Tuan Edward tarik senyum sinis. Dia sudah agak pasti teka-teki itu akan tertanya juga. Tanpa menjawab soalan wartawan tadi terus Tuan Edward memanggil nama Edrian.

Edrian bangun dari tempatnya. Matanya memandang wajah para wartawan di hadapannya.

"Hai. Assalammualaikum. Saya Edrian Adriz. Anak sulung Eldrin Edward dan jugak merupakan cucu kedua pewaris Edward." Edrian menunduk hormat.

Wartawan di situ sudah terkejut. Tak sangka Tan Sri Eldrin ada anak lain.

Edryl bangun. Dia berdiri di sisi abangnya.

"Saya Edryl Adrian. Anak kedua Eldrin Edward dan jugak merupakan cucu keempat pewaris Edward." Edryl juga turut sama menunduk hormat kepada wartawan.

Setelah dua orang abangnya, Aryssa memandang wajah Ashraff di sebelahnya. Ashraff senyum. Dia mengusap lembut tabgan isterinya. Sebelum perlahan-lahan wanita itu melangkah ke hadapan berdiri di antara Edrian dan Edryl.

"Hai. Saya Aryssa Elena. Anak ketiga Eldrin Edward dan cucu bongsu pewaris Edward."

Dan seperti yang dijangka hampir ke semua wartawan di situ seakan dapat serangan jantung. Tidak mereka sangka bahawa gadis yang disangka kait dengan Tan Sri Eldrin sebenarnya anak perempuan tokoh terkenal itu.

"Apa kau merepek ni? Takkan la kau anak Eldrin pulak? Entah-entah saja nak tutup malu kau sebagai kaki kikis kan?" Serbu salah seorang wartawan di situ.

Kuat tangan Tuan Edward menepuk meja. Terkenut mereka yang berada di situ dengar akan tepukan itu. Mungkin soalan yang disoal kepada cucu-cucunya telah mengguriskan hati lelakinya.

"Saya dah cakap saya akan kenalkan mereka semua kepada awak. Dan ini adalah ke sembilan-sembilan cucu saya. Apa awak nak kepastian lagi?" bentak Tuan Edward dingin. Seakan tidak gemar dengan para wartawan mula menyerang cucu bongsunya.

Tiba-tiba seseorang mencelah,

"Tengku Danial? Kenapa Tengku berada disini? Bukankah dia ada keluarganya sendiri?"

Tuan Edward memandang wajah Ashraff.

"Danial, kamu kenalkan diri kamu." arah Tuan Edward apabila ada wartawan mula tertanya akan kehadiran cucu menantunya.

Ashraff bangun lalu dia menarik tangan Aryssa bersama. Aryssa yang tidak tahu apa-apa hanya mengikut langkah suaminya. Gengaman tangan mereka bercantum erat.

Para wartawan sedar akan aksi kecil itu, mula menangkap gambar Ashraff bersama perempuan yang sudah digelar kaki kikis itu.

"Saya Tengku Danial Ashraff Bin Tengku Dani, ingin memperkenalkan isteri saya. Aryssa Elena Binti Eldrin Edward. Saya dan isteri sudah menjalinkan hubungan perkahwinan pada empat bulan lalu. Sekian terima kasih,"

Semua wartawan yang berada di situ seakan terkejut buat kali keberapa. Sememangnya pengakuan keluarga itu penuh dengan kejutan.

"Erkkk... Tengku tipu aje kan?" soal salah seorang wartawan di situ.

Ashraff memandang semua para wartawan di situ. Tangan Aryssa diangkatnya lalu cincin perkahwinan ditanggalkan. Dipermukaan cincin itu tertulis namanya.

"Bukti dah ada. So, ada apa-apa nak tambah?" soal Ashraff sinis apabila tunjuk lakaran yang berada di situ.

Tidak sia-sia dia tulis pangkal namanya dan Aryssa. Jika tidak pasti banyak isu yang bakal dibicarakan.

Para wartawan yang berada di situ sudah terduduk mendengar jawapan jujur dari Ashraff. Tuan Edward senyum puas. Tak sia-sia dia memujuk Ashraff dan Aryssa untuk hadir ke majlis sidang media ini.

Flashback

"What?! Tapi kenapa? Atuk tahukan yang Rys cuba sembunyikan identiti Rys kepada khalayak ramai."

"Yes, atuk tahu. Tapi masih ada yang kenal Rys sebagai model dan bukan pekerja Eldrin Architect. Lagipun Daddy kamu dah setuju untuk kenalkan kamu bertiga di khalayak ramai."

Aryssa memandang wajah abang-abangnya. Kedua-duanya seakan akur dengan kata-kata atuk mereka.

"Habis? Kalau Rys datang dengan Raff macam mana? Ashraff dah la public figure. Everyone knows him, atuk. Lagipun pernikahan kami berlangsung tanpa mereka ketahui."

"Yup, sebab itu atuk nak Arys dengan Raff ada dekat sana. Bagi tahu mereka hubungan kau orang, then dia orang takkan syak apa-apa tentang Rys with your dad. Lagi satu, mereka akan fikir logik sebab Rys ada hubungan lain selain your daddy."

"Kalau mereka tak percaya?"

"They will. Atuk percaya Ashraff pasti ada sediakan sesuatu kepada mereka."

Endflashback

"Jadi Tengku dengan Aryssa. I mean Puan Aryssa sudah bernikah empat bulan yang lalu?" soal salah seorang wartawan seakan tertarik dengar kata-kata Ashraff.

Ashraff angguk kepala mengiyakan soalan itu.

"Ya. Saya dengan Aryssa memang sudah menjalinkan hubungan suami isteri empat bulan. Bahkan sebelum kedua-dua ibu bapa saya berangkat ke Mekah pun, saya masih bersama dengan isteri saya. Walau bagaimanapun, hubungan isteri saya dengan ayah mertua saya sudah saya tahu sebelum mereka tersebar luas." jawab Ashraff tenang.

Para wartawan itu mengangguk faham. Aryssa hanya memerhati. Dia malas sebenarnya nak masuk campur.

"Puan Aryssa, maaf menganggu Puan. Apakah perasaan Puan apabila berkahwin dengan Tengku Danial Ashraff?" soal wartawan itu.

Aryssa memandang wajah Ashraff. Ashraff hanya beriak biasa.

"Pada mulanya saya seakan rasa terpaksa berkahwin dengan dirinya. Tapi kini saya sedar bahawa saya tidak boleh kehilangan dirinya. Dia adalah saya. Dan saya adalah dia. Dia lelaki yang baik sepanjang kenalan hidup saya. Bagi saya, dia adalah satu dalam sejuta." ujar Aryssa lalu memandang wajah jejaka di sebelah itu.

Ashraff senyum dengar pujian yang dilemparkan oleh Aryssa. Jujur dia tidak sangka bahawa gadis itu akan lafazkan hal itu di hadapan orang.

.....

Aryssa Where stories live. Discover now