"Mari abang tolong." Emir ikut menunduk, ingin membantu namun cepat dihalang oleh Wareesa.

"Tak payah! Kalau kau tak ganggu aku, tak jadi lah semua ni!" Geram Wareesa masih belum habis. 

Laju tangan mengutip barang-barang. Tak lut langsung larangannya kepada Emir. Lelaki itu tanpa kata ikut sama membantu. Bila selesai, elok barang-barang Wareesa diserahkan semula. Tak mahu bersikap baik terhadap Emir, diambil barang-barag itu kasar.

"Jangan ganggu aku boleh tak? Kita takde apa-apa urusan pun!" 

Emir senyum sahaja. Wareesa yang ingin melangkah pergi kembali ditahan. Beg Wareesa ditarik namun pegangannya terlepas bila Wareesa merentap kuat. Sekali lagi, tangan diangkat tanda mengalah.

Garang sungguh! Tapi comel!

"Siapa kata Reesa takde apa-apa urusan dengan abang?" Emir bertanya. Masih dengan senyuman menempel di bibir. Tidak terkesan sama sekali dengan marah yang ditunjukkan Wareesa tanpa henti.

Atas bawah, atas bawah bola mata Wareesa bergerak. Menghakimi Emir tanpa seindung.

"Aku tak kenal kau dan kau pun tak kenal aku." Tempelak Wareesa laju.

"Sebab tu kita ada urusan. Abang nak kenal dengan Reesa boleh?" Pinta Emir baik-baik.

"Aku tak nak kenal kau. Titik!" Jelas penolakan daripada Wareesa.

Emir dah mula rasa jelek dengan penolakan Wareesa. Senyum masih ada, namun tidak manis lag seperti tadi. Jelas sinis sambil tangan meraup rambutnya ke belakang. Cuba cari titik sabar dalam diam.

Wareesa jeling Emir bila lelaki itu hanya diam tanpa kata. Kaki terus diankat. Mahu beredar daripada situ namun sekali lagi lengannya direntap. Mujur kali ini barang-barangnaya tidak jatuh bertaburan seperti tadi lagi.

"Ish!" Wareesa cuba merentap pegangan Emir tapi gagal. Erat tangan kekar itu memegang lengannya. Sampai Wareesa berdesis kesakitan sendiri.

"Lepas lah!" 

"Kenapa Reesa sombong sangat dengan abang ni? Hmm?" Emir bertnya. Geram tapi cuba untuk terlihat tenang di luaran. Tanpa sedar, air wajahnya dah berubah. Sedikit menggerunkan.

"Ish! Lepas lah!" Wareesa dah mula dihambat rasa takut dan risau. Gugup rasa hati lihat wajah Emir. Jelas urat-urat muncul di dahi lelaki itu.

Dia ni dah kenapa? Gila ke?

"Abang tak faham. Abang cakap elok-elok dengan Reesa. Dari tadi lagi. Kenapa Reesa kasar sangat dengan abang ni?" Emir buat tak endah dengan kata-kata Wareesa. Rontaan Wareesa ditepis dengan mudah. Dieratkan lagi pegangannya di lengan kecil Wareesa.

Wareesa betul-betul takut sekarang ini. Mana orang ramai? Kenapa tiada seorang pun yang lalu di kawasan ini sekarang?

"Kau ni kenapa? Lepaskan aku lah!" Wareesa masih meronta. Suara dah naik seoktaf, berharap suaranya sampai ke dalam perpustakaan. Sungguh dia ketakutan sekarang ini. 

Emir senyum. Kepala menggeleng. Kedua-dua lengan Wareesa kini dicengkam, sekali gus menghentikan Wareesa yang bergerak mahu melepaskan diri. Wajah yang merah padam itu ditilik tanpa lepas.

"Reesa cantik. Abang tahu ramai dah try Reesa. Kenapa abang tak boleh try juga? Reesa bagi abang peluang. Abang bagi yang lebih baik daripada dorang semua." 

Nak menangis Wareesa. Sungguh dia ketakutan dan kesakitan. Nak bergerak memang tak boleh langsung. Elok dikunci oleh Emir.

"Kau merepek apa ni? Lepas lah!" Wareesa tak mengalah. 

Emir gelak sinis. Geram dengan kepuraan Wareesa. Tak peduli akan apa yang dirasai Wareesa, terus Wareesa ditolak rapat ke dinding. Makin Wareesa bergelut, makin Emir menekan Wareesa rapat ke dinding. Cengkaman di lengan Wareesa pun makin kuat.

"Sakit lah! Lepaskan ak--- mmmph!" Mulut Wareesa ditekup Emir. Buat butir kata Wareesa langsung tidak jelas.

Memang tak boleh tahan. Air mata Wareesa dah merembes keluar. Pun mata tidak meminta belas, bahkan makin tajam mencerlung kepada Emir. 

Emir pandang dua mata cantik Wareesa. Entah kenapa rasa teruja merajai hati bila lihat mata cantik itu berair. Lepaskan tekupan, tangannya naik mahu menyeka air mata Wareesa. Tapi langsung gagal bila laju kepala Wareesa menoleh. Jelas menolak sekali lagi.

Melihatkan itu, Emir lepaskan tawa kecil. Sinis.

Tangan bertukar arah. Kali ini ke pipi Wareesa. Elok dia mengelus lembut pipi mulus Wareesa. Dan sungguh, getaran hebat dirasai pada hati. Menghantar rasa elektrk ke seluruh badan.

Mata Wareesa terpejam. Badan dah menggigil hebat. Dalam kepala, memang wajah Waseem sahaja yang berlegar. 

"Sayang, bagi abang peluang. Abang bagi yang terbaik." Bisikan Emir kedengaran jelas di telinga Wareesa. Nafas hangat Emir yang jelas terasa buat tubuh Wareesa makin bergetar ketakutan.

Tuhan! Wareesa rasa jijik dengan diri sendiri. Dia tak mahu terus berkeadaan begini. Maruahnya sebagai seorang isteri Waseem Ahda sedang dicalar hebat oleh Emir.

Kumpul kekuatan, lutut Wareesa angkat tinggi dan laju. Pejam mata dan terus dia menendang tepat di kelangkang Emir. 

"Ack!" Bersama erangan sakit itu, cengkaman Emir terlepas. Terduduk lelaki itu menahan perit bila kelangkangnya dilutut dan ditendang Wareesa.

Terlepas sahaja, Wareesa terus larikan diri. Lutut yang lembik dek ketakutan yang menguasai buat sesekali dia terjatuh sendiri. Tapi, Wareesa tak berhenti. Cepat dia bangun dan larian diteruskan lagi. Tak peduli dengan erangan Emir yang memanggilnya berkali-kali.

"Reesa!" Emir menjerit. Cuba dia mengejar Wareesa namun gagal! Pedih dan sakit belum lagi hilang.

Lihat Wareesa yang dah hilang daripada pandangan buat Emir menumbuk lantai. Geram!

"Sial punya perempuan!" Bentaknya geram. Dia perlu lakukan sesuatu! Wareesa perlu diajar!

*Okey jom! Mari lah bersama teruskan perjuangan habiskan cerita ni cepat² 🤣🤣🤣

H | 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐂𝐄Where stories live. Discover now