"Then?"

"Rindu..."

Aryssa seakan faham kata-kata Ashraff terdiam.

"Sayang? Are you there?"

"Hah? Yes-yes. Ermm, biy, sayang off dulu nak buat kerja kejap. Nanti sayang call balik."

"Hmmm, okay."

Aryssa segera mematikan panggilannya. Otaknya seakan baru berproses maksud yang dikatakan oleh Ashraff.

"Erkkk... Apa kau fikir ni, Rysa!" omelnya perlahan lalu menyuap maggi ke mulut.

Dari layan otaknya baik dia makan.

•••••

ASHRAFF tersenyum saat mendengar kebisuan Aryssa. Pasti gadis itu tak sangka bahawa dia akan berkata begitu.

Pap!

Terangkat wajah Ashraff memandang wajah Mikaeyl. Alaaa, mamat ni pun nak jealous tak kena tempat betul.

"Apa?" soal Ashraff malas. Tak payah tanya pun, dia sudah tahu raut wajah yang ditunjuk oleh Mikaeyl.

Malas ambil peduli. Ashraff membuka gallery. Matanya memandang gambar-gambarnya bersama Aryssa di Genting Highlands tempoh hari dilihat satu per satu. Haih, rindu betul dengan isteri kesayangannya ini!

"Aku tak tahu pula kau mudah jatuh cinta dengan Arys? Dia bagi kau makan apa eh?" soal Mikaeyl memerli sepupunya.

Ashraff  memandang Mikaeyl. Telefon pintar dimatikan. Sebenarnya, memang betul niat mereka ke Italy untuk menguruskan hal syarikat. Dan masa yang sama mereka turut ada misi yang harus dilakukan di Itali sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

"Dia tak bagi aku apa-apa pun. Aku aje yang dah angau dengan dia sejak pertama kali kita orang berjumpa. Kenapa? Tak boleh?"

Mikaeyl tarik senyum sinis.

"Kau ingat drama?"

Ashraff ketawa.

"Elok la, drama dari kau. Pendam tak bagi tahu dia." Mikaeyl mencebik. Cis, tak sangka dia terkena.

"Dah la, malas cakap pasal tu. Ni aku dapat info yang dia ada dekat Malaysia."

Ashraff mengerut kening pelik.

"Malaysia?"

"Yup, dan ada lebih menarik."

"Apa?"

"Dia ada kaitan dengan Aariz."

•••••

ARYSSA tiba ke pejabat seperti biasa. Beberapa orang pekerja datang menegurnya.

"Morning, Cik Rys."

Aryssa membalas dengan senyuman. Kakinya melangkah ke meja Kak Sya.

"Akak, Haykal ada?" Soal Aryssa sebaik tiba.

"Ada. Kenapa?"

"Tak apa, saya masuk dulu." Tanpa membalas, laju kaki Aryssa terus masuk ke bilik Haykal.

Haykal terdengar pintu ditolak, lantas memandang ke pintu biliknya. Wajah sepupunya dipandang pelik. Dah kenapa awal-awal pagi jenguk ke biliknya.

Aryssa Where stories live. Discover now