F || 25

2.8K 106 5
                                    

.....

ARYSSA cuba membuka matanya. Kepalanya berpinar kerana minuman yang diminumnya semalam. Kepalanya berpaling memandang sebelah.

"Arghhh!" Tubuh Ashraff ditolak kuat oleh Aryssa.

Dan siapa sangka, di bawah katil ada Mikaeyl tidur di situ bersama Haykal dan Akmal.

"Arghh! Tulang belakang aku!"Jerit Mikaeyl.

Ashraff yang terkejut dengan jeritan Mikaeyl segera bangun. Haykal juga sama terjaga.

"Hah? Kenapa-kenapa?" soal Edrian. Terkejut dirinya apabila dengar jeritan Mikaeyl.

"Apa dia orang buat dekat sini? Ashraff! Macam mana dia ada atas katil dengan Rys?" soal Aryssa seakan mahu menangis.

Edrian menepuk dahinya. Edryl yang terjaga akibat jeritan adiknya hanya redha. Dia sudah agak adiknya pasti akan jerit.

"Apa bising-bising ni?" soal Bella yang berada di sebelah katil Aryssa. Kepalanya turut berpinar kerana jatuh dari katil.

"Dah-dah semua bangun! Pergi bersihkan diri. Rys, kamu duduk situ. Jangan bergerak!" arah Edrian tegas.

Aryssa hanya akur dengan arahan abangnya. Matanya memandang tiga sepupunya itu dan Ashraff. Tapi yang menarik perhatiannya adalah,

"Leher you kenapa?"soal Aryssa.

Mikaeyl, Haykal dan Akmal berhenti melangkah. Ashraff yang sedar akan bajunya sudah terbuka terus menutupi badannya.

"Tak ada apa-apa. I pergi bersihkan badan kejap." Ashraff terus keluar dari bilik itu.

Aryssa memandang wajah tiga sepupu itu.

"Kenapa?"

"Dia sendiri buat dia tak sedar bengong." kata Mikaeyl.

Aryssa tak faham. Namun,

Tak!

Tik!

Tuk!

"Aduh, sakit la Bella!" Serentak mereka bertiga menjerit seraya memandang ke arah Bella yang mengetuk kepala tiga sepupu itu.

"Sakit tak sakit, tu lain cerita. Dah keluar-keluar! Pergi bilik sebelah tu, mandi cepat!" Keluar sudah suara mak-mak Bella.

"Alaa, kau ni..."

"Apa-apa? Sebelum aku ketuk kepala kau sekali lagi, Mika. Baik kau pergi bilik sebelah cepat!"

"Alamak! Mak Beruang ni..." Sengaja Mikaeyl mengusik Bella.

"Hafiey Mikaeyl!"

Aryssa yang berada atas katil hanya menggeleng kepala perlahan.

•••••

Tepat pukul 12 tengahari, mereka semua berkumpul di bilik yang dihuni oleh Aryssa, Edrian dan Edryl sekeluarga. Aryssa memandang mereka semua pelik.

"Anyone? Can you guys explain what happened yesterday?" pinta Aryssa.

Edrian dan Edryl sama-sama mengeluh perlahan. Mereka sendiri pun tak tahu bagaimana mahu menjawab kepada adiknya.

"Rys... Bawa bersabar ye," tenang Tengku Arfa memeluk adik iparnya.

Adira turut melakukan perkara yang sama. Dia juga tidak sangka bahawa kejadian itu berlaku pada hari mereka sedang bergembira.

"Abang tak boleh nak tangguh keputusan kamu tetapkan tarikh majlis lagi." kata Edrian. Terus terang.

Aryssa terkejut.

Aryssa Where stories live. Discover now