itu. Namun bayangan gadis itu langsung tidak dijumpai meski dicari.

"Dayyan, nampak Mama Rys tak?" soal Ashraff kepada Dayyan. Mana tahu budak kecil ini tahu akan keberadaan mak saudaranya.

"Mama Rys? Dia dengan Mama Bella tadi. Lepas tu, Dayyan tak nampak dia." beritahu Dayyan.

Ashraff mengerut dahi pelik. Mama Bella? Siapa dia?

"Wassap bro, datang juga kau malam ni. Ingat tak nak datang," tegur Haykal sekaligus memerli.

Ashraff tayang senyum nipis. Ni kalau bukan sebab bonda yang memaksa dia pergi. Mesti dia sedang berehat di dalam bilik.

"Tak ada apa la, bro. Kawan kan? Lagipun, abang Rian tu family aku juga."

Haykal mengangguk kepalanya. Mereka tahu Ashraff dan Edrian saudara ipar kerana ketika majlis perkahwiann Edrian, mereka saudara-mara la yang menolong Edrian berkahwin.

"Eh, bonda tak ikut ke?" soal Haykal, melilau mata mencari keberadaan Tengku Syahirah. Jarang wanita usia 50 an itu melepaskan peluang hadir ke sini.

"Ada. Kejap lagi sampai lah tu. Kita orang datang asing tadi sebab bonda dengan walid dari Johor terus ke sini."

"By the way, Rys tak ada ke?" soal Ashraff setelah beberapa minit dia tidak nampak bayangan Aryssa.

Haykal memandang rakannya pelik. Kerut dahinya melihat perubahan rakannya yang mendadak.

"Rys? Ada, rasanya dia dengan Bella." tutur Haykal.

"Bella? Siapa tu?"

"Ouh, tu la rivals dia. Aku tak sangka dia dengan Bella dah berbaik. Terkejut kita orang petang tadi bila dia orang saling berpelukan."

"Syukur la. Aku ingatkan main villa ni nak roboh dah tadi," seloroh Ashraff.

Haykal ketawa perlahan. Ya, Mikaeyl dan Akmal pernah beritahu Ashraff bahawa rumah itu akan roboh kerana Aryssa dan Bella.

•••••

MAJLIS itu berlalu dengan pantas, makan malam juga sudah tersedia. Orang ramai juga sudah mula menjamu selera.

"Rian," panggil Tan Sri Eldrin saat matanya bettentang mata dengan anak sulungnya.

Edrian berhenti melangkah. Matanya memandang wajah ayahnya. Hampir 10 tahun mereka tidak bertemu sejak kematian ibunya.

"Daddy nak apa? Rian nak cepat, isteri Rian dah panggil." tutur Edrian sopan. Dia tak mahu bertindak kasar, walaupun sakit luka dihati masih bengkak tapi dia masih menghormati lelaki itu sebagai ayah.

"Isteri? Rian dah kahwin? Dengan siapa? Boleh daddy tahu siapa menantu ayah?"

Serentak itu, Dayyan lari menerpa ke arah Edrian. Aryssa turut ke arah abangnya kerana dia menjaga anak buahnya sementara menunggu kakak iparnya menukar lampin Damia.

"Rys?" Terkejut Tan Sri Eldrin melihat wajah anak bongsunya.

"Daddy-daddy! Cepat la, Ayyan lapar!" adu Dayyan.

Aryssa Where stories live. Discover now