"Rys ada benda nak tanya, boleh?" soalnya tanpa nada.

Tanpa menghiraukan soalan yang ingin di tanya oleh anak perempuannya. Bingkas Tan Sri Eldrin bangun lalu berdiri dihadapan Aryssa. Dia terus memegang pergelangan tangan anak perempuan bongsunya ke sofa.

"Duduk. Rys nak tanya apa-apa dekat daddy. Tanya la. Daddy sedia nak jawab," kata Tan Sri Eldrin penuh semangat.

Aryssa diam. Melihat ayahnya semangat membuatkan dia terasa gugup. Namun tetap dia harus mengetahui segalanya dari ayah kandungnya.

"Ni pasal isteri kedua daddy."

Terkejut Tan Sri Eldrin mendengar sebaris ayat itu. Melihat raut wajah anak perempuannya seakan tidak berubah. Dia yakin pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran anak gadisnya itu.

"Kenapa?"

"Betul ke, dia kakak kepada arwah mummy? Annissa. Dia sepupu Rys kan? Tapi daddy kahwin dengan mak cik Rys sendiri sebab tu kami terus ada hubungan tiri. Betul tak?"

Tan Sri Eldrin kelu. Tidak dia sangka bahawa anak perempuannya sudah mengetahui hal tersebut.

"Rys, daddy..."

"Jujur daddy, Rys tak marah. Rys cuma terkejut bila dapat tahu daddy kahwin dengan mak cik Rys sendiri." luahnya sedikit kesal.

Sejujurnya Aryssa masih terkejut apabila dua abang kandungnya memberitahu hal sebenar. Siapa sangka ibu tirinya, Puan Sri Amylia adalah kakak kepada arwah mummynya. Dan lebih mengejutkan beliau sanggup membunuh adik kandungnya sendiri kerana harta sepeninggalan arwah neneknya jatuh pada arwah mummynya.

"Daddy minta maaf, daddy tahu daddy salah tapi jujur daddy cakap daddy masih sayangkan arwah mummy. Daddy terpaksa kahwin dengan Amylia sebab dia ugut daddy."

Aryssa tidak dapat menahan sebak, terus bangun dari duduknya. Tubuh tua lelaki bergelar ayah itu dipeluknya erat. Mungkin pelukan ini amat mengejutkan Tan Sri Eldrin. Namun, dia tidak kisah. Dia hanya mahu meluahkan segala rindunya pada daddynya.

•••••

ARYSSA menghempas tubuhnya di atas katil. Terngiang-ngiang suara daddynya menceritakan perkara sebenar. Huh? Sungguh dia tidak sangka Puan Sri Amylia sebenarnya kakak kepada arwah mummynya.

"Baru balik?" tegur Ashraff melangkah keluar dari dapur.

Kilas kepala Aryssa memandang Ashraff di muka pintu antara dapur dan ruang tamu. Sedikut sebanyak terbit rasa kesal kerana lupa beritahu lelaki itu akan kelewatannya.

"Sorry tak bagi tahu balik lewat tadi. Rys dengan daddy." jujur Aryssa.

Ashraff diam. Kakinua melangkah dekat ke arah isterinya. Melihat wajah penat isterinya. Tahulah dia bahawa gadis itu sudah bertemu empat mata dengan ayah mertuanya.

"So... Sayang buat apa aje dengan daddy?" tanya Ashraff. Melihat wajah isterinya itu. Dia yakin pasti banyak di bualkan oleh isteri dan ayah mertuanya.

"Nothing special. Daddy banyak cerita kenangan dia and arwah mummy. Lepas tu, daddy jujur yang sebenarnya Puan Sri Amylia tu sebenarnya, mak cik Rys. Wah! Unbelieveable." kata Aryssa dengan rasa takjubnya.

"Then? Sayang buat apa? Marah? Lari?" seakan dapat teka tindakan isterinya, Ashraff menebak. Namun dia tahu, isterinya takkan tinggalkan daddy tanpa dengar penjelasan yang sebenarnya.

