S || 04

4.1K 190 8
                                    

.....

MASA berlalu dengan begitu pantas. Banyak yang dibualkan oleh Aryssa dan Cik Mah tentang kehidupan mereka selama sepuluh tahun ini. Athrien juga turut menyampuk memeriahkan perbualan mereka.

"Cik Mah harap sangat dapat jumpa Ryl dan Rian. Cik Mah rindu mereka sangat." ujar Cik Mah, penuh berharap.

Aryssa mengukir senyum. Tangan Cik Mah dicapainya lalu diusapnya perlahan.

"Cik Mah jangan risau. Rysa janji. Rysa akan bawa abang Rian dan Ryl datang sini. Cik Mah kan, ibu kedua kami. Takkan kami akan lupakan Cik Mah."

Cik Mah yang mendengar bicara Aryssa lebar bibirnya mengukir tersenyum. Tubuh Aryssa ditarik ke dalam pelukannya.

"Cik Mah sayang Rysa."

"Rysa pun," serentak itu, pelukan di lerai. Aryssa tersenyum melihat Cik Mah. Meski, wanita itu bekerja sebagai pembantu rumah. Namun, dia dan keluarga tidak pernah anggap bahawa Cik Mah adalah seorang pekerja malah lebih kepada keluarga.

"Cik Mah! Cik Mah!" suara nyaring seseorang memanggil Cik Mah, menyentak hati Aryssa.

Tanpa dia sedar, tangannya mula mengepal sebuah penumbuk. Rasa marah yang telah lama dia pendam. Kini, membara.

"Cik Mah!"

"Y... A! Ya, Puan Sri," sahut Cik Mah lantang. Melihat Aryssa yang tiba-tiba berubah reaksi membuatkan dia sedikit gusar.

"Bawakan saya air. Cepat! Saya panas ini!" Lantang suara itu memberi arahan kepada Cik Mah.

Pantas Cik Mah mencapai gelas lalu mengisi air sejuk. Baru kakinya melangkah ke hadapan. Dirinya tiba-tiba di halang. Cik Mah memandang wajah Aryssa.

"Biar, Rys yang hantar."

"Tapi, Rys..."

"Tak apa. Dah tiba masanya, dia jumpa anak tiri dia, Cik Mah." Gelas yang dipegang oleh Cik Mah diambil Aryssa. Wajah Athrien yang berada sisinya dipandang.

"Kau tunggu sini," kaki melangkah bergerak ke ruang tamu di mana ibu tirinya berada. Gelas yang berisi air sejuk itu dipegangnya dengan berhati - hati. Tanpa di sedari sesiapa. Dia meletakkan sesuatu di dalam minuman gelas itu.

"Ni, air sejuk, Puan." katanya lalu meletakkan gelas tersebut di atas meja.

Puan Sri Amylia yang masih belum sedar akan kehadiran anak tirinya terus mencapai lalu meneguknya rakus. Namun, belum sampai air itu tiba di anak tekaknya.

Pfft!

Huk! Uhuk!

Tersedak anak tekaknya minum air tersebut. Rasa pedas muncul secara tiba-tiba.

"Sedap?" Aryssa menegur lembut.

Puan Sri Amylia yang ingin menghamburkan amarahnya kepada pembantu rumahnya. Kelu lidah melihat wajah anak tirinya itu. Terlepas gelas yang dipegang olehnya.

Prangg!

"Puan Sri!" jerit Cik Mah. Kakinya segera melangkah dekat ke arah Aryssa dan majikannya, Puan Sri Amylia.

"Kau... Macam mana kau boleh masuk dalam rumah ini?! Berambus kau! Berambus!" lantang suara wanita itu menjerit menghalau anak tirinya.

Terjungkit bibir Aryssa menyungging senyum sinis melihat kegelisahan ibu tirinya itu. Dengan berani, kakinya melangkah dekat ke arah Puan Sri Amylia.

"Kenapa? Terkejut. Sebab manusia yang kau bunuh tu. Hidup lagi?"

Terkesima Athrien dan Cik Mah mendengar bicara Aryssa.

Aryssa Onde histórias criam vida. Descubra agora