Aryssa kelu. Argh! Sudah dia mahu menjawab apa?

"Erkkk... Saja. Lagipun hari ini panas la." dalih Aryssa.

Ashraff memandang suhu air cond yang terpapar pada air conditioner itu. Kerut dahinya melihat nombor yang tertera itu.

17? Panas?

"Sayang biar betul? Suhu air cond dah rendah sangat ni. Takkan la sayang panas lagi?" ujar Ashraff seolah memerli gadis itu.

Aryssa mati kutu. Dia tidak tahu hendak beri alasan apa kepada Ashraff.

'Kak Sya! Tolong Rysa!'

"Erkkk, biy mandi la dulu. Biy dah makan? Kalau belum sayang siapkan makan." dalih Aryssa buat kali kedua.

Ashraff tidak betah melihat isteri dalam pakaian tersebut. Perlahan kaki melangkah dekat ke arah Aryssa. Pinggang Aryssa ditariknya ke dalam pelukan lalu membisik di telinga Aryssa.

"Buat apa nak makan kalau sayang dah beri hidangan paling bermakna,"

Aryssa menelan air liur perlahan. Sumpah dia terasa menyesal dengan tindakannya hari ini.

"Biy bagi masa sayang ubah fikiran. Kalau lepas biy mandi sayang tak tukar baju jangan tanya kenapa?" Ashraff memberi peluang kedua kepadanya. Sempat telinga Aryssa digigitnya sebelum berlalu ke bilik air.

Aryssa mati kutu. Antara teruskan atau tak? Mana satu pilihannya?

•••••

WAJAH Aryssa yang jelas kepenatan dipandangnya penuh minat. Dengan wajahnya yang cantik dan comel membuatkan Ashraff tertarik dengan gadis itu sejak pertama kali kami bertemu.

Siapa sangka gadis yang dia sangka sebagai Arsha. Kini telah bertukar menjadi isterinya yang sah.

"Ermm," kedengaran suara rengekkan dari Aryssa.

Lebar bibir Ashraff ukir senyum. Dahi dan pipi Aryssa diciumnya.

"Morrning."

"Dah pukul berapa ni?" soal Aryssa. Tangannya meraba-raba mencari telefon pintar miliknya.

"Lapan, sayang." jawab Ashraff penuh selamba.

Aryssa terkejut. Posturnya yang tadi baring kini duduk di atas katil. Ashraff memandang wajah terkejut Aryssa. Berkerut dahinya melihat isterinya seakan terkejut.

"Kenapa?"

"Sayang lupa! Hari ini ada meeting dengan abang Rian dengan Ryl! Ya Allah, dah meeting tu, pukul sepuluh pagi nanti." Kelam-kabut dirinya bangun dari tidur.

Namun Ashraff dengan selamba menarik tubuh Aryssa kembali ke sisinya.

"Biy... Sayang dah lambat, nanti bising abang Rian kalau sayang lambat-lambat ni." ujar Aryssa memujuk suaminya.

Baru sahaja Aryssa mahu menarik selimut itu keluar. Ashraff segera menahan. Masih belum sedarkah isterinya tentang aktiviti yang mereka lakukan semalam?

"Kenapa pula ni?" rengus Aryssa. Sebal. Tak tahu ke, dia dah lambat nak ke tempat kerja?

"Tak payah. Abang Rian dah call biy tadi, dia cakap meeting hari ini cancel." ujar Ashraff.

"Cancel?"

"Ya, sayang cancel."

"Tapi kenapa?" soal Aryssa. Kerut dahinya dengar perkataan batal dari abang-abangnya. Rasanya belum pernah abangnya mahu membatalkan mesyuarat pada saat akhir.

"Tu biy tak tahu. Abang Rian cuma call kata cancel. Tu je," tutur Ashraff selamba.

"Habis biy? Tak kerja ke hari ini?"

Dengar akan itu, mahu saja Ashraff menepuk dahi isterinya.

"Macam mana biy nak pergi kerja kalau sayang pun bangun lambat? Dengan baju tak gosok, seluar, stokin mana la biy tahu sayang simpan mana?"

Terangguk-angguk kepala Aryssa mengiyakan kata-kata Ashraff. Lupa pula selama ini dia yang kemas barang miliknya dan Ashraff. Jadi memang patutlah Ashraff tidak tahu di mana barang-barang itu disimpan.

"Dah bangun. Jom, bersiap. Kita dating berdua hari ini." ajak Ashraff.

"Dating?" Kerut dahi Aryssa dengar satu perkataan itu.

"Yalah, sayang... Dah dua bulan kita kahwin, honeymoon pun tak sempat pergi. So, kita dating aje la."

Aryssa mengangguk kepala faham. Ya tak ya juga. Dah alang-alang mereka berdua mengambil cuti kecemasan, baik keluar berdua ye dak?

"Biy ingat nak stay sana sehari. So, sayang siap baju sekali eh." pesan Ashraff.

"Okay." Baru Aryssa hendak bangun turun dari katil. Tiba-tiba tubuhnya terasa melayang ke atas.

"Eh, biy! Kenapa tiba-tiba dukung Rys ni? Rys boleh turun sendiri lah."

"Ya, biy tahu. Tapi sebelum kita pergi dating, ada satu benda yang kena buat." Ashraff tayang senyum nakal.

"Hah?" Aryssa pada mulanya tidak faham akan kata-kata suaminya. Kini, mengerti di sebalik senyum nakal suaminya itu.
.....

Aryssa Where stories live. Discover now