"Alhamdulilah. Setakat ini hubungan kami elok je." balas Aryssa.

Tengku Arfa memandang dua adiknya itu. Meskipun, mereka berkahwin kerana keluarga. Namun, dia berharap hubungan itu kekal sampai bila-bila.

"Nasib baik. Akak baru aje nak hempuk kepala budak bertuah ni." kata Tengku Arfa.

"Amboi, kak. Backup adik ipar nampak?" perli Ashraff.

"Eh, of course! Dia adik ipar dan biras akak. Mestilah akak backup dia. Kalau tak ada dia, tak adanya akak kahwin dengan abang ipar kamu?"

Aryssa senyum. Ashraff dengar akan bicara Tengku Arfa tayang wajah menyampah.

"Hah? Bila sampai? Abang tak dengar pun?" sergah Edrian sebaik turun dari tingkat atas. Damia didukungnya.

"Baru aje. By the way, kenapa Abang Rian ada berita apa sampai panggil kita orang dua?" soal Aryssa terus merujuk kenapa abang sulungnya memanggilnya pulang ke sini.

"Haih, nak panggil adik balik rumah sendiri pun tak boleh?" sindir Edrian, pedas.

Aryssa dengar akan sindiran itu, mencebik. Ni yang dia tak suka bila abangnya mula sensitif.

"Sejak bila abang Rian ni sensitif, kak? Last rasanya masa akak mengandung Damia. Setahun lepas la kan?" teka Aryssa.

Tengku Arfa hanya mampu senyum. Tak usah dia beritahu. Aryssa pasti faham maksud di sebalik senyuman itu.

Aryssa melihat senyum yang terukir di bibir kakak iparnya. Bulat anak mata terkejut. Tidak dia sangka bahawa di sebalik sensitif abang sulungnya itu membawa maksud lain.

"Oh god! Akak!!!" Teruja Aryssa apabila sedar akan kehadiran baharu kelak.

Terkejut Ashraff mendengar jeritan Aryssa. Melihat mereka berdua saling berpelukan membuatkan dia rasa ketinggalan. Ke memang dia ada ketinggalan?

"Shuhh... Nanti kita sembang. Sekarang panggil  Kak Dira dengan abang Ryl kamu tu turun makan. Akak dah siap masak ni," gesa Tengku Arfa mengarahkan adik iparnya memanggil yang lain turun makan.

Aryssa angguk kepala akur dengan arahan kakak iparnya. Seronoknya bila mengetahui keluarga kecilnya bakal bertambah!

•••••

"BERAPA bulan dah kak?" soal Aryssa sambil memandang tepat ke perut kempis kakak iparnya.

"Ermm, baru lapan minggu."

Aryssa terkejut. Dia membuat kiraan dari tarikhnya kahwin.

"Kiranya... Masa Rys kahwin akak mengandung la?"

Tengku Arfa mengangguk kepala mengiyakan.

"Bonda tahu ke, kak?" soal Ashraff setelah beberapa minit faham akan berita yang ingin disampaikan oleh Edrian dan kakaknya.

"Mestilah. Bonda yang perasaan perubahan akak dulu. Tapi akak nafikan. By the way, nanti bonda dengan walid nak ke mekah. Arsha duduk dengan kamu eh. Along bukan tak nak dia duduk sekali tapi risau dia tak selesa nak belajar." ujar Tengku Arfa sekali gus memberitahu sesuatu kepada adik lelakinya.

Aryssa Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt