"Haih, masalahnya bah dia suruh sa tanya sama ko sendiri. Sekarang, bila sa tanya ko, ko suruh sa tanya dia balik? Memang endaklah dia mau jawab!" Dengus Orkid.

"Saya curi bot dia...'

"Apa?!" Menjerit suara Orkid, dek kerana terkejut bukan kepalang. Terkebil-kebil matanya memandang Husna yang ikut sama terkejut. Mana tidaknya apabila si Orkid tiba-tiba menjerit serupa nampak kelibat hantu di belakang.

"Apa pasal ko buat begitu? Ko mau jual bot dia sebab ko benci sama dia ka? Berapa ko jual?"

"Ish, bukanlah! Buat apa saya nak jual bot dia? Setakat bot kecil macam itu, saya boleh beli sepuluhlah! Tak perlu nak susah payah curi bot orang untuk dapatkan duit." Bidas Husna. Sempat lagi menyanjung kekayaan diri. Lagipun, dia telah dididik untuk tidak mencuri hak milik orang lain sejak kecil. Arwah mak pernah pesan, susah seteruk mana sekalipun, jangan sesekali ambil jalan mudah untuk kepuasan sementara. Cuma kejadian malam semalam, Err... lupa mungkin?

"Habis tu? Ko mau buat apa dengan bot dia?" Soal Orkid, masih tidak dapat menangkap maksud. Wanita itu mengeluh sebelum kembali membuka mulut.

"Sejak hari pertama saya jejakkan kaki dekat kampung ni, saya memang dah bertekad untuk larikan diri bila ada peluang. Kebetulan, malam semalam saya nampak kunci bot dekat tangan Lanun semasa dia tidur. Jadi saya nak tunggu apa lagi? Curilah! Sampai bila lagi nak duduk terkurung dekat sini?Tapi lupa pula... mamat tu ada bela anjing. Si Bozo tu menyalak tak henti-henti bila nampak saya curi bot tuannya. Haihhh... sebabkan Bozo itulah si Lanun itu terjaga! Kalau tidak, plan saya memang dah berjaya..."

Orkid hanya diam memasang telinga. Ternganga mulut mendengar cerita Husna yang begitu berani. Lupa sebentar niat sebenar dia datang ke sini.

"Tapi..." Husna bersandar ke dinding di belakangnya. Kepala tertunduk. Semerta riak wajahnya berubah.

"Kalau bukan sebab anjing itu menyalak dan kejut Lanun untuk bangun, mungkin malam tadi saya dah jadi santapan Mondu dengan kuncu-kuncu lanun jahat itu." Kata Husna. Automatik fikirannya terbayangkan mimpi ngeri semalam. Sesaat pun, dia tidak boleh lupa. Husna pejam mata. Sedaya upaya cuba menghalau bayangan buruk itu daripada mindanya. Namun, dalam masa yang sama dia tertanya. Apa agaknya nasib-nasib tahanan wanita yang lain? Adakah mereka baik-baik saja? Mengapa Lanun cuma memilih dia sahaja untuk dibawa pulang, sedangkan ada wanita lain yang lebih terseksa daripadanya. Mungkin sudah bertahun-tahun mereka terkurung di dalam gua busuk itu.

"Ko kena culik sama Mondu?" Terus tangan Orkid naik menekup mulut. Terkesima.

Husna angguk kepala perlahan. Ya. Dia pun tak sangka, cerita Rajuna berbalik kepada dirinya sendiri.

"Ta... tapi kalo betul ko kena culik sama Mondu, bagaimana kau buli ada disini sekarang? Setahu sa... mondu takkan senang-senang lepaskan tahanan dia. Lebih-lebih lagi jika mangsa yang dia dapat itu, seorang perempuan. Apatah lagi orang macam ko. Cantik, kaya... dia boleh gunakan apa yang ada pada ko untuk kesenangan dirinya sendiri!"

"Betul. Mondu hampir saja tak nak lepaskan saya malam itu. Tapi selepas Lanun ucap satu perkataan ni... terus si Mondu tu terkesima. Semua terdiam."

Mata Orkid membulat. Lanun cakap apa sampai begitu sekali reaksi mereka.
Kata azimatkah?

"Dia bilang apa?" Soal Orkid, wajah Husna ditenung lama bersama harapan ingin tahu. Buat sejenak Husna mendongak, cuba memproses balik ingatan semalam. Memainkan detik-detik dimana Lanun mengucapkan perkataan ajaib itu.

"Koupusan! Dia koupusanku!"

Suara itu kembali bermain ditelinganya. Jeritan dan kekerasan suara Lanun malam itu, benar-benar memaksudkan apa yang dinyatakan adalah benar. Muka serius bercampur keresahan yang terpapar diwajah Lanun, membuatkan si Mondu itu makin percaya bahawa dia tidak cuba untuk berbohong.

MR PIRATEWhere stories live. Discover now