Tidak dia sangka dengan semudah ini. Dia mampu menjatuhkan kelemahan seorang Aryssa Elenna.

"Padan muka kau, Aryssa. Nak sangat ugut aku kan? Ini baru permulaan Aryssa Elena." gumam Lara dengan penuh dendam.

Pada waktu yang sama, Haykal baru pulang dari tapak pembangunan. Berkerut dahi pelik apabila Kak Sya tiada di mejanya.

"Mana Kak Sya ni?"

Sedang dia tunggu Kak Sya muncul dari mana-mana. Tiba-tiba pintu bilik Aryssa kuak pintu luas. Berkerut dahi Haykal melihat Kak Sya melangkah keluar dari bilik itu.

"Akak buat apa masuk bilik Aryssa?" soal Haykal. Pelik juga Kak Sya ke bilik Aryssa. Kerana setahunya, Aryssa sememangnya tidak gemar ada pembantu peribadi.

"Hah? Ouh, Rys tak sihat." beritahu Kak Sya.

"Tak sihat?" Terkejut Haykal dengar pemberitahuan Kak Sya. Bagaimana boleh tiba-tiba gadis itu tidak sihat pula?

"Ya, Kal. Rys tak sihat. Akak baru aje tengok dia."

Tidak semena Haykal merempuh bilik Aryssa.

Aryssa tika itu sedang berehat. Terkejut melihat Haykal merempuh biliknya.

"Kau dah kenapa, main rempuh macam tu? Terkejut aku tahu tak?" soal Aryssa dalam nada marah.

Haykal tidak endahkan amarah Aryssa. Kakinya menapak masuk ke bilik Aryssa. Wajah Aryssa ditiliknya.

"Kak Sya kata kau tak sihat? Sebelum kau masuk pejabat tadi. Ashraff tak perasaan ke, muka kau dah pucat?" soal Haykal datar.

"Aku okay la. Raff tahu, dan dia dah suruh aku half day tapi aku yang tak nak." balas Aryssa.

Tak semena-mena satu ketukan berbunyi di atas kepala Aryssa.

Tuk!

"Oi! Sakit la!" marah Aryssa.

Haykal ukir senyum puas. Itu baru sikit dia lakukan pada sakit. Kalau ikut hati, memang dia heret gadis itu keluar dari bangunan syarikat.

"Itu sebab kau degil. Dah tahu sakit cuti aje la." sindir Haykal.

Aryssa tayang muka menyampah. Ini yang dia malas bila bekerja bersama sepupu. Ada saja perkara yang tidak kena berlaku.

"Apa-apa ajelah, Kal. Tapi sebelum tu... Aku nak tanya kau sesuatu. Kau kenal Lara tak?"soal Aryssa.

Naik sebelah kening Haykal mendengar soalan Aryssa.

"Lara?"

"Yup, Lara." Ulang Aryssa agar Haykal dapat mengecam sesiapa pekerja mereka yang bernama Lara.

"Entah. Aku mana kenal pekerja-pekerja Pak Ngah. Yang aku tahu duduk dalam bilik, keluar bila perlu aje lah." kata Haykal selamba.

Juling mata Aryssa apabila mengetahui sepupunya tidak dapat menolongnya. Sudahlah dia memang memerlukan maklumat tentang perempuan bernama Lara.

"Kau nak tahu pasal Lara kenapa?" soal Haykal.

Mendengar sepupunya hendak mencari maklumat seseorang membuatkan dahinya berkerut. Yalah, selama dua bulan gadis itu bekerja. Mana pernah Aryssa peduli siapa pekerja syarikat ayahnya.

"Erm, saja? Kenapa? Tak boleh ke?" duga Aryssa.

"Tak adalah cakap tak boleh. Cuma pelik aje, sebab selama kau kerja sini. Mana kau peduli tentang sesiapa."

"Entah. Tiba-tiba rasa tertarik nak kenal seorang pekerja ni," kata Aryssa.

Haykal yang dengar kata-kata itu. Seakan dapat hidu maksud yang dikatakan oleh Aryssa. Dia yakin Aryssa takkan tertarik hendak kenal sesiapa melainkan ada yang menganggunya.

Aryssa Where stories live. Discover now