"You know, biy. Sayang ikut apa yang biy cakapkan. Sayang duduk situ and heard out daddy's story. Walaupun agak sedih tapi sayang tetap dengar cerita daddy." kata Aryssa.

Ashraff memeluk tubuh isterinya. Dia tahu gadis itu cukup untuk mendengar semuanya. Kalau tak, bagaimana gadis itu boleh bertahan hingga sekarang.

"It's okay. I always with you. Any problem, you can share with me." tutur Ashraff.

Aryssa merungkai pelukan itu. Meskipun, masalah dia dan daddy sudah selesai. Tapi ada satu hal yang belum dia selesaikan.

"Kenapa?" tanya Ashraff. Berkerut dahinya apabila Aryssa merungkaikan pelukannya.

"Sayang ada nak tanya biy sesuatu. But i'm ot sure if biy boleh jawab ke tak?" kata Aryssa.

Ashraff panasaran. Pertanyaan apa yang ingin ditanya oleh Aryssa hingga risau dia tak dapat jawab.

"Sayang nak tanya apa?"

"Alynna. Biy kenal dia kan?" soal Aryssa.

Ashraff kelu. Tidak dia sangka bahawa Aryssa akan tanya soalan itu kepadanya.

"Erkk..."

"Susah sangat ke soalan Rys, hmm?" soal Aryssa lagi.

Ashraff hela nafas lemah. Kini, dia tidak boleh mengelak lagi. Lambat laun, Aryssa pasti akan tahu juga.

"Fine! Alynna bekas kekasih biy sebelum Annissa. Dan biy tak tahu pun yang dia kakak kembar Nissa. Dan mungkin sebab tu kut, Nissa dendam dengan biy." jujur Ashraff.

Dia akui itu adalah kesilapan tentang dirinya dahulu. Meskipun, dia nafikan sekalipun. Tetap salah itu berpunca darinya. Dia yang pikat Alynna. Kemudian, tinggalkan gadis itu. Setahun selepas itu, dia dikhabarkan berita bahawa gadis itu mati bunuh diri.

"I know tapi semua dah selesaikan sebab Nissa tak jadi nak balas dendam dekat biy sebab dia ada baca diary Alynna. Actually, semua tu bukan salah biy tapi orang lain. Ada orang lain yang dah rogol Alynna. Sebab tu, Alynna pilih untuk bunuh diri."

Ashraff terkejut. Tidak dia sangka bahawa kematian Alynna sebenarnya ada rahsia di sebaliknya. Sangkanya, kematian gadis itu berpunca darinya.

"Sayang tahu, biy terkejut. Dan sayang pun terkejut bila dapat tahu hal tu."

"How? I'm speechless. Tak sangka yang Alynna..." Ashraff kelu. Terkejut dia dengar berita itu.

"Ya, biy. Sayang pun speechless. Tapi nak buat macam mana? Ajal dia dah sampai biy. Walaupun cara kematian dia berdosa. Still kita tak mampu buat apa-apa selain hantar doa dekat dia."

Ashraff pandang wajah Aryssa. Melihat gadis itu tenang membuatkan dia kagum miliki gadis itu.

"You know, sayang. I'm proud to be your husband." ucap Ashraff penuh romantik.

Jongket kening Aryssa mendengar ucapan Ashraff.

"Kenapa?"

"Even sayang benci ibu tiri sayang. Sayang tetap doakan kebaikan untuk anak-anak dia. Kalau orang lain, rasanya dah balas dendam dekat anak dia sebab itu yang berbaloi." balas Ashraff.

Aryssa diam. Meskipun apa yang dikatakan oleh Ashraff ada benar. Dia tetap untuk tak balas kejahatan pada kakak-kakak tirinya. Baginya, kejahatan itu dari si ibu. Bukan si anak.
.....

Aryssa Where stories live. Discover now