S || 57*

2.3K 73 0
                                    

.....

ARYSSA perlahan mengikut langkah Bella dan abang keduanya, Edryl ke tingkat bawah. Kata Bella, Ashraff ada di bawah di dalam tahanan Adam. Dan kerana lelaki itu, mereka terpaksa ubah rancangan.

"Hoi! Kau nak lari ke mana hah?" Aryssa terkejut namun sempat dia tayang beriak biasa. Manakala Edryl dan Bella tenang sebaik Adam menegur mereka.

"Dia nak pergi tandas boss. Katanya perutnya sakit." Bella menjawab soalan itu untuk Aryssa.

Aryssa angguk kepala mengiyakan kata-kata Bella. Takkan dia nak biarkan Bella saja menjawab? Dia juga kena tolong sama juga.

"Perut kau sakit?" tanya Adam kepada Aryssa dari jauh.

Aryssa angguk kepala seperti tadi.

"Haah, perut aku sakit. Lepas tu, aku rasa mual. Werk! Hmm, tolong bagi aku pergi tandas. Takkan kau nak aku muntah dekat lantai tu? Aku okay aje. Tapi kau lah mesti jijik kan nak tengok muntah aku?"

Adam diam. Mata silih ganti memandang Bella dan Edryl.

"Kenapa perlu dua orang? Bukan seorang dah cukup ke?" Adam menyoal lagi. Kali ini dituju kepada dua pekerjanya.

"Si Nab ni, boss. Katanya tak larat nak pegang perempuan ni jadi dia suruh saya tolong papah." Edryl memberi alasan.

"Habis kalau kau papah? Kau buat apa?" soal Adam kepada Bella pula.

"Saya teman dia dekat toilet la. Nanti jatuh tak pasal boss kena bawa dia pergi hospital." Aryssa tersenyum mendengar kata-kata Bella.

Nice job, cousins.

"Hmm, pergi la. Tapi balik cepat, hilang dia. Kau orang aku cari."

"Baik." Serentak Edryl dan Bella menyahut.

Baru selangkah kaki mereka bergerak. Kedengaran suara Lara menjerit menghalang mereka. Edryl mencarut perlahan manakala Bella sudah bersiap sedia untuk berlawan.

"Tak sangka minah tu sedar awal?" Aryssa memerli Bella.

Bella menjeling menyampah. Dia sedar akan kesilapannya.

"Diam la kau. Duduk sini diam-diam. Aku nak memburu kejap." sempat mereka berdua berbisik.

"Abang, yang lain mana?" soal Aryssa kepada Edryl.

Edryl berpaling sekejap sebelum kedengaran letupan bom kedengaran. Aryssa berpaling ke belakang. Melihat gudang itu separuh hancur membuatkan bibirnya mengukir senyum sinis.

"Hai!" sapa Mikaeyl, sinis.

"Apa lagi?! Serang la!" arah Adam kepada anak buahnya.

Mereka sepupu sepapat saling berpandangan sebelum masing-masing tayang senyum sinis terukir pada wajah mereka.

"It's action time!" Haykal menjerit lantang sekali gus menendang salah seorang anak buah Adam dan pap! Mati.

"Lembik." sindirnya sebelum kaki melangkah melawan dengan beberapa orang yang lain.

"Arys stay sini. Jangan nak ke mana. Abang tak nak nyawa adik melayang." arah Edryl.

"Tapi abang..."

"Arys dengar cakap abang. In Sha Allah kita selamat." Edryl menepuk perlahan bahu Aryssa agar mempercayai dirinya.

•••••

DENGAR bunyi tembakan di keluar secara rawak mahupun lurus. Menyedarkannya bahawa perlawanan sedang bermula tika ini.

Perlahan tubuhnya bangun bersandar pada dinding. Mata memandang perlawanan di antara sepupu sepapat Aryssa dengan Adam. Sesekali dia cari juga kelibat isterinya. Kali terakhir dia nampak, gadis itu sedang turun ke bawah.

Aryssa Where stories live. Discover now