▄︻デвαв 8══━一

Start from the beginning
                                    

SAMPAI sahaja di destinasi mereka, Efrina Adleya menghentikan motornya di hujung tempat itu yang tidak berapa kelihatan. Helmet nya dibuka sebelum baju ditubuhnya dibetulkan sedikit. Rambutnya disebakkan kebelakang sebelum mendekati kereta yang dibawa oleh Aleesha Ameera.

Cermin tingkap diketuk nya beberapa kali sebelum perlahan-lahan cermin itu mulai turun kebawah. Aleesha Ameera menghulurkan alat yang selalu digunakan oleh mereka semasa menjalankan 'misi'. Pantas Efrina Adleya menyambut huluran tersebut sebelum dia pasang pada telingan nya.

"Aku dah ready. Korang tunggu dahulu dekat luar. Bila aku suruh masuk, masuk." pesannya dengan suara yang dingin lalu mulai menjauhi kereta itu. Wajahnya mulai dihiasi dengan wajah yang penuh kedinginan. Seperti biasa, tiada secalit senyuman yang menghiasi wajahnya.

Masuk sahaja kedalam 'tempat' itu, mata Efrina Adleya mulai meliar melihat orang-orang yang sakan menari dan bergembira didalam itu. Dan sudah semestinya, tempat-tempat  yang seperti ini merupakan tempat dimana mereka melepaskan stres dan untuk mengembirakan hati. Senang cerita, tempat kemaksiatan.

Dengan tiada perasaan dia hanya diam masuk kedalam sambil  melintasi beberapa orang yang sedang sakan menari-nari itu. Ada yang terhuyung-hayang sana sini. Mabuk mungkin. Beberapa gadis coba untuk menyentuhnya namun laju sahaja gadis itu menepisnya. Dia kemudian mendekati salah satu sofa yang sudah disediakan disitu.

Punggungnya dilabuhkan atas sofa empuk itu sebelum kakinya disilangkan lalu belakang tubuhnya disandarkan kebelakang. Ya, seperti yang dikatakan malam ini mereka ingin menangkap seorang gadis yang merupakan salah satu anak buah di tempat kerjanya. Kenapa dia ingin menangkap gadis itu? Kerana gadis itu dalam diam berkerjasama dengan salah satu kumpulan mafia dimana menjual dadah pada remaja-remaja yang muda.

Dan dia, perlu menghentikan hal itu berterusan, kerana dengan itu dadah boleh merosakkan remaja-remaja sekarang dan boleh membahayakan kesihatan dan keluarga mereka jika remaja-remaja itu kerap mengambil dadah. Sedang dia diam memerhati, matanya berhenti pada salah seorang perempuan yang sedang duduk di atas peha lelaki yang sudah berusia itu.

Senyuman sinis terlihat di wajahnya. Matanya hanya tajam melihat gadis itu yang sedang menggoda lelaki itu. Eyy jijik gue.
"Aku dah jumpa dia." katanya dengan perlahan melalui alat pendengaran. Tanpa sengaja matanya bertembung dengan gadis itu. Perlahan-lahan bibir Efrina Adleya mulai mengoyakkan senyuman versi pencair. Gadis itu sedikit terkaku melihat wajah tampan itu yang sedang tersenyum padanya. Jantungnya mulai berdegup kencang. Dia senyum dekat aku?

Mukanya mulai memerah malu apabila Efrina Adleya mengenyitkan sebelah matanya pada gadis itu. Walhal dalam hatinya sudah memasang riak wajah jijik. Euw.

Efrina Adleya memberikan isyarat mengunakan tangannya pada gadis itu sebelum bangun dari duduknya dan mulai pergi ke tempat dimana bilik-bilik yang selalu orang gunakan berada. Gadis itu yang seperti faham bangun dari duduk di peha lelaki tua itu sebelum tersenyum malu-malu lalu pergi ke tempat dimana Efrina Adleya berlalu tadi.

Terlihat Efrina Adleya sedang menyandarkan belakang tubuhnya pada dinding sambil memasukkan kedua tangannya kedalam kocek seluar. Cool gitu. Gadis itu perlahan-lahan mendekati Efrina Adleya dan tanpa segan silu memeluk leher Efrina Adleya sebelum tersenyum menggoda. Efrina Adleya senyum sinis. Tch, senang betul kau ni masuk perangkap aku. Wajahnya di dekatkan pada telinga gadis itu sebelum berbisik perlahan.

"Let me take you, my dear..." bisiknya penuh menggoda. Gadis itu sudah tersipu-sipu malu saat mendengar suara hangat  itu berbisik ditelinganya. Efrina Adleya kemudian mengangkat tubuh itu gaya bridal style sebelum membawanya ke salah satu bilik di situ. Ringan je pun.

Masuk sahaja kedalam bilik itu, dia perlahan-lahan meletakkan tubuh itu di atas tilam sebelum bertindak untuk mengunci pintu bilik. Nanti ada sahaja orang yang muncul.

HIS MAFIA WIFE. (OG) Where stories live. Discover now