Hilang Husna, hilanglah nyawanya...

Tatkala Datin Khadijah sekadar buat-buat mendengar. Malas sebenarnya nak layan luahan orang tua ini. Lebih-lebib lagi tentang arwah isterinya dahulu. Bosan.

"Sudahlah, bang. Dijah rasa nak pergi mandi. Abang jangan lupa pula nak makan ubat. Nanti makin berlarutan pula sakitnya." Pesan Datin Khadijah.  Langsung dia bangun dari kerusi, ingin pergi sebelum suaminya menyambung cerita kenangan bersama isteri lama itu.
Dia pun bukannya minat sangat.

"Dan pasal Husna tu..." Datin Khadijah berhenti seketika di tepi pintu gelangsar.

"Esok meraka akan cari lagi. Kalau betul Husna masih hidup, mungkin esok kita akan jumpa dia. Tapi kalau tak jumpa juga,  mungkin dia dah..."

Dato Idris menoleh ke belakang. Menanti sambungan.  Sedangkan isterinya hanya mencebir bibir sambil menjongket bahu. Pandai-pandailah teka sendiri. Lantas, dia terus menyambung langkah masuk ke dalam bilik. Membiarkan Dato Idris seorang diri di balkoni.

"Insyaallah, ayah pasti Husna masih hidup." Ucap Dato Idris. Mendongak memandang ke langit. Berharap agar Tuhan mendengar setiap doa dan harapannya.




                      
                     SEDIKIT demi sedikit kelopak mata Husna terbuka. Sinaran cahaya daripada atap nipah yang berlubang, terus menyasar tepat ke matanya. Silau. Lantas sebelah tangan naik menghalang cahaya itu daripada mengena wajahnya. Dengan perlahan dia bangun daripada pembaringan. Belakang leher yang masih terasa lenguh diurut-urut, sebelum anak mata bergerak memerhati sekeliling.  Otak masih lagi sedang memproses apa yang baru terjadi.

Ini bukan salah satu bilik di Ocean Resort. Tetapi ia seakan-akan rumah orang kampung asli. Dan kini, dia berada di ruang tamu, sedang duduk di atas tilam yang nipis. Langsung tidak selesa. Bahkan ruang di dalam rumah ini juga nampak luas dek kerana tiada langsung perabot melainkan beberapa kabinet kecil untuk menyimpan pakain.

Tetapi bagaimana dia boleh berada di sini?

Oh!

Mata Husna terbeliak. Baru sekarang dia ingat. Lelaki Lanun berambut putih tadi yang menghentak lehernya sehingga pengsan. Dan kemudian mengheretnya ke tempat yang...

Pelik?

"Aku kena culik ke? Entah-entah dia ada buat apa-apa dekat aku?" Terus Husna tunduk memandang tubuhnya. Dibelek-belek pakaian yang masih berada dibadannya. Tudung yang masih melilit kepala. Dan... selimut nipis yang menutupi sampai ke pinggangnya diselak ke tepi.

Fuh!

Semua pakaian masih lengkap. Husna menghembus nafas lega. Sebelah tangan naik mengurut dada.

"Nasib baik." Ucap Husna.

Kemudian, anak matanya beralih ke arah pintu yang terbuka luas. Sekejap dia menoleh memandang sekeliling,  hendak memastikan kelibat lelaki itu tiada sebelum dia bertindak membuat sesuatu yang gila.

"Heh, penculik apa biarkan pintu tak berkunci? Kena banyak belajar lagi si Lanun tu!" Sindir Husna. Tak tunggu lama, dia terus bangkit dari tilam itu. Terus berlari menuju ke arah pintu yang ternganga. Kena cepat sebelum si Lanun itu sedar yang dia melarikan diri. Nanti tak pasal-pasal ada yang dipengsankan sekali lagi.

Namun, baru selangkah kaki melangkah ke luar pintu tiba-tiba...

Auk! Auk!

"Arghh!" Terkejut bukan kepalang Husna tatkala ada anjing yang tiba-tiba menyalak di hadapan rumah. Terus punggungnya jatuh terhentak ke lantai. Kuat juga. Hampir bergegar rumah yang diperbuat daripada kayu ini. Nasib baik tidak runtuh. Husna mengerang kesakitan. Dan disaat dia lihat rantai yang diikat pada anjing itu seperti hendak putus, cepat-cepat Husna mengundur ke belakang. 

MR PIRATEWhere stories live. Discover now