"Ya Allah comelnya anak kau Rys!" puji Bella. Pipi anak perempuan Aryssa dicubitnya. Haih geram mama Bella!

"Pin! Pin! Kami pun nak masuk!" Haykal dan Akmal turut masuk ke bilik itu. Danisya dan isteri Haykal, Rose menggeleng kepala melihat telatah si suami.

"Tahniah, Rys. Baby girl ye" ujar Danisya

"Thank you, ermmm lepas ni giliran korang bertiga la kan?" ujar Aryssa. Meningatkan tiga sepupunya bakal bergelar ayah. Dah la kahwin serentak, nasib tarikh lahir berbeza kalau tak memang jadi kembar tiga, berbeza mak ayah.

"Haah, tapi Bella dulu then Rose akhir sekali Isya." kata Danisya. Wajah anak perempuan Aryssa dipandang.

Tiba-tiba,

"Tengku, anak lelaki Tengku dah siap." ujar jururawat itu sambil menolak stroller ke dalam bilik ward.

Mereka yang berada di bilik itu berpandangan. Anak lelaki?

"Gosh, Arys! Jangan cakap kau lahirkan..."

"Yup, Rys mengandung kembar. Yang lelaki sulung, cuma tadi dia berak. Aku suruh jururawat basuh kejap." kata Ashraff. Troli kecil anak lelakinya ditolak ke arah katil Aryssa.

Aryssa senyum.

"Wah! Padu ahh kau, Raff. Kembar sekali kau bagi eh," Ujar Mikaeyl dengan nada gatal.

"Abang..."

Mikaeyl memandang wajah Bella dah hampir merah kerana kata-kata nakalnya.

"Chill sayang. Relax, terberanak dekat sini nanti." gurau Mikaeyl. Terburai tawa mereka dengan pasangan MikaBella. Tak pernah tak gaduh ada sahaja suara keluar dari bibir mereka.

"Sorry, ganggu. Boleh I tahu nama anak you guys. Mesti comel kan?" ujar Rose sedari tadi berdiam diri.

Ashraff dan Aryssa berpandangan. Mereka juga tak sangka nama yang mereka mahu, bakal digunakan pada kedua-dua anak mereka.

"Lelaki, Tengku Arief Aryan Bin Tengku Danial Ashraff," ujar Ashraff.

"Perempuan, Tengku Aryana Alyssa Binti Tengku Danial Ashraff," sambung Aryssa.

"Aryan, Aryana." panggil mereka serentak.

"Haih, memang layak pun letak nama macam tu. Sesuai. Nama pun dah serupa kembar!" ujar Akmal.

Mereka ketawa. Aryssa dan Ashraff berpandangan. Mata mereka memandang dua anak kembar itu. Permata RaffRys.

•••••

Tiga bulan kemudian,

PERLAHAN Aryssa mengatur langkah mengikut langkah Ashraff. Dia tidak tahu ke mana Ashraff hendak membawanya. Tapi yang pasti lelaki itu hanya bawanya di kawasan dalam rumah.

Bagaimana dia tahu? Dah tentulah dia tahu kalau kakinya asyik melangkah saja sedari tadi.

"Biy, lambat lagi ke?" soal Aryssa tatkala rasa perjalanannya terasa lama.

"Sekejap, sayang. Dah nak sampai dah pun," ujar Ashraff, berhati-hati membawa langkah isterinya ke tingkat bawah.

Aryssa menahan rasa sabar. Kalau ikut hatinya, memang dia buka. Lantaklah dengan kejutan yang ingin ditunjukkan oleh Ashraff.

"Okay, dah sampai."

"Seriously?"

"Yes. Tapi kejap, biar biy buka penutup mata ni untuk sayang." kata Ashraff seraya berjalan ke belakang Aryssa. Penutup mata diambilnya.

Terkerdip-kerdip mata Aryssa cuba membuka sinaran menyapa matanya. Kelu lidahnya melihat susuk tubuh Adam di hadapannya.

"Tada! Ni lah hadiah biy!"

"Biy! Macam mana Adam? My god! Selama ni, biy simpan Adam dekat sini ke?" Tercengang Aryssa apabila menyedari Adam berada di hadapannya.

Ashraff ukir senyum sinis. Bahu Aryssa didekatkan ke tubuhnya.

"Ya, sayang. Biy simpan dia dekat sini. Lagipun, tak bestlah tamatkan riwayat dia macam tu aje," ujar Ashraff memberi makna.

Aryssa terpinga. Hampir lima minit berlalu baru dia faham maksud yang dikatakan oleh Ashraff.

"Ouh, biy nak seksa dia la ni?" tanya Aryssa.

"Kenapa? Tak boleh ke?" soal Ashraff. Pelik dengar pertanyaan isterinya seakan tidak mahu lihat musuh mereka diseksa.

"Bukan tak boleh. Boleh sangat. Tapi sayang malas nak kotorkan tangan lagi. Lagipun, kita dua dah janjikan nak buang yang keruh."

Ashraff diam. Hampir saja dia lupa akan perjanjiannya dengan Aryssa beberapa bulan lepas. Mereka berdua sama-sama janji hendak lepaskan apa yang berlaku pada diri mereka.

"Tak apa. Nanti biy suruh Fahiem uruskan." pitus Ashraff.

Aryssa ukir senyum senang. Namun...

"Tapi tak salahkan kalau kita kotorkan tangan buat kali terakhir?"

Ashraff faham akan maksud Aryssa ukir senyum sinis. Dia sudah agak bahawa Aryssa takkan lepaskan peluang itu.

"Erkk," kedengaran bunyi datang dari Adam menyentak lamunan mereka sedang saling berpandangan.

Aryssa tidak tunggu lama terus mencapai pisau belati yang tersusun di atas meja.

"Morning," sapa Aryssa kedengaran sinis.

Adam terkejut. Hampir berbulan dia tidak bertemu Aryssa dan hari ini, secara ajaib gadis itu berada di hadapannya.

"R..y..s," panggil Adam dengan payah. Kering anak tekaknya hendak panggil Aryssa.

"Kau panggil aku ke, Adam?" tanya Aryssa mendekati lelaki itu. Hidungnya mula menyapa sesuatu yang busuk. Hampir berbulan di bawah tanah tanpa mandi. Memang busuklah jawabnya.

"R..ys," panggil Adam lagi.

"Rys, a..ku min..ta ma..af."

Aryssa tak mampu dengar dan menahan bau busuk yang mula menyengat hidungnya. Busuk Adam kalah busuk bahan buangan anak-anaknya.

"Aku dah maafkan. Tapi maaf, aku rasa riwayat kau dah tamat di sini. Jadi, selamat tinggal!"

Zap!

Sekali tusukan saja, pisau belati sudah menyapa tubuh Adam. Adam terkejut. Terkesima raut wajahnya apabila Aryssa membunuhnya seolah tiada apa-apa berlaku.

Aryssa melangkah dekat ke Ashraff setelah menikam Adam. Baginya, itulah sewajarnya setelah Adam membunuh kakak tirinya, Alynna. Meski, mereka tak pernah berjumpa. Tapi Aryssa tahu, Alynna jadi begitu kerana Adam. Dan dia hanya membalas dendam bagi pihak Annissa.

.....

Aryssa Where stories live. Discover now