"Lantak awak la nak kata apa? Saya tetap nak keluar. Awak nak buat apa, buat la tapi jangan sesekali ganggu anak-anak saya. Sekali awak sentuh mereka, berkali-kali mereka burukkan awak." Tan Sri Eldrin memberi amaran. Dia kenal anak-anaknya.

Bukannya dia tak tahu aktiviti yang dijalankan oleh anak-anaknya. Bunuh? Ugut? Semua mereka lakukan. Hanya Puan Sri Amylia saja tidak tahu kerana dia tak mahu rahsia keluarganya pecah.

Hilang saja bayangan keteta suaminya. Sinis Puan Sri Amylia mengukir senyum. Huh. Apa dia kesah dengan amaran suaminya. Baginya anak-anak suaminya hanya layak berada di bawah tapak kakinya.

Telefon pintar miliknya diambil. Nombor seseorang didailnya.

"Aku ada kerja untuk kau."

•••••

ARYSSA ukir senyum melihat daddynya seronok bermain bersama Dayyan, Rayyan serta Damia. Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Daddynya mahu merasa kebahagiaan bersama anak-anak dan cucu.

Terasa ada memeluk bahu dari tepi serta ketinggiannya melebih dagu. Cukup membuatkan Aryssa tahu bahawa siapa figura yang memeluknya.

"Kan best kalau anak kita pun main dengan daddy. Mesti nampak macam happy family." kata Ashraff seolah memberi maksud kepada Aryssa.

Aryssa menjeling. Meskipun, dia ada rasa yang sama seperti Ashraff. Dia tidak menunjuk rasanya itu kepada orang ramai. Lagipun, dia dan Ashraff masih baru.

"Tengku. Terima kasih jemput saya datang ke mari," sapa seseorang.

Aryssa memandang wanita itu dari atas hingga ke bawah. Kalau tengok gaya wanita itu memanggil Ashraff dengan panggil Tengku, pasti wanita itu pekerja DA Architect kerana Ashraff ada beritahunya bahawa dia ada menjemput beberapa orang untuk hadir ke majlis ini.

"Tak ada apa la, Kak Yana. Eh, sebelum Kak Yana balik. Ni saya kenalkan... Aryssa, isteri saya. Sayang, ni PA biy. Kak Yana." ujar Ashraff memperkenalkan pembantu peribadinya.

"Hai, Kak. Saya Aryssa Elena. Panggil Rys atau Rysa."

"Ilyana. Kak Yana," kata Ilyana sambil hulur salam perkenalan.

"So lepas ni, jangan tuduh-tuduh biy keluar dengan perempuan lain okay. Kak Yana aje yang selalu teman biy pergi meeting." kata Ashraff mencelah perkenalan dua wanita itu.

Aryssa menjeling mata menyampah. Tahulah dia bahawa Ashraff sedang memerlinya.

Ilyana memandang pelik wajah majikannya. Ada sesuatu yang terjadi ke dalam hubungan cinta majikannya ini?

"Ouh, tak ada, kak. Haritu ada orang tu jealous tengok saya keluar dengan akak." Sengaja Ashraff memanaskan hati Aryssa.

Masih segar diingatannya bila mana Aryssa marah, merajuk dengannya kerana ternampak dia keluar bersama seorang perempuan. Bila fikirkan semula, kedengaran kelakar pula.

"Aw! Sayang... Sakit la," terasa lengannya menjadi mangsa cubitan. Laju Ashraff mengusap perlahan lengannya.

Aryssa menjeling. Malas rasanya dia hendak layan perangai tak semenggah suaminya itu. Ilyana yang melihat teletah pasangan itu ukir senyum kecil.

"Akak, saya nak tanya? Salah ke saya nak cemburu?" soal Aryssa kepada Ilyana. Dia yakin Ilyana pasti ada jawapannya.

"Tak. Sebab cemburukan tanda sayang tapi kalau cemburu terlampau sangat tu... Bukan sayang dah, tu gila namanya." ulas Ilyana.

"Dengar tu, Tengku Danial Ashraff. So malam ni pandai-pandai la ya, biy cari tempat tidur, okay. For you kak Yana, terima kasih sebab bagi jawapan."

"No problem, Che Puan. Saya sedia berkhidmat untuk Che Puan. Kalau tiada apa-apa saya balik dulu." pamit Ilyana meminta pulang.

Aryssa dan Ilyana saling bersalaman dan pelukan sebelum Ilyana memutuskan untuk pulang.

•••••

ARYSSA cuba membuka matanya perlahan. Kepalanya yang terasa sakit dipegang lembut. Matanya melilau mencari Ashraff.

"Sayang dah bangun?" soal Ashraff.

Aryssa berpaling ke sisi. Wajah Ashraff dipandangnya.

"Apa dah jadi? Kenapa sayang ada dekat dalam bilik biy?" soalnya cuba mengingat semula kejadian yang berlaku. Sungguh dia tak ingat apa-apa.

Ashraff tidak memberi sebarang reaksi lalu memberi segelas air kepada Aryssa.

"Syukur sayang tak ada apa-apa. Daddy cakap sayang hampir kena culik tadi," ujar Ashraff.

Aryssa terkejut.

Culik?

"How? Sayang..."

"I know. Nasib daddy nampak dan terus jerit panggil sayang. Kalau lambat tadi, mungkin sayang takkan nampak muka biy sekarang ni,"

"Daddy okay kan, biy? Sayang..." Aryssa kelu. Sungguh dia kelu apabila mendapat tahu bahawa ayahnya yang menyelamatkannya.

"Daddy okay. Dia ada rehat dekat bilik tetamu."

Aryssa hela nafas lega. Sedikit sebanyak dia bersyukur kerana ayahnya selamat.

"Lepas ni, nak pergi mana-mana ajak biy. Biy risau. Nasib daddy nampak sayang. Kalau tak, biy tak tahu apa akan jadi kalau sayang tak ada tadi."

"Sorry..."

.....

Aryssa Where stories live. Discover now